Hari terakhir yang menjadi hari permulaan

Hari ini merupakan hari terakhir tahun 2010. Biasanya cuti umum pada hari pertama setiap tahun, tapi kali ni dapat bonus bila pasukan bola sepak Malaysia berjaya menjuarai Piala AFF Suzuki 2010. Biarpun semalam terpaksa menghadiri mesyuarat yang berakhir sehingga lewat petang, namun hari ini semua mesyuarat yang telah dijadualkan telah ditunda. Tahniah dan terima kasih kepada pasukan bola sepak kita yang menamatkan kemarau 14 tahun untuk menjulang piala tersebut.

Hari ini kebanyakan sekolah masih meneruskan hari pendaftaran pelajar baru dan hari pembayaran yuran untuk pelajar-pelajar walaupun cuti. Tahniah kepada guru-guru yang masih bertugas (walaupun hari ini YAB Perdana Menteri kita telah bermurah hati mengisytiharkan cuti umum) demi memastikan hari pertama persekolahan pada 2 Januari 2010  @ 3 Januari 2010 ini berjalan lancar dan sesi pengajaran dan pembelajaran telah boleh dimulakan seawal hari pertama lagi. Maka pastinya hari terakhir tahun 2010 ini menjadi hari pertama persekolahan bagi pelajar-pelajar Tahun 1 atau Tingkatan 1 di sesetengah sekolah. Pastinya ibu bapa yang anak-anak mereka baru memulakan alam persekolahan turut teruja dan bersyukur kerana tidak perlu mengambil cuti khas demi menghantar anak-anak yang baru memulakan alam persekolahan ini.

Selamat memulakan persekolahan anak-anak.

Dan Selamat Menyambut Tahun 2011 esok…

Full stop

Akhirnya pukul 2.30 pagi tadi, selesailah sudah tugasan paling getir sepanjang tahun ini. Bukannya sebelum ini saya tak pernah melakukan tugasan ini, namun kali ini saya berasakan amat tertekan dengan tugasan ini yang menuntut komitmen dan perhatian yang amat tinggi sepanjang hampir dua minggu ini. Malam dan siang saya terpaksa menghadap tugasan yang diberikan hinggakan saya berasa sangat lesu.

Hari ini, saya akan bermesyuarat lagi dan insya Allah menjelang 1 hb Januari nanti, segala tugasan untuk tahun 2009 telah disempurnakan.

Tahun Baru 2010 akan menjelang, dan saya dengar laporan syarikat pengangkutan awam akan melanjutkan waktu perkhidmatan lebih panjang. Semoga segala kemudahan yang diberikan kepada kita semua tidak disalahgunakan. Sambutan Maal Hijrah baru-baru berlalu. Jangan cemari tahun baru kita ini dengan perkara-perkara yang menyedihkan dan menyesatkan.

2009

Hari ni hari pertama 2009. Buat kali pertama sejak Kak Long mengenal e-mail, free greeting card dan sms, tak ada satu ucapan pun yg Kak Long hantar dan balas (byk juga sms ucapan Selamat Tahun Baru buat Kak Long tahun ni, ingatkan sejak dua menjak tak popular ni, oh tidak!!! sedey nye!!! tak ada le orang nak hantar ucapan). Kak long pun tak tahu, entah mengapa, memang tak ada mood langsung nak  hantar ucapan Selamat Tahun Baru kat sesapa pun. Agaknya Kak Long semakin insaf yang usia dah semakin senja dan semakin bongkok sabut kelapa sawit tambahan pula Kak long dah puas sambut Tahun Baru Hijrah yang hari Senin ari tu.

Apa-apa pun, Kak Long tahu yang bila Tahun Baru menjelma, maka cuti Kak Longpun dah hampir habis. Tahun 2008 merupakan tahun yang banyak meninggalkan kenangan terindah dlm hidup Kak Long tak kurang juga terselit sedikit kisah duka yang menjadi penghias dlm kehidupan Kak Long. Yang paling tak sangka ialah Kak Long menjadi penunggu (seram je bunyinya) wad selama 2 bulan. Punyalah bosan, tapi seronok pun ada. Kalau ada kesempatan, Kak Long nak juga merakamkan bebarapa kisah semasa menjadi sang penunggu ni. Biasalah hidup ni seperti roda, kekadang suka, kekadang duka. Namun Kak Long sgt berbangga dgn diri sendiri (tak lah sampai menerbitkan perasaan riak plak), kerana segalanya dpt dihadapi dgn baik. Lagi satu pada tahun 2008 ni jugalah Kak Long mula jadi ’memblog’ selepas diperkenalkan oleh jiran meja Kak Long. Seronok jugak dapat ‘mblog’ ni ya. 

Masa dulu-dulu, tiap kali Tahun Baru, tiap kali tu jugaklah Kak Long dan kengkawan Kak Long sibuk bertanya dan menceritakan azam baru. Punyalah berkobar-kobar merekacipta azam baru, padahal tiap-tiap tahun, pi mai pi mai tang tu jugak! Kejap je bersemangatnya. Lepas seminggu dua tu semua dah lupa!

 Sekarang ni, Kak Long pun tak pernah dgr kawan2 kak Long tanya apa azam tahun ni, mungkin sama cam kak Long, dah insaflah tu.

Kepada teman-temanku di mana saja anda berada, semoga setiap hari menjadi lebih baik dan lebih indah daripada semalam.

Selamat Menyambut Tahun Baru 1430H

Doa Awal Tahun..

Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan sahabatnya.

 

Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemuarahanMu yang melimpah, sesuangguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaMu perlindungan daripada syaitan yang direjam, dari sekalian kuncu-kuncunya, tenteranya dan penolongnya. Aku juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diriku kepadaMu.

 

Selawat serta salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala puju hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam…Amin…

 

 

p/s Kata guruku, doa ini sebaik-baiknya dibaca setelah masuk waktu Maghrib pada malam 1 Muharram, api kalau tak sempat baca pada waktu yang dinyatakan, apa salahnya kalau baca sekarang, kan? Doa ni sebagai panduan je. Yang penting keikhlasan hati kita dalam berdoa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...