Rendang di Aidilfitri : Cabaran Blogger I Suatu Hari Di Hari Raya

Suatu Hari Di Hari Raya : Setiap orang pasti ada kenangan yang tak terlupakan semasa Hari Raya.

Rendang di Aidilfitri

             Sejak awal pagi, aku dan adik-adikku sibuk membuat persiapan untuk menyambut aidilfitri yang bakal menjelang. Di dapur, kelihatan adikku Alin dan Kak Ngah terkebil-kebil menyiang ayam kampung yang telah disembelih . Daging-daging lembu yang telah dipotong-potong selebar tiga jari juga telah siap diasingkan di dalam besen.

              “Bawang, halia, serai dah ada. Rempah dah ada. Lepas tu, apa lagi nak masukkan dalam rendang ni nanti?” tanya Ida kepadaku yang masih asyik meracik-racik bawang dan halia.

       “Mana along tahu, itu sahaja agaknya,” jawabku dengan teragak-agak.

             Sebenarnya, aku sendiri kurang yakin dengan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat rendang tersebut. Maklum sahajalah, selama ini, bila tiba hari raya, kami hanya membantu kerja-kerja membersihkan rumah seperti menukar langsir, menyapu halaman rumah ataupun membantu ayah memasukkan pulut dan santan ke dalam buluh-buluh lemang. Tugas memasak rendang dan kuah kacang biasanya dilakukan oleh arwah ibu yang memang pakar dalam bab masak memasak yang kadang-kala dibantu oleh pembantu rumah apabila dia tidak pulang ke kampungnya.

             Suasana agak hening. Masing-masing berwajah keruh melayan perasaan. Biasanya ruang dapur rumah kami memang sangat riuh dengan suara emak yang memberikan arahan buat anak-anak gadisnya sementara anak bujang tunggalnya yang juga merupakan anak bongsu itu pasti bersama-sama ayah di luar rumah membuat persediaan merebus ketupat dan juga membakar lemang.

           “Macam mana nak masak rendang ni? Along, takkan tak tahu?” tanya adikku Ida dengan wajah mencuka sebab hari semakin meninggi, sedangkan banyak lagi persediaan yang perlu dilakukan.

        Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala. Pada waktu ini, barulah terasa kekesalan kerana selama ini, hanya melakukan apa yang disuruh dan hanya pandai menyuap sahaja rendang yang siap dimasak tanpa pernah ambil tahu bahan-bahan yang perlu ada dalam resepi rendang.

            Tiba-tiba hatiku berasa amat sayu. Aku menyapu air mata yang sudah jatuh berlinang. Sebagai anak sulung, pastinya, akulah harapan terakhir untuk keluarga kami menyediakan rendang dan kuah kacang untuk Aidilfitri yang bakal tiba keesoakan harinya. Sayu hatiku memandang adik-adikku terutama Kak Ngah yang baru berpeluang berhari raya semula di tanah air setelah sekian lama merayakannya di perantauan.

         Hatiku bagai disayat sembilu ketika itu. Aku dapat membayangkan betapa suramnya hari raya kami pada tahun ini, kerana buat kali pertamanya, kami terpaksa menyambut Hari Raya tanpa ibu yang telah kembali ke rahmatullah beberapa bulan sebelum itu iaitu seminggu sebelum Kak Ngah pulang ke tanah air setelah menamatkan pengajiannya selama empat tahun di Kanada. Tambahan pula ibu pergi secara tiba-tiba, pada satu dinihari tanpa menderitai sebarang penyakit pada ketika itu.

              Aku segera bangkit meninggalkan mereka di dapur. Tanpa menghiraukan panggilan adikku, aku berkejar ke rumah nenek yang tidak berapa jauh dari rumahku. Aku merayu nenek yang ketika itu sibuk di dapur bersama keluarga Mak Langku yang tinggal bersamanya untuk mengikutiku pulang. Aku mengatakan kepadanya bahawa beliau hanya perlu memberikan arahan dan mengajarku untuk kali ini sahaja. Mak Lang yang kasihan kepadaku menyuruh nenek menurut sahaja.

Akhirnya, dengan bantuan nenek, Kak Long berjaya menyiapkan rendang dan kuah kacang untuk hidangan hari raya. Sehingga hari ini, Kak Long tidak perlu risau untuk menyediakan rendang dan kuah kacang untuk hidangan keluarga kami.

Kak Long Mawar Merah : Walaupun peristiwa itu telah lama berlalu namun Kak Long rasa, Aidilfitri tahun itu merupakan Aidilfitri yang amat memberi kesan buat kami sekeluarga dan pasti tak akan terlupa sampai bila-bila.

Secebis kisah ini juga Kak Long rakamkan demi menyahut cabaran Encik Ismail untuk blog DLSL.

Juga sebagai pesanan kepada anak-anak gadis di luar sana. Jangan ulangi kesilapan yang Kak Long lakukan dahulu yang kurang berminat untuk mempelajari kemahiran memasak yang dimiliki oleh arwah ibu Kak Long. Kita tidak tahu, sama ada ibu kita akan bersama kita esok lusa.  Alfatihah buat Arwah Ibu. Semoga aman damai rohmu di sana.

 

Pemergian

Seorang ibu saudara telah menghembuskan nafas terakhirnya pada hari Jumaat lepas setelah hampir tiga minggu berada dalam keadaan koma di hospital. Kali terakhir saya menziarahi di hospital pada hari Selasa sempena cuti Wesak yang lepas. Saya yakin anak-anak allahyarhamah yang terdiri daripada 3 orang lelaki itu telah meredhakan pemergian beliau. Urusan pengebumian berjalan lancar walaupun pada mulanya hujan turun sangat lebat. Sebaik sahaja selesai mandi jenazah, cuaca menjadi sangat cerah dan sembahyang jenazah juga disempurnakan dengan mudah.

