Safar

Posted By Mawar Merah on January 30, 2010

Sudah setengah bulan kita berada di bulan Safar. Safar maksudnya kosong.

Bulan Safar ke-2 dalam kalender Islam ini dinamakan Safar kerana dalam bulan itu, orang-orang Arab sering meninggalkan rumah kerana peperangan sama ada melakukan serangan atau menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka hinggakan rumah mereka menjadi kosong.

Apa lagi yang anda tahu tentang bulan Safar?

Suatu ketika dahulu, terdapat kepercayaan turun-temurun sesetengah daripada masyarakat Melayu yang rata-rata beragama Islam, menganggap bahawa bulan Safar bulan yang tidak baik kerana dipercayai turunnya bala atau bencana pada bulan tersebut. Maka, pada bulan Safar, suatu ketika dahulu amat popular dengan Pesta Mandi Safar yang diadakan pada hari Rabu minggu terakhir bulan Safar ini. Amalan kurafat ini bertujuan untuk menghapus dosa dan menolak bala atau bencana terutama bagi mereka yang tinggal berhampiran pantai atau sungai. Suatu ketika dahulu, pantai-pantai popular di Malaysia seperti Port Dickson dan pantai-pantai lain tu tentu penuh dengan orang ramai yang menyertai Pesta Mandi Safar?

Selain mengadakan Pesta Mandi Safar, majlis perkahwinan juga cuba dielakkan pada bulan Safar kerana bimbang pasangan yang melangsungkan perkahwinan pada bulan Safar tidak dikurniakan zuriat.

Sekarang ada lagi ke kepercayaan macam tu? Rasanya tidak! Syukurlah sebab masyarakat sekarang lebih peka tentang amalan yang wajar ataupun tidak. Saya tidak pernah terdengar lagi apa-apa pesta di pantai Port Dickson. Dan ada beberapa majlis perkahwinan yang telah dan akan diadakan pada bulan ini. Bermakna, masyarakat Islam kini yakin bahawa tiada bulan yang tidak baik dalam Islam.

Renungilah firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah At-Taubah ayat 51 yang tafsirannya:

Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.’

Rujukan: http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Safar.html

Mawar Merah   – Entri ini entri kitar semula daripada post dalam blog saya yang awal yang telah saya edit.
Related Posts with Thumbnails

About The Author

Mawar Merah

Comments

9 Responses to “Safar”

  1. Masa berubah, perkara-perkara begini tak ramai generasi muda yang tahu. Iza pun cuma pernah dengar cerita, tapi tak tahu bagaimana upacara mandi safar itu dibuat. Memang tak perlu pun kan Kak Long hehe…

    Salam dari kejauhan ;)

    • Mawar Merah says:

      Seiring masa dan kesedaran, alhamdulillah, kini masyarakat kita dah semakin sedar untuk menjauhi hal-hal yang khurafat tu.
      Kak Long pun tak pernah tengok pun Pesta Mandi Safar tu. Dengar cerita daripada nenek dulu.

  2. how to ollie says:

    Great post. I’m always looking for great blogs and I really like yours.

  3. iris says:

    Salam ukhuwah…

    Ya, tidak terasa sudah separuh purnama Safar berlalu pergi…Mandi Safar…oh saya pun tak tahu bagaimana ia dilakukan.

    Thanks kongsi info.

  4. mandi safar.. byk dengar cerita dari mak..

    tapi zaman serba moden ini tidak ada yg mengamalkannya lagi..
    org melayu sudah buka mata dan minda, sudah kenal mana yg salah dan mana yg betol, mana yg halal dan mana yg haram walaupun kengkadang tersasar juga dari sempadan…

  5. pakcikli00 says:

    Asalamualaikum

    Salam kenal untuk semua.

  6. Mawar Merah says:

    Waalaikumsalam….

    Selamat berkunjung lagi.