Mimpi yang tersirat

Posted By Kak Long on October 23, 2009

Saya terbaca email yang dihantar seorang rakan. Mungkin teman-teman pernah menerima atau mendengar cerita ini. Tapi sengaja saya kongsikan di sini sebagai santapan pada hari Jumaat.

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang – benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya, maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW: “SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT”

Related Posts with Thumbnails

About The Author

Kak Long

Comments

22 Responses to “Mimpi yang tersirat”

  1. megat says:

    subhanallah, begitu besar pemberiannya dan telah banyak petunjuknya tapi umatnya tidak menyedarinya.

    semua perkara yang disenaraikan di atas sudah cukup mengambarkan setiap perbuatan yang dilakukan ikhlas dan tidak menunjuk-nunjuk bakal dibalas dengan pahala dan keadilan dari Allah.

    namun apakah setiap perkara yang kita lakukan kini benar-benar mendapat hidayah dan bakal mendapat ganjaran seperti itu kak?

    setiap manusia itulah kena fikirkan dan renung sendiri.

    • Mawar Merah says:

      Sesungguhnya Dia maha adil dan maha pemurah.

      Setiap manusia diberikan akal fikiran untuk menilai setiap petunjuk-Nya.

      Tugas kita untuk melakukan sebaik mungkin dan serahkan kepada-Nya untuk yang selebihnya, kan?

  2. maza says:

    ada pun maza juga bermimpi….. dapat makan ayam anugerah kak long itew, sempena warm house yg dah tak berapa nak suap2 sangat dahhh..

    huhuhhu

    kanzz…
    heheheh

    • Mawar Merah says:

      maza,
      kak long dah masak hidangan ayam serama masa house warming rumah ini ari tu…
      Apasal lewat benar datangnya.
      Orang lain dah habiskan…

      huhuhu…

      • maza says:

        cit kak long.. ada ka, jemput tapi tak bagi alamat!

        uwakkkk!!!!!

        kak long jahat.. uwakkk.. tengok mak, kak long dengki! huhuhu

        kepunanan ler den ayam gelek2 kak long itew.. huhuhu

        wakakakaka

        • Mawar Merah says:

          Alahai Maza,
          jangan nangis…buruk bebenor rupanya kalau bapak orang nangis.

          jangan marah,
          nanti lain kali kalau kak long jumpa ayam yang kena gelek…kak long jemput maza erk…

  3. Hebatnya Baginda, sampai mimpi pun penuh peringatan. Selawat dan salam ke atas Baginda.

    p/s:Tak lama dulu pernah mimpi. Miimpi Iza tu masuk kategori apa ntah, ada pesawat keluar lazer lazer pastu iza ada kenderaan boleh terbang2. Iza ada senjata ala2 pisau ninja..boleh baling2 kat penjahat tu :D

    • Mawar Merah says:

      Selawat dan salam ke atas baginda.

      Wah, dahsyat mimpi Iza tu. Ni mesti banyak tengok filem scince fiksyen ni? huhuhu

  4. Tie says:

    Kerana itulah kita tidak boleh menilai seseorang itu hanya kerana satu dua perbuatan jahatnya. Hanya Allah saja yang tahu hatibudinya.

    Err….. dah lama Tie tak bermimpi…

    • Mawar Merah says:

      Betul tu Tie.
      Semoga kita sentiasa menjahui daripada sifat berburuk sangka.

      Err…lepas mimpi ula ari tu, dah tak mimpi lagi ya?

  5. Kujie says:

    Kak Long, peringatan selalu ada cumanya sama ada kita sedar di hati atau di mulut saja…

    p/s- selalunya bangun je dah lupa 50% drg mimpi…dah blur2 dah mimpi…agaknya memori sy mmg low kot

    p/s kak long…registerlah gravatar.com

    ade la icon kt sidebar sy tu..baru comel..mcm iza tu..si kucing kampung katanya…:p

    • Mawar Merah says:

      Melayu Mudah Lupa…hahaha…

      sebenarnya memang sebagai manusia, kita mudah lupa walupun peringatan demi peringatan diberikan kepada kita.

      p/s Kak Long dah daftar gravatar.com tu.
      Mcm mana nak bagi gambar tu muncul kat sidebar Kujie?
      hihihi, kena bagi tutorial lagi pada Kak Long ni nampaknya…

      • Kujie says:

        Mungkin Kak lOng komen guna id lain, email lain..dan kak Long register guna email lain..tu yg tak ngam tu

        kot2 la..sy pun tatau, dulu pakcik Maza pun gitu gak
        skrg ni dah ate tempek icon avatar dia

  6. Bunga Rampai says:

    Salam Kak Long,

    Alhamdulillah. Terima kasih atas pekongsian pesanan itu.

    Cantik rumah baru ‘ni!

    Tak nampak pun kuih makmur … ‘dah habis ke? ;)

    • Mawar Merah says:

      Terima kasih sudi ke rumah baru Kak Long ni.
      Kuih makmur dah habis angkat masa open haouse ari tu, huhuhu…

  7. cheryna says:

    sha selalu bermimpi…tp sha guna logik dulu, kadang2 kita yang depress sebelum tido ataupon kuat berangan.

    tp kalau dah terlalu pelik…sha akan tanya orang tua2…

    • Mawar Merah says:

      Kita ni sebagai manusia biasa, apa yang kita mimpi tu selalunya disebabkan keinginan bawah sedar kita….

      Sebab tu selalu dikatakan mimpi mainan tidur.

  8. Tie says:

    Salam Kak Long…..

    Terima kasih la…. dah dapat pun. Nanti Tie akan baca…. Suka sangat ni.

    Sekarang Tie agak sibuk. Nak blogging pun curi2 masa. Terima kasih sekali lagi… hi hi.. lama tak membaca ni, mesti ambil masa yang lama… Bila habis nanti, Tie akan ulas di blog.. entah bila pun tak tahu laa…

    • Mawar Merah says:

      Sama-sama kasih.
      Alhamdulillah krn Tie suka.
      Semoga memberi manfaat.
      Haha..bagus juga kalau Tie dpt ulas nanti.

  9. pakcikli00 says:

    Asalamualaikum

    Samoga impian menjadi kenyataan, weblog yang baru, taniah selamat maju jaya.

    Terima kaseh salam hormat.