Kad Kredit @ kad plastik

Posted By Mawar Merah on November 12, 2009

Baru-baru ini, dalam pembentangan Budget 2010, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan tentang bayaran perkhidmatan sebanyak RM50 untuk setiap kad kredit utama yang dimiliki dan RM25 untuk setiap kad tambahan.

Saya percaya, pada masa kini, ramai rakyat Malaysia yang mempunyai kad kredit. Mempunyai kad kredit pada zaman ini, memang ada kepentingannya kerana memberikan banyak kemudahan kepada kita. Antaranya, kita tidak perlu membawa wang tunai yang banyak ataupun boleh digunakan untuk tempahan online. Namun begitu, telah banyak bukti bahawa kad kredit juga turut mendatangkan banyak keburukan kepada pemiliknya jika tidak diuruskan dengan baik. Terdapat banyak laporan bahawa kad kredit telah menyebabkan seseorang itu diisytiharkan muflis. Jika kita bijak menguruskan kewangan kita, pasti pemilikan kad kredit tidak akan menimbulkan masalah kepada kita.

11112009114

Justeru, saya ingin berkongsi empat perkara penting yang perlu  dlelakkan berkaitan kad kredit ini yang telah saya baca dalam The Value of Money yang ditulis oleh Susan McCarthy, seorang penasihat kewangan di Oklahoma City.

Antara yang patut kita elakkan ialah:

1. Elakkan daripada hanya membuat pembayaran minimum.  Keadaan ini akan meningkatkan tempoh pembayaran dan pastinya menambah kadar faedah yang dikenakan  seterusnya menunjukkan peningkatan pada keseluruhan kos.

2.   Elakkan daripada mempunyai kad kredit yang banyak. Pemilikan pelbagai jenis kad kredit memudahkan kita melonggokkan hutang kerana sangat sukar untuk mengesan perbelanjaan yang telah kita lakukan.  Walaupun memiliki banyak kad kredit tidak semestinya satu petanda buruk dalam kewangan kita, namun ada penggunaan kad kredit untuk tujuan yang tidak sepatutnya mampu mengundang masalah kewangan. Oleh itu,  hadkan kad anda yang boleh dikawal dengan baik.

3. Jangan lupa membayar sebelum tamat tempoh yang diberi. Jika tidak, anda akan dikenakan denda lewat oleh sesetengah kad tetapi kadar faedah pinjaman juga  akan  meningkat. Oleh itu, gunakan perbankan internet @ online banking ataupun pembayaran  melalui perbankan telefon jika tarikh akhir pembayaran pembayaran terlalu hampir.  (Anda memang perlu membayar yuran pemprosesan tetapi biasanya ia lebih rendah daripada bayaran yang dikenakan sebagai denda lewat)

4.  Elakkan mengambil wang pendahuluan tunai atau cash advances daripada kad kredit. Kad kredit mempunyai kemudahan wang pendahuluan tunai yang didatangkan dengan kadar faedah yang sangat tinggi serta yuran perkhidmatan., menyebabkan ia ialah cara yang jauh lebih mahal untuk mendapatkan wang tunai. Justeru, elakkan semua kos tersebut.

Pengurusan kewangan yang bijak akan menjadikan kehidupan lebih tenang dan teratur.

Related Posts with Thumbnails

About The Author

Mawar Merah

Comments

16 Responses to “Kad Kredit @ kad plastik”

  1. denaihati says:

    saya dah lama tak ada cedit card setelah selesai bayar hutang 4 credit card 5 tahun lalu

    • Mawar Merah says:

      Kak Long tak berani pula nak potong kad kredit sebab kad kredit perlu untuk kegunaan tertentu. Ada masanya, bila tak ada kad tu, susah juga dalam sesetengah urusan. Kalau kita tak menguruskannya dengan bijaksana, kad kredit akan menyusahkan kita.

  2. Pocket says:

    pocket pula tengah berusaha bersunggoh sunggoh nak memotong kad yg pocket miliki ini, heheh, tinggal satu dah lah kot..

  3. Kujie says:

    Salam Kak Long, kena pandai mengawal nafsu kalau nak guna kad plastik ini secara selamat

    Kad kredit saya hanya untuk isi minyak kereta saja, Tak pernah digunakan untuk beli barang lain atau keluarkan wang tunai.

    Yg ni kelakar sikit – dlm 4-5 bulan ini, saya mgkn tak perlu bayar sesen pun kad kredit walau sebulan isi minyak 4-5 kali.

    Sebelum suami ke loutstation dulu, dia selesaikan semua amount dalam kad kredit hingga terlebih bayar – rm 1000+ tu Kak Long…jadi skrg ni kad kredit saya dah jadi kad debit.

