Berbaik sangka
Posted By Mawar Merah on February 5, 2010
Kenapa manusia amat payah berbaik sangka? Amat mudah membuat tuduhan yang kadang-kadang lebih sakit daripada tajamnya sebilah belati. Jika satu ketika dahulu, segalanya indah di pandangan mata, tapi hanya kerana kata-kata yang belum tentu kebenarannya, hati mudah membenarkan segala yang dusta.
Cubalah berbaik sangka. Tidak semua yang benar pada pandangan mata kasar itu benar belaka. Kadang-kala, apa yang kita sangka benar, belum tentu kebenarannya. Dan kadangkala yang salah di mata, lebih mulia dan suci kerana seringkali kebenaran tersembunyi.
Alangkah kesalnya kita nanti, jika setelah berburuk sangka kepada seseorang, akhirnya kita tahu yang dia tidak bersalah. Dan jikapun dia bersalah, tetapi tidak seburuk sangkaan dan tuduhan-tuduhan yang kita lemparkan kepadanya. Hilangkanlah perasaan berburuk sangka daripada hati kita.
Mawar Merah – Sebagai manusia biasa, kita tidak pernah lepas daripada melakukan kesalahan. Namun, mengamalkan sikap berbaik sangka pasti dapat membersihkan hati dan menenangkan jiwa.


sungguh insaf,
salamm,