Seperti kaduk naik junjung

Lagu ni sebenarnya tak ada kena mengena dengan saya pada ketika ini.

Mawar Merah – Dalam kehidupan ini, kita akan temui ramai manusia yang mempunyai perbezaan. Lalu perbezaan itulah nantinya akan membuatkan kehidupan ini berwarna-warni bagai pelangi. Manusia memang banyak kelemahannya dan saya juga tiada terkecuali. Dan saya  ingin berpesan bahawa, kita akan melakukan kesilapan jika meletakkan kaduk di atas junjung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 thoughts on “Seperti kaduk naik junjung

  1. Dari segi rupa, Tie masih tak boleh bezakan kaduk dengan sirih laa.. Baunya je yang berbeza. Biasa orang pantai timur ni bubuh daun kaduk dalam gulai lemak siput, hehe.. asyik ingat makan je… :P

  2. aduhai…

    kaduk maza tak kenal, sirih maza kenal..

    pasal atok dara kat sebelah rumah dulu2 suka makan sirih. selalu datang rumah maza minta sirih kat belakang rumah maza kalau stok dia dah habis.. huhuh

    • Maza,
      Kaduk dengan sirih, rupa hampir sama tapi tak serupa.
      Orang dulu-dulu makan sirih sebab kalau makan kaduk rasanya pahit sedikit dan seakan berlada.
      Kalau makan kaduk, berasaplah lidah dia.

  3. Lama dah tak tengok pokok kaduk. Dulu kecik2 main redah kaduk yang tumbuh meliar.

    Soalan Sha tu manarik jugak, kenapa ada diskriminasi yer. Orang2 dulu tentu punya sebab untuk tu. Sireh selalu dikaitkan dengan yang baik dan hebat, sirih junjung, bagai sireh pulang ke gaggang, bujur sireh. Agaknya sebab nama sireh tu lagi sedap dari kaduk. Bayangkan “bujur kaduk” tak ke buruk bunyinyer wakakakah

    • Pokok kaduk lebih senang membiak berbanding sirih agaknya…
      Sireh kalau dikunyah lebih sedap, sebab tu orang dulu-dulu suka makan sirih.
      Daun kaduk ni, rasanya lebih pahit dan seakan berlada.

      Kak Long fikir orang dulu-dulu mengkaji alam dengan lebih teliti. Lihat sahajalah bagaimana rasmi kaduk yang naik junjung….pasti kita bersetuju dengan peribahasa tersebut.

      Teori Iza tu bagus juga, memang buruk bunyinya kalau kata, ‘mukanya bujur’ kaduk…hikhikhik

  4. daun kaduk sedap kalau dalam ‘miang kam’
    makanan thai yg dimakan macam sireh tp taruk
    kacang,
    halia (Dadu)
    bawang (Dadu)
    udang kering..
    …dan banyak lagi…
    Cheryna Pirez kita pernah explain dalam postnya …sha in love: how many betels more?

    anyway,
    pocket tak kenal daun kaduk ngan sireh,
    (Pernah makan dua duanya tp tak kenal..)
    kalau la orang suruh pocket buat sireh junjung…
    n pokok sireh umah pocket tu infested with daun kaduk,
    definitely selang seli la sireh junjung pengantin tu nanti…
    hahahahahahah…

    • Thanks for the information.
      Kak Long kena pergi cari kat blog sha lepas ni.

      Haha…hati-hatilah kepada sesiapa yang bakal menerima sirih junjung daripada pocket, takut nanti ada yang terima kaduk junjung…wakaka