Mawar Putih Mawar Kuning

Dah lama tak menikmati alam sekitar kawasan pejabat. Semenjak sibuk memanjang, walaupun lalu-lalang di situ setiap hari, terlupa nak membelek-belek pasu-pasu bunga. Hari ni tadi, berhenti mebelek-belek bunga-bunga mawar yang sedang berbunga di dalam pasu. Musim panas, bunga-bunga pun kurang bermaya walaupun ada juga yang sedang berkembang.

Rasa nak nyanyi lagu Mawar putih untuk mama, lalalala....

Kasihannya kudup si kuning yang agak kekeringan

Berkembangan namun bunga pokok ini kecil-kecil sahaja.

Daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga

Mawar Merah balik kampung. Gambar dan cerita balik kampung baru-baru ini. Perasaan?  Tak tergambar dengan kata-kata. Cuma boleh bernyanyi bak sekuntum mawar merah sebuah puisi.

Kebun getah ini letaknya di kampung bersebelahan dengan rumah kampung kami. Pohon-pohon getah yang ada sudah tua-tua belaka. Dah hukum wajib tanam semula.

Biarpun masih ada getahnya kalau ditoreh, tetapi produktiviti pohon-pohon getah ini sudah merudum hingga kurang berbaloi mengerjakannya. Bulan lepas telah timbul perbincangan untuk menanam semula kebun getah ini.

Continue reading

Mawar Merah, dan Ais Krim Haagen-Dazs

Ada persamaan? Tak ada langsung… cuma ada cerita tentang Kak Long yang berkaitan Ais Krim.

Sudah setahun lebih Kak Long melanggan domain dan hosting yang ditawarkan oleh Exabytes. Alhamdulillah, perkhidmatannya memuaskan hati dan selalu dapat maklumbalas yang cepat  membuatkan Kak Long terus memperbaharui langganan tersebut bulan Oktober lepas. Alasan itu juga yang membuatkan Kak Long secara sukarela meletakkan banner seperti yang boleh dilihat di sebelah kiri blog ini. Masa mula-mula tu, ada juga terdetik nak menang baucer yang ditawarkan, masa tu, kalau tak silap baucer starbucks tapi lepas tu, tak kisahpun sebab rasa macam tak logik pulak boleh terpilih dalam ramai-ramai pelanggan mereka tu.

Kak Long tak memenangi se lori ais krim, tapi tetap gembira bila tiba-tiba menjadi pilihan untuk memenangi baucer tersebut. 

Pemilihan ni tak ada kena mengena dengan buat entri ini. Mereka tak letak syarat apa-apapun kecuali ada banner di mana-mana yang kita suka. Dah menang pun tak payah tulis entri, hahaha, tapi saja Kak Long nak berkongsi cerita, manalah tahu, dia orang nak tambah pula baucer tu dari sekeping jadi sepuluh keping (hahaha…pelamin anganku pasti musnah….) Setiap bulan memang ada terima email yang sebegini, sama cuma nama dan bulan berbeza. Dan kali ini, nama yang tertera nama Kak Long.  

Jadi malam ni nak tidur mimpi makan ais krim….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...