Munajat Cinta

Posted By Mawar Merah on November 20, 2009

Hari ini hari terakhir persekolahan untuk tahun ini.  Sepanjang hari, saya menyelesaikan tugasan yang perlu diserahkan dan menyiap dan mengepos surat panggilan mesyuarat  yang akan diadakan pada pertengahan minggu hadapan. Walaupun semuanya telah di sediakan dari awal, namun seperti biasa, penutup hari sebelum mula bercuti memang meletihkan.

Pulang dari sekolah, ditemani hujan dan petir yang berdentum. Memang sukar untuk menghadap komputer dalam cuaca sebegitu. Jadi, saya mencari alternatif lain yang sekian lama saya tinggalkan.  Mungkin sekarang ialah masa yang sesuai untuk menghabiskan stok buku-buku yang saya belum sempat baca selama ini. Akhirnya, hari ini, saya dapat juga menyelesaikan pembacaan saya. Sebenarnya sudah beberapa hari curi-curi membaca buku pertama daripada Dwilogi novel berjudul Munajat Cinta karya Taufiqurrahman al-Azizy.

03112009099Novel ini mengungkap persoalan tentang pencarian diri dan perhubungan dengan masyarakat.  Kehidupan kita di dunia ini memang sentiasa diuji, namun ujian daripada-Nya itu bukan sekadar ujian yang hanya ingin menyiksa atau menyusahkan, namun lebih kepada menyedarkan kita tentang setakat mana kita telah menunaikan tanggungjawab kita terhadap-Nya.

Esok, saya ada buku lain akan mula dibaca. Wah, seronoknya cuti. Hehehe….

Related Posts with Thumbnails

About The Author

Mawar Merah

Comments

8 Responses to “Munajat Cinta”

  1. cheryna says:

    selamat bercuti sekolah kak long!
    apa perancangan selain dari raya haji nieh?:D

  2. Mawar Merah says:

    Terima kasih sha…
    Banyak projek tu…
    Harap-harap boleh selesaikan sebelum menghadap kertas nanti.

  3. Precious says:

    Salam … selamat cuti.
    Yeay cuti!!

  4. kenari says:

    selamat bercuti Kak Long, ada buat kuih utk raya haji nnti?

  5. xiiinam says:

    ckLah tak bercuti macam cikgu lainlah kakLong…ada tugas di bawah Akta Rahsia Rasmi 1974 dengan sebuah ‘sendiket’. Hu..hu..