Anda BERANI GAGAL?

Posted By Mawar Merah on December 25, 2009

Keputusan PMR telahpun diumumkan. TAHNIAH kepada yang BERJAYA dan pada yang GAGAL, jangan putus asa.

GAGAL PMR bukan bererti GAGAL selamanya, tapi kalau BERJAYA dalam PMR tetntu jadi penyuntik semangat untuk terus berjaya.

Cikgu-cikgu pun pastinya kena kerja keras untuk membantu meneruskan kejayaan mereka yang telah berjaya ini manakala untuk mereka yang GAGAL PMR pula, usaha yang lebih gigih diperlukan kerana guru-guru juga turut bertanggungjawab sebab banyak kes yang berlaku, lepas GAGAL PMR, mereka tak BERANI untuk bangkit semula dan berjaya. Tambahan pula sekarang ni, gagal PMR pun boleh teruskan pelajaran ke Tingkatan 4. Itu yang sedihnya sebab dari awal lagi mereka yang GAGAL ini telah menunjukkan ketidakprihatinan dalam pelajaran. Saya bercerita tentang mereka yang GAGAL menguasai kemahiran asas  sehingga memperoleh semua E dalam mata pelajaran yang diduduki dalam PMR, bukan pada mereka yang KURANG BERJAYA atau KURANG CEMERLANG.

Dalam dunia maju dan lebih mementingkan akademik, kebanyakan ibu bapa atau masyarakat sekarang, menyenaraikan ‘tiada A’ itu sebagai GAGAL, namun sebenarnya mereka ini   KURANG CEMERLANG dan masih berpeluang membaiki ketidakcemerlangan tersebut pada masa akan datang.

Dalam mesyuarat baru-baru ini, Tok Ketua Kak Long memberitahu bahawa, dia berharap ibu bapa jangan terlalu memberi tekanan kepada anak-anak untuk mendapat kejayaan hanya dalam bidang akademik. Sebenarnya setiap individu punya keistimewaan yang berbeza dalam diri masing-masing. Jadi sebagai guru atau ibu bapa, patut membantu dan bangga dengan setiap potensi yang ada dalam diri pelajar ini. Pada masa sekarang, bukan hanya mereka yang berjaya dalam bidang akademik sahaja yang berjaya dalam hidup. Jadi, kepada pelajar yang GAGAL, diharapkan mereka ini dibantu oleh para ibu bapa untuk mengenal potensi dan minat mereka sendiri kerana sistem pendidikan kita sekarang pun telah ada bidang-bidang kemahiran tertentu buat mereka yang kurang menyerlah dalam bidang akademik.

roses

Mawar Merah - Sekuntum mawar merah buat Aqilah, Angah anak jiran sebelah serta tak lupa buat  angah, anak Puan Kujie  yang berjaya CEMERLANG dalam PMR mereka masing-masing. Semoga kejayaan ini akan terus menjadi pendorong untuk kejayaan seterusnya.

Related Posts with Thumbnails

About The Author

Mawar Merah

Comments

10 Responses to “Anda BERANI GAGAL?”

  1. tahniah kepada pelajar2 yg berjaya dlm PMR dan pada yg tak berjaya jangan putus asa…betul tu kaklong..kejayaan dlm hidup bukan bererti berjaya dlm akedemik semata dan manusia punya kelebihan masing2..klu tidak dalam akademik mungkin dibidang lain… walau apa pun, yang penting adalah usaha… berusaha untuk berjaya dan terus maju dlm apa bidang yang kita ceburi..

  2. Tie says:

    Dulu Tie sebagai ibu memang kemaruk betul masa exam ni. Terlalu taksub dan tak putus-putus berdoa agar anak-anak dapat keputusan cemerlang setiap kali ada exam.

    Tapi kini, Tie lebih tenang. Apa yang Tie harapkan sekarang ialah mereka gembira berada di sekolah, bersama rakan-rakan dan guru-guru dan seronok menghabiskan alam remaja mereka dengan belajar. Keputusan yang cemerlang adalah satu bonus, tapi yang paling penting, anak-anak faham dan tahu hala tuju mereka.

  3. Mawar Merah says:

    Doa dan restu ibu memang sangat penting.
    Betul tu, asal pelajar-pelajar ni tahu hala tuju mereka, pasti tak akan tersesat.
    Ibu bapa patut bantu memberi galakan dan panduan bukan beri tekanan.

  4. Pocket says:

    wah, bebaru ni ada pakcik auditor dtg,
    dia sembang pasal kegagalan,
    katanya (Katanya lah kan…)
    kat singapore banyak yg bunuh diri
    hanya pasal kegagalan diperingkat
    rendah… waaaahhhh…

    takut kalau kegagalan kecik(Minor setback)
    pun bebudak zaman sekarang pikir
    berat sangat sampai rasa cm tak der masa dpan lg…

    n take the plunge 18 story high, hummmmm..!!!!
    takuuuuutttt!!

    marilah kita lead mereka ngan jalan sebenar.
    moga masa dpan cemerlang regardless of its
    academic base or experience base… humm humm

    • Kak Long says:

      Pocket,
      Memang menakutkan dengar atau baca cerita begitu.
      Zaman remaja sekarang memang mencabar,
      dan sukar nak dijangkau tindakan mereka.
      Ya…marilah sama-sama membimbing mereka dengan ilmu dan iman.

  5. iris says:

    Salams Kak Long.

    saya datang

  6. eyriqazz says:

    cantik mawar merah itu
    hatiku tertarik
    semoga berjaya

    Great Teacher Onizuka

  7. Mawar Merah says:

    Cantik dan tertarik…
    hmmm……
    terima kasih,
    semoga berjaya juga.