Cepat betul masa berlalu. Sedar tak sedar, sudah 3 minggu Kak Long melalui hari persekolahan. Minggu-minggu awal, mencari rentak menyelesaikan tugasan yang mendesak memang agak meletihkan. Tetapi, bila semua kerja dilakukan bersama-sama, tidak terasa begitu banyak tugasan dan dokumen yang … Continue reading
Tag Archives: sekolah
Pendaftaran Pelajar Baru Tingkatan 4
Sungguh sibuk minggu-minggu pertama persekolahan. Semalam merupakan hari pendaftaran pelajar baru Tingkatan 4 ke sekolah kami. Kak Long bertugas di bahagian penerimaan slip bayaran dan juga penyerahan barangan koperasi.
Wordless Wednesday: Temu Jodoh
Bagai dilanda Garuda
Peribahasa Bagai Dilanda Garuda, begitulah sepinya kawasan tempat bertugas Kak Long beberapa hari ini.
Sejak Jumaat lalu, kawasan tempat tinggal dan tempat bertugas Kak Long tiada bekalan air. Pelajar asrama yang telah pulang semula pada hari Ahad lalu terpaksa bertahan dalam keadaan yang agak mencabar. Menghadapi hari-hari permulaan Ramadan serta mengangkat air turun naik tangga yang dihantar oleh SAINS pada lewat malam. Ada juga yang pulang semula ke rumah kerana ibu bapa merayu untuk membawa pulang anak mereka kerana masalah air ini. Sekolah tidak mengumumkan cuti namun memang ramai pelajar yang tidak pulang semula ke asrama setelah mendengar pengumuman bahawa bekalan air hanya akan pulih pada hari ini dan berita akhir, 5 hb.
Bagi Kak Long sendiri, pada hari pertama berpuasa, sekolah kami meneruskan persekolahan seperti biasa. Negeri tidak bercuti pada Awal Ramadan. Tugas tetap dijalankan. Kami mendapat Tok Ketua yang baru. Namun keadaan di sekolah seperti dilanggar garuda kerana bilangan pelajar yang hadir boleh dibilang dengan jari.
Bila pulang ke rumah,bekalan air yang disimpan di dalam tangki habis sepenuhnya setelah 3 hari bekalan air terputus. Ada kawan-kawan yang telah menginap di hotel sekitar Seremban kerana setitik airpun tiada dan dalam masa 3 hari itu, tiada satu lori SAINS pun yang menghantar bekalan air di lorong rumah kami. Yang peliknya, bila kami membuat aduan, mereka mengatakan telah ada 8 lori yang dihantar untuk membekalkan air di kawasan perumahan kami namun yang Kak Long dapati, sebaik sahaja sampai di fasa bersebelahan, lori tersebut berpatah balik kerana kehabisan air dan tidak timbul-timbul lagi. Bila ditelefon, talian bebas tol untuk aduan memang sentiasa tidak dapat ditembusi kerana sibuk. Kak Long masih bernasib baik kerana masih berpeluang mendapatkan air minuman daripada rumah adinda yang hanya 30 minit daripada rumah Kak Long. Bersyukur kerana dapat juga mengangkut tong-tong air dari rumah adinda. Simpati sungguh dengan mereka yang tidak mempunyai punca lain. Kak Long juga memasak di rumah adinda untuk juadah berbuka puasa dan sahur. Selepas sembahyang terawikh barulah kami pulang semula ke rumah.
Kita pasti mengerti perasaan ibu bapa yang pastinya tidak sampai hati membiarkan anak-anak melalui hari-hari mereka dalam ketidakselesaan. Namun, mengenangkan peperiksaan yang semakin hampir, persekolahan tetap diteruskan seperti biasa. Guru-guru tetap mengajar walaupun sesetengah kelas hanya dua atau 3 orang pelajar sahaja yang sanggup bertahan di sekolah. Tidak adil pula kalau pengajaran & pembelajaran ditangguhkan hanya kerana bilangan yang sedikit kerana pelajar yang begitu gigih hadir itu tidak patut dinafikan haknya.
Kak Long Mawar Merah : Minta maaf agak terhad di depan skrin komputer.
Awan Petang Sabtu
Belakangan ini, setiap sabtu anak pertama penuh dengan aktiviti di sekolah. Pada waktu pagi, kelas tambahan di sekolah kebangsaan manakala pada waktu petang, kelas tambahan sekolah agama. Memang payah juga nak bergerak ke mana-mana. Tambahan pula Encik Suami ada urusan kerja hari ini.Kadang-kadang kasihan sangat pada anak-anak zaman ini yang tak ada peluang nak menikmati zaman kanak-kanak mereka macam zaman Kak Long kecil-kecil dulu. Nak buat macam mana, dah tuntutan semasa.
Maka, sementara menanti masa nak jemput anak dari sekolah agama, baik layan lagu Awan Nano nyanyian Hafiz AF7 yang telah memenangi Lagu Terbaik Anugerah Planet Muzik yang diadakan di Max Pavilion Singapura malam semalam.
Mawar Merah : Kalau Hafiz potong rambut pendek macam pelajar sekolah Kak Long, macam mana rupa dia ya?
Nak berkhemah macam Gaddafi?
Hari Ahad. Biasanya berehat-rehat di rumah, masak-masak dan makan-makan. Tapi minggu ini, memang minggu paling mencabar sebab sepanjang minggu berada di sekolah sampaikan rasa nak buat khemah macam yang selalu dilakukan oleh Muaamar Gaddafi. Pagi tadi sempat baca akhbar mingguan tentang salah satu keanehan tingkahlaku pemimpin Libya di negara sedang bergolak itu. Tapi, Gaddafi buat khemah, sebab dia memang dilahirkan dalam khemas dan lebih selesa tinggal dalam khemah daripada di bilik hotel yang tinggi, tapi kita orang pulak, sebab penat dan tak nak buang masa ulang-alik ke rumah kerana program yang diadakan sampai ke malam. Lagipun, tak ada pulak siapa-siapa saja-saja nak sewakan hotel yang dekat-dekat tepi pantai tu, hehehe.
Petikan Akhbar Mingguan Malaysia 6 Mac 2011
Tampil dengan kostum kebangsaan, Gaddafi secara fizikalnya dilihat bertubuh besar selain tidak lekang daripada cermin mata hitam ‘aviator’. Beliau lebih selesa tinggal di dalam khemah baik di negara sendiri mahu pun semasa misi diplomatiknya. Gaddafi mendirikan khemah di Champs Elysee semasa lawatannya ke Perancis pada 2007. Di Brussel, khemah Gaddafi didirikan Romano Prodi. Sementara semasa lawatannya ke New York untuk menyampaikan ucapan di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, rancangan Gaddafi untuk mendirikan khemah di Central Park tidak kesampaian berikutan bantahan pemimpin-pemimpin setempat. Sebaliknya, Gaddafi mendirikan khemah di tanah milik jutawan terkenal AS, Donald Trump.

