Penggredan baru dalam Keputusan Peperiksaan SPM 2009

Semalam, debaran 465,853 calon peperiksaan SPM 2009 tentunya telah berkurangan setelah mendapat slip keputusan peperiksaan masing-masing.

Walaupun tidak dapat bersama-sama dengan bekas pelajar Kak Long tapi ramai juga yang menghubungi untuk berkongsi berita. Ada berita gembira kerana mendapat keputusan seperti jangkaan, namun ramai juga yang masih keliru dengan keputusan A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G  yang mereka peroleh sebab penggredan baru belum diaplikasi dalam sistem persekolahan kami sebelum ini. Ada pelajar Kak Long yang mengadu yang biarpun gembira mendapat A, tetapi bila ada simbol (-) dibelakangnya, mereka bagaikan kurang senang.

Sistem penggredan ini baru diperkenalkan  bagi keputusan SPM 2009 ini, namun telah lama diperkenalkan di peringkat  pengajian tinggi @ universiti. Namun Kak Long percaya, pastinya apa yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran itu pastinya untuk meningkatkan kualiti peperiksaan awam di negara kita.

Menonton Berita Perdana TV3 semalam, sungguh kagum kerana beberapa pelajar yang mempunyai masalah penglihatan masih berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Pelajar yang telah diumumkan sebagai pelajar terbaik SPM 2009 ialah Gladys Tan Yee Kim dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Green Road, Kuching, Sarawak dan Sekolah Menengah Sains Seremban, Negeri Sembilan pula telah diumumkan sebagai sekolah terbaik. Adik Habibah Hanan Mat Yusoff dari Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi (P), Kota Bharu pula berjaya 15A dalam SPM 2009

Kredit Imej : Berita Harian Online

Kredit Imej : Berita Harian Online

Tahniah buat semua yang berjaya dengan cemerlang dan bagi yang tidak berjaya mendapat keputusan cemerlang, usah putus asa.  Perjalanan hidup masih jauh dan banyak yang harus ditempuhi. Semoga terus gigih dan mencapai kejayaan dalam kehidupan lebih penting daripada kejayaan dalam peperiksaan semata-mata.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...