Sebelum meluruskan kaki mengagihkan Wang bantuan Persekolahan

Minggu terakhir persekolahan memang sentiasa penuh dengan pelbagai tugasan dan mesyuarat.

Walaupun kelas berkurangan, kerana pelajar Tingkatan 5 sedang menghadapi peperiksaan, tetapi semenjak minggu lepas lagi, setiap hari  Kak Long perlu menghadiri mesyuarat. Nampak macam mudah, tetapi pada minggu-minggu akhir sebelum cuti, panjang senarai tugas yang perlu dibereskan supaya semasa cuti nanti, tidak ada dakwa-dakwi lagi tentang tugas-tugas yang seharusnya selesai untuk tahun ini.

Bukan bermakna, yang semasa cuti nanti hanya goyang kaki, kerana seperti biasa, sepanjang Disember, biasanya sibuk dengan tugas-tugas sulit……ahaks! tetapi tahun ini, Kak Long terpaksa pula duduk dalam Jawatankuasa Pemilihan Pelajar untuk tahun 2012. Memang seronok nak cuti, tapi rungsing juga memikirkan banyak yang perlu dilakukan sepanjang cuti walaupun seronok pada awal cuti kerana dah tempah cuti awal sebelum memulakan tugasan-tugasan semasa cuti.

Esok merupakan hari untuk mengagihkan wang Bantuan Persekolahan sebanyak RM100 itu kepada ibu bapa / penjaga pelajar. Pada mulanya, Kak Long dengar khabar angin pemberian wang bantuan tersebut ditangguhkan atas dasar keselamatan, namun rupanya kebanyakan sekolah telah selesai mengagihkan wang tersebut. Dan agiah tersebut dilakukan secara berperingkat mengikut tahun (sekolah rendah) dan tingkatan (sekolah menengah). Sekolah Kak Long tak menghadapi masalah sebab kami hanya perlu mengagihkan kepada ibu bapa / penjaga pelajar Tingkatan 4 sahaja kerana pelajar Tingkatan 5 tak perlu diagihkan wang tersebut. Dalam berita sebentar tadi, ada dengar teguran TPM tentang sekolah yang membuat potongan RM 50 dibuat oleh pihak sekolah. Pelajar sekolah Kak Long tak perlu risau sebab tiada apa-apa pemotongan dan setiap ibu bapa / penjaga pelajar akan menerima wang RM100 tersebut, tunai…..

Mawar Merah : Sup malam Jamuan Akhir Tahun semalam memang berdengung!

Bagai dilanda Garuda

Peribahasa Bagai Dilanda Garuda, begitulah sepinya kawasan tempat bertugas Kak Long beberapa hari ini.

Sejak Jumaat lalu, kawasan tempat tinggal dan tempat bertugas Kak Long tiada bekalan air. Pelajar asrama yang telah pulang semula pada hari Ahad lalu terpaksa bertahan dalam keadaan yang agak mencabar. Menghadapi hari-hari permulaan Ramadan serta mengangkat air turun naik tangga yang dihantar oleh SAINS pada lewat malam. Ada juga yang pulang semula ke rumah kerana ibu bapa merayu untuk membawa pulang anak mereka kerana masalah air ini. Sekolah tidak mengumumkan cuti namun memang ramai pelajar yang tidak pulang semula ke asrama setelah mendengar pengumuman bahawa bekalan air hanya akan pulih pada hari ini dan berita akhir, 5 hb.

Bagi Kak Long sendiri, pada hari pertama berpuasa, sekolah kami meneruskan persekolahan seperti biasa. Negeri tidak bercuti pada Awal Ramadan. Tugas tetap dijalankan. Kami mendapat Tok Ketua yang baru. Namun keadaan di sekolah seperti dilanggar garuda kerana bilangan pelajar yang hadir boleh dibilang dengan jari.

Bila pulang ke rumah,bekalan air yang disimpan di dalam tangki habis sepenuhnya setelah 3 hari bekalan air terputus. Ada kawan-kawan yang telah menginap di hotel sekitar Seremban kerana setitik airpun tiada dan dalam masa 3 hari itu, tiada satu lori SAINS pun yang menghantar bekalan air di lorong rumah kami. Yang peliknya, bila kami membuat aduan, mereka mengatakan telah ada 8 lori yang dihantar untuk membekalkan air di kawasan perumahan kami namun yang Kak Long dapati, sebaik sahaja sampai di fasa bersebelahan, lori tersebut berpatah balik kerana kehabisan air dan tidak timbul-timbul lagi. Bila ditelefon, talian bebas tol untuk aduan memang sentiasa tidak dapat ditembusi kerana sibuk. Kak Long masih bernasib baik kerana masih berpeluang mendapatkan air minuman daripada rumah adinda yang hanya 30 minit daripada rumah Kak Long. Bersyukur kerana dapat juga mengangkut tong-tong air dari rumah adinda. Simpati sungguh dengan mereka yang tidak mempunyai punca lain. Kak Long juga memasak di rumah adinda untuk juadah berbuka puasa dan sahur. Selepas sembahyang terawikh barulah kami pulang semula ke rumah.

Kita pasti mengerti perasaan ibu bapa yang pastinya tidak sampai hati membiarkan anak-anak melalui hari-hari mereka dalam ketidakselesaan. Namun, mengenangkan peperiksaan yang semakin hampir, persekolahan tetap diteruskan seperti biasa. Guru-guru tetap mengajar walaupun sesetengah kelas hanya dua atau 3 orang pelajar sahaja yang sanggup bertahan di sekolah. Tidak adil pula kalau pengajaran & pembelajaran ditangguhkan hanya kerana bilangan yang sedikit kerana pelajar yang begitu gigih hadir itu tidak patut dinafikan haknya.

