Pemergian

Seorang ibu saudara telah menghembuskan nafas terakhirnya pada hari Jumaat lepas setelah hampir tiga minggu berada dalam keadaan koma di hospital. Kali terakhir saya menziarahi di hospital pada hari Selasa sempena cuti Wesak yang lepas. Saya yakin anak-anak allahyarhamah yang terdiri daripada 3 orang lelaki itu telah meredhakan pemergian beliau. Urusan pengebumian berjalan lancar walaupun pada mulanya hujan turun sangat lebat. Sebaik sahaja selesai mandi jenazah, cuaca menjadi sangat cerah dan sembahyang jenazah juga disempurnakan dengan mudah.

Semoga rohnya ditempatkan bersama orang beriman.

Setiap yang hidup pasti akan menemui mati. Berita tentang kejadian tanah runtuh yang yang mengorbankan 16 orang membabitkan penghuni Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Hulu Langat semalam memang satu berita yang amat menyedihkan. Namun segalanya telah tertulis. Hari ini hari mereka, hari kita, hanya Dia yang tahu.

Sempornakan harimu Bahagian 1

Malaysia memang banyak destinasi percutian yang indah dan mengasyikkan. Ewah…macam iklan cuti-cuti 1Malaysia pulak! Macam buat pendahuluan karangan Bahasa Melayu pun ada jugak..

Baru-baru ini saya berkesempatan ke Tawau dan Semporna. Seronok ke sana, kerana walaupun dah banyak kali ke Sabah, baru kali ini berkesempatan ke Tawau dan Semporna. Semenjak kecil, saya selalu dengar tentang Tawau dan Semporna kerana ayahanda selalu bertugas di sana lebih kurang 3 tahun tapi tak pernah saya dan adik-adik berpeluang ikut ke sana walaupun ada adik saya yang pernah sampai untuk bercuti tahun lepas.

Jadi, kali ini kami semua membuat rancangan percutian keluarga ke sana.  Selepas kapal terbang mendarat di lapangan terbang Tawau, kami telah ditunggu salah seorang staf adik di sana dan dibawa terus ke  tempat penginapan atas air di Semporna.

Sampai di Semporna sudah gelap, jadi malam itu tak ke mana-mana sebab dah makan dalam kapal terbang dan singgah minum-minum sakan dalam perjalanan dari Tawau ke Semporna.

Kami tidur di sini, opps, bukan dalam air tu bah…, tapi di atas katil-katil dalam hotel di atas air tulah.

Mawar Merah : Sudah dua hari ayahanda, bonda, adik dan adik ipar saya berangkat ke Amman dan Syria, namun masih belum ada panggilan telefon atau SMS. Mungkin mengalami kesukaran talian telefon atau internet. Semoga mereka sihat dan gembira di sana.

Campur sana-sini

Mood Sabtu. Kerja, santai, semuanya ada.

Pagi tadi ada kelas bimbingan. Awal pagi dah tercongok di sekolah, makan-makan nasi lemak yang di beli dengan berlaukkan sambal sotong. Berat sarapan saya pagi ini, ada harapan nak menambahkan berat badan. Tak mengapalah, baru ada ‘feel’ menikmati matahari terbit di tepi pantai. Saya beli lebih dengan harapan ada yang menemankan saya bersarapan pagi ni, dah memang dah rezeki dia, saya jumpa dia tiba beberapa minit selepas saya sampai.

Sepatutnya pukul 8.30 pagi kelas bermula, tapi dah pelajar-pelajar saya terlalu rajin, setengah jam kemudian baru nak tunjuk muka dengan alasan menjemur kain. Alasannya, hari Sabtulah nak bangun lewat, padahal puaslah para warden, ustaz dan ustazah mengatur dan memantau pergerakan sembahyang subuh di surau. Kawan-kawan saya yang lain pun awal-awal dah bersedia, ramai pula cikgu daripada pelajar.

Apapun saya gembira kerana sepanjang kelas, semua pelajar yang bersama saya menunjukkan minat yang tinggi dan beberapa jam berlalu dengan rasa begitu pantas.

Sengaja update blog sebelum balik kampung untuk berkumpul bersama keluarga. Aturcara hujung minggu ni agak padat dengan makan-makan dan juga membelai badan. Ayah saya siap sediakan seekor kambing untuk di ‘barbeque.’ Sepatutnya saya ke Port Klang, tapi terpaksa tunda lewat sikit. Kena panaskan badan dengan acara bakar-membakar terlebih dahulu.

 

Gambar ni Kak Long 'ciluk' dari fb adik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...