Naskah Terakhir

Isy…macam seram je title tu.  Bukannya nak berhenti berblog ataupun nak sampaikan wasiat, cuma nak berkongsi pengalaman dan perasaan gembira sahaja.

Petang tadi, selesai sudah tugasan ‘Khidmat Hujung Tahun Untuk Negara’ Kak Long buat tahun ini. Lega selega-leganya walaupun pagi esok akan bermula siri mesyuarat sepanjang minggu pulak. Jadi, bila selesai sahaja meghadap naskah terakhir tu, rasa nak lompat-lompat dan menari samba pun ada jugak. Entah kenapa, tiap tahun, macam ni lah perasaannya bila habis menghadap naskah-naskah sebegitu. Mungkin juga disebabkan tanggungjawab dan beban yang terpikul bersama naskah-naskah tersebut seakan terlerai bila dah diselesaikan.

Semalam sepupu Kak Long, Cik Izzati tu, telah pun selamat bertunang. Kak Long tak sempat menghadiri majlis tapi sempat juga menatap gambar-gambar dan menelan coklat-coklat sedap dalam ‘purse comel’ dan ‘kotak-kotak kayu’ yang dijadikan bingkisan untuk para tetamu yang hadir. Tahniah Izzati…Insya Allah, majlis persandingan nanti, Kak Long pasti bersama.

Hujung minggu nanti, seorang lagi sepupu akan melangsungkan perkahwinan di selatan. Kak Long sedang berkira-kira nak menghabiskan sisa-sisa cuti sekali lagi di Selatan sempena majlis tersebut. Hari ni salah seorang adik pulak berangkat bercuti ke Singapura. Tahun ni kami semua tak boleh bercuti sama-sama sebab masing-masing berbeza tugasan, jadi siapa yang senang, pergi ajelah dulu. Kak Long taklah berhajat nak ke Singapura lagi, cuma tak ada idea, nak bercuti ke mana di Johor tu?  Pergi pun tak lama, 2 hari saja. Nanti lepas kenduri, nak lah memanfaatkan kesempatan tu untuk bercuti di Johor pula. Ada sesiapa agaknya yang boleh beri cadangan, ya?

Full stop

Akhirnya pukul 2.30 pagi tadi, selesailah sudah tugasan paling getir sepanjang tahun ini. Bukannya sebelum ini saya tak pernah melakukan tugasan ini, namun kali ini saya berasakan amat tertekan dengan tugasan ini yang menuntut komitmen dan perhatian yang amat tinggi sepanjang hampir dua minggu ini. Malam dan siang saya terpaksa menghadap tugasan yang diberikan hinggakan saya berasa sangat lesu.

Hari ini, saya akan bermesyuarat lagi dan insya Allah menjelang 1 hb Januari nanti, segala tugasan untuk tahun 2009 telah disempurnakan.

Tahun Baru 2010 akan menjelang, dan saya dengar laporan syarikat pengangkutan awam akan melanjutkan waktu perkhidmatan lebih panjang. Semoga segala kemudahan yang diberikan kepada kita semua tidak disalahgunakan. Sambutan Maal Hijrah baru-baru berlalu. Jangan cemari tahun baru kita ini dengan perkara-perkara yang menyedihkan dan menyesatkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...