Kak Long Mawar Merah : Minta maaf agak terhad di depan skrin komputer.

Titis air mata

Hampir pukul 11 pagi, barulah Tok Ketua pulang dari PPD dan slip keputusan peperiksaan berada di tangan kami. Selepas ucapan ringkas @ pengumuman dilakukan oleh Tok Ketua, pelajar mula beratur  untuk mengambil keputusan masing-masing. Sungguh meriah suasana ketika itu. Penuh dengan jeritan dan tangisan kegembiraan daripada mereka yang menerima keputusan peperiksaan mereka.

Alhamdulillah, keputusan Peperiksaan SPM 2010 bagi sekolah kami telah menunjukkan peningkatan yang amat memberansangkan dan pastinya hati berbunga riang bila Tok Ketua mengumumkan bahawa sekolah kami mendapat kedudukan pencapaian terbaik sekolah-sekolah di daerah itu.

Sungguh terharu apabila melihat para pelajar mengucapkan terima kasih sambil menitiskan air mata kegembiraan menatap keputusan peperiksaan SPM mereka. Pastinya segala usaha yang telah dilakukan terasa berbaloi menatap askara yang tercatat dalam slip tersebut.

Tahniah diucapkan kepada calon-calon yang berjaya mendapat keputusan SPM yang cemerlang. Pastinya kejayaan ini merupakan hadiah paling berharga buat ibu bapa, keluarga dan guru-guru anda.  Bagi yang lain, biar bagaimanapun, anda semua sebenarnya sama-sama berjaya kerana kejayaan bukan hanya pada deretan A+ yang tercatat pada keputusan sijil SPM yang diperoleh, tapi juga segala ilmu dan pegalaman yang telah anda peroleh semasa bergelar pelajar.

Nak berkhemah macam Gaddafi?

Hari Ahad. Biasanya berehat-rehat di rumah, masak-masak dan makan-makan. Tapi minggu ini, memang minggu paling mencabar sebab sepanjang minggu berada di sekolah sampaikan rasa nak buat khemah macam yang selalu dilakukan oleh Muaamar Gaddafi. Pagi tadi sempat baca akhbar mingguan tentang salah satu keanehan tingkahlaku pemimpin Libya di negara sedang bergolak itu. Tapi, Gaddafi buat khemah, sebab dia memang dilahirkan dalam khemas dan lebih selesa tinggal dalam khemah daripada di bilik hotel yang tinggi, tapi kita orang pulak, sebab penat dan tak nak buang masa ulang-alik ke rumah kerana program yang diadakan sampai ke malam. Lagipun, tak ada pulak siapa-siapa saja-saja nak sewakan hotel yang dekat-dekat tepi pantai tu, hehehe.

Petikan Akhbar Mingguan Malaysia 6 Mac 2011

Tampil dengan kostum kebangsaan, Gaddafi secara fizikalnya dilihat bertubuh besar selain tidak lekang daripada cermin mata hitam ‘aviator’. Beliau lebih selesa tinggal di dalam khemah baik di negara sendiri mahu pun semasa misi diplomatiknya. Gaddafi mendirikan khemah di Champs Elysee semasa lawatannya ke Perancis pada 2007. Di Brussel, khemah Gaddafi didirikan Romano Prodi. Sementara semasa lawatannya ke New York untuk menyampaikan ucapan di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, rancangan Gaddafi untuk mendirikan khemah di Central Park tidak kesampaian berikutan bantahan pemimpin-pemimpin setempat. Sebaliknya, Gaddafi mendirikan khemah di tanah milik jutawan terkenal AS, Donald Trump.

Continue reading

Kasihannya, tak ada siapa nak tegur dia…

Petang tadi, Kak Long menghadiri mesyuarat di sebuah sekolah berhampiran dengan kampung tercinta. Pulang dari mesyuarat, sempatlah juga singgah di rumah ayahanda walaupun baru malam semalam ayahanda datang menziarahi Kak Long yang demam suam-suam kuku.

Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, melewati sebuah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah yang terletak di sebuah pekan yang telah banyak tanda-tanda kemajuannya. Kebetulan, pelajar-pelajar baru pulang daripada menjalani aktiviti ko-kurikulum. Bosan juga terpaksa memandu perlahan di belakang dua buah bas sekolah yang membawa pelajar-pelajar yang baru pulang itu, namun yang menyedihkan ialah bila sepanjang jalanterpaksa memerhatikan adegan-adegan yang tidak sewajarnya dilakukan oleh manusia yang berpendidikan. Mana tidaknya, sepanjang hampir 5 km Kak Long berada di belakang bas tersebut sehinggalah bas itu membelok ke simpang yang berasingan, Kak Long menyaksikan segala macam plastik, botol, tin, ais krim dan nasib bak tak ada orang pulak yang satu persatu berterbangan keluar dari tingkap bas tersebut.

Mawar Merah : Hati Kak Long cuma merintih bila memikirkan apakah pelajar-pelajar Kak Long juga berperangai sebegitu sedangkan setiap kali di sekolah dan di dalam kelas, sentiasa ditegr dan diingatkan tentang kepentingan menjaga kebersihan. Kalau tidak dari awal mereka ini ditegur dan diingatkan, sampai bilalah agaknya kita akan mempunyai rakyat yang sentiasa tahu menjaga kebersihan di manapun mereka berada.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...