Sekarang ini musim hujan, dan di beberapa negeri, masih lagi ada ancaman hujan lebat dan banjir. Dalam hujan ini, menghadap askara-askara yang pelbagai rupa, sungguh menyiksakan. Seringkali air kopi menjadi peneman kerana terpaksa bekerja hingga dinihari demi menyempurnakan tugas.
Dalam musim hujan yang tidak menentu, seringkali terbaca dan terdengar laporan tentang berita tentang kejadian lemas yang kadang-kala meragut lebih daripada seorang mangsa. Jika membacanya pun pedih, apalagi bagi keluarga yang terlibat.
Baru-baru ini, salah seorang ahli keluarga telah menceritakan pengalaman benarnya ketika bermain golf dengan teman-temannya. Ketika sedang bermain, tiba-tiba hujan lebat sehingga mereka terpaksa berhenti hampir 45 minit menantikan hujan teduh. Sedang berbual dan berehat, tiba-tiba kelihatan 4 orang kanak-kanak lelaki tanpa pakaian berlari-lari dalam hujan mendapatkan mereka yang sedang berehat. Mulanya, mereka mengusik dan pelik kerana mereka tidak berpakaian. Namun bila kanak2 tersebut meminta tolong dengan menyatakan bahawa adik salah seorang daripada mereka yang berempat itu terjatuh ke dalam sungai berhampiran, barulah mereka kelam-kabut. Mereka segera menelefon bantuan dan pergi ke arah sungai tersebut berhampiran padang golf itu yang sebelum hujan tadi sangat tenang airnya, namun kini, sangat menakutkan.
Siapalah yang berani masuk ke situ? Kalau pandai berenang pun, belum tahu mampu melawan arus yang deras. Pasukan bantuan pun bukannya tiba dengan segera. Apabila mereka tibapun, mereka menunggu pasukan skuba, kerana tak siapa mampu menghadapi risiko begitu.
Bila ditanya kepada kanak-kanak tadi, mereka rupanya pergi memancing bersama adik dan sepupunya dan kanak-kanak yang dihanyutkan tadi berumur 10 tahun. Menurut empunya cerita, semua menjangkakan bahawa kanak-kanak tadi, tak mungkin dapat diselamatkan. Mereka turut menelefon ibu bapa mangsa yang terkejut rupanya tidak tahu di mana anak mereka berada.
Pasukan penyelamat menyusur hingga sampai ke hujung padang yang terdapat sebuah kem askar. Berpantang maut sebelum ajal. Sampai di situ, mereka mendapati kanak-kanak tadi telah diselamatkan oleh tentera yang berada di pondok pengawal berhampiran sungai. Menurut mereka, budak tersebut berjaya berpaut pada pohon kayu di situ dan anggota tentera tersebut ternampak lalu menyelamatkannya.
Syukur kerana kanak-kanak itu selamat. Namun, bukan semua yang bernasib baik.
Semoga pada musim hujan ini, ibu bapa lebih prihatin terhadap keselamatan anak yang berada di bawah tanggungjawab mereka kerana pada musim cuti sekolah ini, tentunya mereka tidak boleh mengharapkan para guru untuk memperhatikan anak mereka. Pastikan ibu bapa menasihati anak-anak agar tidak menghampiri kawasan berbahaya kerana sungai atau longkang kecilpun boleh berubah menjadi tempat yang berisiko apabila hujan lebat.
dlm berita semalam pun ada cerita mayat kanak kanak ditemui di perangkap sampah.
aduihlaaa.. whatever the situation is, takut nyeeee..
(Tp berita tu katanya ada unsur unsur kes rogol..so different sikit)
kalau buleh tu kna la jaga bebudak skrg,
jgn duk bagi diorang tu berenang mana mana sangat.
kuuuusss smangat..
Banyak kisah ngeri berlaku.
Kadang-kala rasa dah tak selamat dah kat Malaysia ni macam dulu lagi.
aduhaiii… ini sungguh mengerikan kak long.. huhuhu
mcm ni, skrg juga mau tipon rumah.. huhu
mahu jengok ibu kpd anak2 maza.. apa khabar agaknya?!
Telefon rumah cepat Maza, takut mak dia pun ikut sekali..huhuhu
Oooiisshh!!
Gerun laa…
Susahlah kaklong, nak jaga anak ni. Masa kecil bolehlah kita kunci pintu. Tapi bila dah besar, …. memang payah sikit. Selalu berdoa agar anak-anak kita sentiasa dilindungiNya.
Betullah tu Pn Tie,
Cuma perlulah ambil tahu apa yang mereka buat, kurang-kurangnya boleh mencegah daripada terjadinya perkara yang tak diingini.
Semoga sentiasa dilindungi.
sebab tu la dok berkepit je dgn anak2
risau dia org terlepas mcm ni la
budak2…dia tau seronok je, mmg itu pun situasi zaman dia org
dah resam budak-budak, hanya fikir yang seronok.
masih tak tercapai dek akal mereka lagi tentang hal-hal yang tak diingini menanti di mana-mana.
tapi kadang-kala, ramai mak ayah yang komplain, anak-anak remaja ni, nak ikut mak ayah pun dah tak nak.
tapi bebudak ni dalam sekelip mata saja dorang hilang dari pandangan.
budak-budak memang aktif, tapi ibu bapa sekarang kena double-aktif mengawasi anak-anak.
ngeri betoi, macam perkara boleh jadi… kadang dalam kawalan pu eksiden apatahlagi kalau dibiarkan macam tu saja.
p/s: Masa Kak Long ajak hr tu, Iza kan pi kenduri office mate. Kalau tak kerana kenduri tu, tawaran Kak Long Iza terima dengan senang hati punyalah.Ttak cukup tapak tangan, Nilai3 Iza tadahkan hihihi
Lenkali ajak lagi yer Kak Long **tak malu tul minah ni**
Kalau dah berjaga-jaga, tapi musibah melanda…itu takdir-Nya, tapi janganlah terlalu berserah pada takdir tanpa berusaha untuk mencegahnya kan?
p/s…Insya Allah..kalau ada acara lagi boleh pergi sama.
teringat citer me kecik2 dulu2.. uhuhu
en_me pun ada pengalaman hanyut juga ke?
huhuhu…