Semoga rohnya ditempatkan bersama orang beriman.

Setiap yang hidup pasti akan menemui mati. Berita tentang kejadian tanah runtuh yang yang mengorbankan 16 orang membabitkan penghuni Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Hulu Langat semalam memang satu berita yang amat menyedihkan. Namun segalanya telah tertulis. Hari ini hari mereka, hari kita, hanya Dia yang tahu.

Sempornakan harimu Bahagian 1

Malaysia memang banyak destinasi percutian yang indah dan mengasyikkan. Ewah…macam iklan cuti-cuti 1Malaysia pulak! Macam buat pendahuluan karangan Bahasa Melayu pun ada jugak..

Baru-baru ini saya berkesempatan ke Tawau dan Semporna. Seronok ke sana, kerana walaupun dah banyak kali ke Sabah, baru kali ini berkesempatan ke Tawau dan Semporna. Semenjak kecil, saya selalu dengar tentang Tawau dan Semporna kerana ayahanda selalu bertugas di sana lebih kurang 3 tahun tapi tak pernah saya dan adik-adik berpeluang ikut ke sana walaupun ada adik saya yang pernah sampai untuk bercuti tahun lepas.

Jadi, kali ini kami semua membuat rancangan percutian keluarga ke sana.  Selepas kapal terbang mendarat di lapangan terbang Tawau, kami telah ditunggu salah seorang staf adik di sana dan dibawa terus ke  tempat penginapan atas air di Semporna.

Sampai di Semporna sudah gelap, jadi malam itu tak ke mana-mana sebab dah makan dalam kapal terbang dan singgah minum-minum sakan dalam perjalanan dari Tawau ke Semporna.

Kami tidur di sini, opps, bukan dalam air tu bah…, tapi di atas katil-katil dalam hotel di atas air tulah.

Mawar Merah : Sudah dua hari ayahanda, bonda, adik dan adik ipar saya berangkat ke Amman dan Syria, namun masih belum ada panggilan telefon atau SMS. Mungkin mengalami kesukaran talian telefon atau internet. Semoga mereka sihat dan gembira di sana.

Campur sana-sini

Mood Sabtu. Kerja, santai, semuanya ada.

Pagi tadi ada kelas bimbingan. Awal pagi dah tercongok di sekolah, makan-makan nasi lemak yang di beli dengan berlaukkan sambal sotong. Berat sarapan saya pagi ini, ada harapan nak menambahkan berat badan. Tak mengapalah, baru ada ‘feel’ menikmati matahari terbit di tepi pantai. Saya beli lebih dengan harapan ada yang menemankan saya bersarapan pagi ni, dah memang dah rezeki dia, saya jumpa dia tiba beberapa minit selepas saya sampai.

Sepatutnya pukul 8.30 pagi kelas bermula, tapi dah pelajar-pelajar saya terlalu rajin, setengah jam kemudian baru nak tunjuk muka dengan alasan menjemur kain. Alasannya, hari Sabtulah nak bangun lewat, padahal puaslah para warden, ustaz dan ustazah mengatur dan memantau pergerakan sembahyang subuh di surau. Kawan-kawan saya yang lain pun awal-awal dah bersedia, ramai pula cikgu daripada pelajar.

Apapun saya gembira kerana sepanjang kelas, semua pelajar yang bersama saya menunjukkan minat yang tinggi dan beberapa jam berlalu dengan rasa begitu pantas.

Sengaja update blog sebelum balik kampung untuk berkumpul bersama keluarga. Aturcara hujung minggu ni agak padat dengan makan-makan dan juga membelai badan. Ayah saya siap sediakan seekor kambing untuk di ‘barbeque.’ Sepatutnya saya ke Port Klang, tapi terpaksa tunda lewat sikit. Kena panaskan badan dengan acara bakar-membakar terlebih dahulu.

 

Gambar ni Kak Long 'ciluk' dari fb adik

Jejak Kasih

Kak Long kenal dia. Dah lama kenal dia, sejak mula bertugas di sini. Masa mula bertugas di sini, dia dah ada, mungkin setahun dua lebih awal dari Kak Long. Di sekolah kami ada banyak bilik staf, dah staff pun ramai lebih seratus orang  tapi kami memang sama-sama menghuni bilik staff yang itu. Cuma ruangan berbeza. Kenal dia begitu-begitu sahaja. Jarang bersembang. Bertembung tu sekadar senyum-senyum. Orangnya tak banyak cerita, serius bekerja. Kak Long hormat dia, dia pun hormat kita. Bertegur bila perlu.

Pagi tadi, lepas bengkel pengendalian maklumat pelajar, berkejar ke kantin. Lapar, ya..lapar sangat sebab dari pagi tak makan apa-apa. Tiba-tiba dia berhenti di hadapan Kak Long. Terkejut juga. Dia tanya, dia cerita, dia beritahu….

Hahaha….rupanya moyang kami orang yang sama…. baru tahu! Ni kena sambung balik buku salasilah yang belum selesai.

Ziarah

Ziarah

Ziarah,
originally uploaded by mawarmerah2008.

Multimedia Message

This message has been delivered to your e-mail account by the
Celcom Multimedia Messaging Service Centre (MMSC) and was originally sent by subscriber number 60xxxxxxxxx. You have received this Multimedia Message in your email inbox
and it has been reformatted in order to be visible in your email client.
However, Multimedia Messages have slideshow like qualities
that are best viewed with the MMS capable player located in
MMS capable devices or in our Web based MMS Player.
This message can be viewed as it was originally intended
To view this message as it was originally intened click on the button below…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...