    • Mawar Merah says:

      Memang betul tu. Sesiapa yang mempunyai kad kredit, mesti pandai mengawal nafsu. Sesiapa yang gunakan kad kredit untuk mendapatkan wang tunai sebenarnya memang mencari nahas sebab caj yang dikenakan memang berganda-ganda.

      Kak Long pun dah lebih tiga bulan terlebih bayar untuk kad kredit…dan lepas tu tak gunakan pulak sampai hari ni tapi taklah sampai seribu tu…

  4. kenari says:

    kak long…sy ada satu kad kredit aje, Itu pun utk tujuan kecemasan semata2 bukan utk berjoli shopping. So far dah dua kali guna kad tu bila mak dimasukkan ke hospital…perlu byr deposit.

    • Mawar Merah says:

      Kalau nak bayar deposit hospital dan hotel pun memang lebih mudah jika ada kad kredit. Sebab tu, Kak Long pun fikir patut juga ada sekeping untuk tujuan-tujuan seumpama itu.

  5. Salam Kak Long :)

    Baru tahun ni Iza pakai kad utang ni, itupun sbb dah terasa harus ada sebab selalu terbang. Dulu Iza pakai debit kad ja, bila nak terbang isi duit setakat mampu. Bila dah terbang semakin jauh risau lak kot2 ada emergency, ada kad hutang mmg banyak membantu.

    Pastu ada kawan tegur, katanya Iza tak nampak professional sebab tak pakai kad plastik tu. Iza gelak jer lah.

    Sekarang ni Iza cuma ada 1 account jer kad kredit. Cukuplah, itupun guna waktu perlu ja. Biasanya bayar apa pun selalu pakai tunai, tak da duit duduk diam2 hehehe

  6. Tie says:

    Alamak !

    Tie cuma ada mycard je….hehe..

    Suami memang tak suka guna kad kredit. Agaknya macam tak puas je tak dapat pegang duit, ekekeke……..

    • Mawar Merah says:

      Mykad pun termasuk kad plastik ye? huhuhu
      Memang kalau kita jarang ada aktiviti yang memaksa menggunakan kad kredit, lebih baiklah kita ada cuma ada mykad kan!

  7. cheryna says:

    sha pernah diragut. habis cash dan susah lepas tuh. lantaran, sha pakai kad credit dan bayar di hujung bulan. sebenarnya, sha faham kalau kad kredit nieh dikatakan beban…tp utk yang memerlukan, berbaloi sebenarnya. susahnya orang kita, seorang kata tak elok…semua angguk2. masa beli pon angguk juga….haishhh…

    sha macam kes iza jugak..cara penggunaan kami hampir sama:)

    tp….sha tak setuju cara kerajaan menangani tuh. sekarang pun dah ada annual fee, bukan tak ada. kenapa kecoh2 nak buat caj lagi. caj nak pergi ke siapa? kerajaan?

    kalau nak tolong orang, berikan pendidikan penggunaan kad kredit. AKPK ada, boleh buat kempen. salurkan saja duit2 caj utk mendidik…bukan mendenda. mencegah kan lebih elok dari menyembuhkan?

    • Mawar Merah says:

      Memang sepatutnya diberikan pendidikan tentang penggunaan kad kredit dengan lebih berkesan. Memang kad kredit ada kepentingannya untuk tujuan tertentu. Kad kredit ni sebenarnya bertujuan untuk memudahkan, tapi bila ramai yang tidak menggunakannya secara berhemah, ia dah dipandang sebagai satu bebanan.
      Yang penting kebijaksanaan kita mengawalnya kan!

      p/s Baru2 ni diberitahu yang kad Direct Acces CIMB salah satu kad kredit yang dikecualikan caj perkhidmatan. Betul ke?

  8. megat says:

    saya dulu apply sampai 5 kad kredit sebab nak tolong kawan keja kat bank (kah3). alasa tak boleh blah. cukup setahun terminate semuanya.

    janggal rasanya guna kad plastik tersebut, terasa macam beli barang tak bayar walaupun sebenarnya konsepnya kita bayar kemudian. rasa plastik (ha3)

    • Mawar Merah says:

      hahaha…memang alasan tak boleh blah.

      Kat sekolah Kak long pulak, selalunya, bila pegawai pemasaran kad kredit datang offer hadiah, ramai jugalah yang isi borang. Tujuannya untuk dapat hadiah yang ditawar aja. Ramai yang dah dapat hadiah tu, bila kad sampai, cepat pula batalkan. huhuhu…