Setahun Sudah Berlalu

Hari ini 9 Oktober 2010. Setahun sudah Kak Long berhijrah ke rumah baru ini. Setahun yang lalu, Kak Long cuba meneroka dimensi baru dalam aktiviti berblog. Biarpun cuba menjadi blogger tegar setelah mempunyai domain dan hosting baru, namun banyak kekangan yang menjelma semenjak awal tahun, menyebabkan aktiviti berblog menjadi suram.

Seronok menjadi blogger, bertemu dan berkenalan dengan teman-teman baru biarpun kebanyakannya hanya beramah mesra di ruang siber. Terima kasih teman-teman blogger yang sentiasa memberikan sokongan dan berkongsi ilmu dengan Kak Long selama ini.

Mawar Merah dan Ros Merah Jambu: Mata bertentang mata.

Hari Sabtu, subuh-subuh lagi saya bertolak dari rumah untuk ke KUALA KUBU BARU untuk menghadiri kursus jangka pendek. Saya melalui SERENDAH, kawasan jajahan KUJIE  dan sempat mengambil gambar untuk live blogging dan berhenti sebentar di kawasan yang bernama RASA menghantar gambar tersebut.

Dalam hati memang terkenang pada Kujie, yang telah lama dikenali di alam maya namun masih belum pernah bersua muka sebab itu saya hantar gambar dalam kawasan SERENDAH.

Lewat malam, baru berkesempatan melepak di depan komputer dan membaca komen Kujie. Bila Kujie sendiri menyuarakan hasrat untuk bertemu, pastilah saya teruja. Saya balas komen tersebut, namun tak berani menghubungi Kujie, bimbang mengganggu pula.

Selepas berkursus, dalam perjalanan pulang, saya teringat untuk membaca sms yang diterima semasa saya baru memulakan perjalanan. Ada 2 sms dari Kujie. Saya berhenti di BATANG KALI dan membalasnya.

Kesihan dia. Baru aje sampai Selayang dah kena patah balik ke Rawang untuk bertemu Kak Long.

Berdebar juga nak jumpa Kujie, blogger popular tu, ada rasa macam nak jumpa kekasih hati buat kali pertama pulak. Akhirnya kami bertemu juga berhapiran Mydin Rawang. Dan seronoknya bila kami akhirnya bertemu. Kujie datang bersama Intan dengan membawa sepasu bunga mawar merah jambu.

Hadiah kenangan daripada Kujie dan Intan

Hadiah kenangan daripada Kujie dan Intan

Mawar Merah : Kujie merupakan teman blogger Mawar Merah yang pertama saya temui walaupun dah beberapa kali beruja-uja untuk bertemu si Bintang Comel tu.  Sempat bergambar kenangan untuk simpanan peribadi, kemesraan dapat bertemu dengan Kujie dan Intan (yang comel sangat….), membuat saya percaya dunia blogger bukan hanya berkisar di alam maya.

Ladybug dari Labuan

Awal minggu ni seorang teman yang kini bertugas di Matrikulasi Labuan telah datang menziarahi. Dia hadiahkan kami, teman-teman di sini benda ni:-

cenderahati dari Labuan

cenderahati dari Labuan

 Comel coklat ni….sayang pulak nak makan hehehe….

Namun, semalam saya dengar ada musibah yang menimpa beliau yang sedang bercuti di rumah keluarganya di Pahang. Dengar khabar, rumah keluarganya telah dirompak semasa beliau di rumah ibu di sana. Kereta adiknya juga telah dilarikan. Kami cuba juga menghubungi beliau melalui telefon, tetapi tidak berjaya dan kami diberitahu yang telefon beliau turut dilarikan perompak.
Alhamdulillah beliau dan keluarga tidak diapa-apakan. Semoga beliau dan keluarga tabah menghadapi musibah ini dan semoga para perompak yang merompak rumah keluarga beliau itu sempat bertaubat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...