Masuk kandang lembu, mooo…

Dalam subjek Bahasa Melayu Kertas 2, ada soalan Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa tentang peribahasa.

Biarpun pelajar telah mula diperkenalkan tentang peribahasa ini bermula daripada sekolah rendah, malangnya, kebanyakan pelajar masih kurang pasti tentang peribahasa yang patut digunakan.

Pada suatu hari ketika sedang menerangkan tentang sesuatu, maka Kak Long cuba meminta pelajar menyambung peribahasa yang pada pendapat Kak Long memang kerap digunakan ini.

“Masuk kandang ………………..”

Malangnya rata-rata jawapan yang diterima ialah:-

“Masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang harimau mengaum.”

000a052sLPd(Aduhai, siapalah yang nak masuk kandang harimau tu ya?)

Sebenarnya, ada seseorang pemeriksa kertas Bahasa Melayu pernah menceritakan bahawa semasa soalan ini keluar dalam peperiksaan SPM, ramai calon yang menjawab….

“Masuk kandang kerbau menguak, masuk kandang lembu mengembu.”

dan yang paling tak masuk akal…

“Masuk kandang lembu, mooo, masuk kandang kambing, mbekk…..”


Mawar Merah – Aduhai, bahasaku……. Aduhai, diriku  sebagai guru!

Kaduk Naik Junjung : Serupa tapi tak sama

Daun kaduk atau nama Saintifiknya Piper Sarmentosum merupakan sejenis tumbuhan yang rupanya seakan daun sirih. Ia merupakan sejenis daun herba yang hidup tumbuh di kawasan redup antara pokok-pokok rendang. Daun Kasuk ini merupakan herba yang memang berasal dari Malaysia, Borneo dan Indonesia.

Sukar juga nak membezakannya kecuali rasa dan bau.  Kalau dilihat rupa, seakan sama. Daun kaduk rasanya pahit sedikit, kepedasan dan jika daun itu dikoyakkan ataupun digosok, daun ini akan mengeluarkan aroma herba Kaduk sebenarnya merupakan sejenis herba yang tumbuh pada tempat redup di antara pokok-pokok rendang.

Daun kaduk kaya dengan vitamin dan mineral dan ia merupakan sumber yang baik untuk  antioksidan semulajadi kerana kaya dengan vitamin dan mineral.

Daun kaduk ini, jika dimakan bersama pencicah seperti sambal, budu ataupun cencalok akan menjadi ulam apabila dicampurkan dengan sayuran tertentu. Daun kaduk digunakan sebagai resepi nasi ulam. Jika memasak gulai tempoyak, daun kaduk juga dicampurkan sebagai satu bahan pucuk yang dihiris bersama pucuk lain. Sesetengah orang menggunakannya untuk bahan laksa dan daun kaduk juga dapat menaikkan rasa pelbagai jenis makanan seperti udang kering, telur, ikan, dan daging. Justeru, daun ini boleh digunakan untuk dimasukkan ke dalam sup yang jernih.

daun-kaduk

http://www.earthcare.com.au

Sumber:

http://www.asiafood.org

Mawar Merah : Maaflah belakangan ini asyik cerita pasal Kaduk. Jiwa sedikit kacau dengan perangai kaduk yang naik junjung. Saya perlu terima hakikat bahawa kaduk memang dah begitu rasminya. Justeru, daripada memikirkan kekesalan saya terhadap kaduk yang bukannya Pak Kaduk,  dan akan membuatkan saya sebagai manusia biasa marah tak tentu pasal, lebih baik berfikir secara positif bahawa kaduk juga sebenarnya ada kegunaannya.

Seperti kaduk naik junjung

Lagu ni sebenarnya tak ada kena mengena dengan saya pada ketika ini.

Mawar Merah – Dalam kehidupan ini, kita akan temui ramai manusia yang mempunyai perbezaan. Lalu perbezaan itulah nantinya akan membuatkan kehidupan ini berwarna-warni bagai pelangi. Manusia memang banyak kelemahannya dan saya juga tiada terkecuali. Dan saya  ingin berpesan bahawa, kita akan melakukan kesilapan jika meletakkan kaduk di atas junjung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...