Seloka Hari Guru

Dalam banyak-banyak sms dan email ucapan hari guru, Kak Long teringin nak kongsikan email yang Kak Long rasakan menarik ni. Tak kisahlah kalau nak kata syok sendiri pun. Kira perasanlah juga bila baca seloka ni…

Mak cakap CIKGU macam MAGGI ………… makanan rutin time susah.

Ayah cakap CIKGU macam D’SEEKERS.……….. menakutkan.

Atuk cakap CIKGU macam ASTRO ……macam-macam ada.

TAPI saya cakap, CIKGU macam L’OREAL, kerana dirimu begitu berharga!

SELAMAT HARI GURU cikgu….

Hari ini cuti. Esok sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Macam-macam acara ada.

Mawar Merah :-Selamat Hari Guru buat semua guruku. Jasamu dikenang selagi hayat dikandung badan.

Full stop

Akhirnya pukul 2.30 pagi tadi, selesailah sudah tugasan paling getir sepanjang tahun ini. Bukannya sebelum ini saya tak pernah melakukan tugasan ini, namun kali ini saya berasakan amat tertekan dengan tugasan ini yang menuntut komitmen dan perhatian yang amat tinggi sepanjang hampir dua minggu ini. Malam dan siang saya terpaksa menghadap tugasan yang diberikan hinggakan saya berasa sangat lesu.

Hari ini, saya akan bermesyuarat lagi dan insya Allah menjelang 1 hb Januari nanti, segala tugasan untuk tahun 2009 telah disempurnakan.

Tahun Baru 2010 akan menjelang, dan saya dengar laporan syarikat pengangkutan awam akan melanjutkan waktu perkhidmatan lebih panjang. Semoga segala kemudahan yang diberikan kepada kita semua tidak disalahgunakan. Sambutan Maal Hijrah baru-baru berlalu. Jangan cemari tahun baru kita ini dengan perkara-perkara yang menyedihkan dan menyesatkan.

Dairi hati seorang guru

Semalam, semasa makan-makan di sebuah restoran makanan segera, selepas pulang dari pantai, seseorang menegur saya. Siapa pula yang kenal saya di sini?

25102009080

Sebagai guru, kadang-kala terasa macam selebriti pula. (Ampunnnn!!!….saja nak memperasaankan diri!) Mana tidaknya, kadang kala bukan setakat di dalam negeri, di luar negeri pun terjumpa pelajar-pelajar dan bekas pelajar! Hahaha…

Dan sering pula terjadi, mereka sahaja yang kenal saya sedangkan saya puas merenung dan memikirkan siapakah namanya, dan pelajar tahun bila…huhu

Maafkan saya pelajar-pelajarku….cikgu kamu ini sudah beransur tua, matanya sudah rabun dan beruban dan daya ingatan cikgu kamu ini memang tidak setajam mana. Apatah lagi jika kamu sudah meninggalkan sekolah beberapa tahun dahulu sebab kalau setakat tahun lepas, rasanya masih senang nak ingat. Lagipun semasa kamu di sekolah dahulu , kamu masih berhingus, hanya berbaju putih sedangkan sekarang baju kamu sudah berwarna-warni seperti pelangi. Begitu juga wajah kamu bukan lagi sepolos anak remaja yang baru mengenal cinta. Ada kalanya,  wajah pun telah dihias pelbagai warna, semakin jelita  (namun tentu sahaja tak mampu melawan kejelitaan cikgu kamu kan! hahaha….).Yang lelakinya pula, dah bermisai dan ada yang dah berjanggut…..(manalah cikgu nak perasan ya…)

25102009081

Namun saya berbesar hati  kerana bekas pelajar saya masih mengingati saya yang dah bongkok tiga ni. Bukan sekali, malah sering juga saya termanggu kerana apabila saya ke kaunter untuk menjelaskan bil, ternyata bil dalam diam-tiam saya telah dilunaskan oleh mereka yang sudah melanjutkan pelajaran ke universiti dan ada juga yang telah bekerja ini.

Kak Long  – Terima kasih kepada pelajarku yang sentiasa baik hati dan masih menghormati bekas gurumu ini. Secara ikhlasnya, cikgu tidak pernah meminta itu semua, (kerana bagi seorang guru, cukuplah kamu membalas nya dengan kejayaan kamu dalam pelajaran dan paling penting dalam kehidupan) namun sebenarnya, cikgu berasa amat terharu dan berbesar hati kerana terasa bahawa kamu masih menghargai cikgu.

p/s Tak naklah tunjuk semua yang saya makan masa tu….sebab entri ni bukan entri makan-makan. Gambar-gambar sekadar hiasan.

Sekadar ucapan

birt

Semalam hari ulang tahun ayahanda yang dikasihi. Kak Long sempat menelefon ayahanda lewat pagi. Ingatkan orang terakhir yang memberikan ucap selamat, rupanya tahun ni jadi orang pertama. Adik-adik terlewat daripada selalu. Memang patutlah tu, anak sulung kena mendahului adik-adiknya. Memang pun hanya sekadar ucapan, tapi ucapan itu sebagai  tanda ingatan dan ingatan itu penting kan! 

Kami semua bercadang untuk pulang dan bersama-sama menjamu selera di satu tempat yang masih dirahsiakan…..!  Malam semalam, adinda Kak Long datang ke rumah untuk membincangkan rancangan tu, tetapi masih belum memberikan kata putus kerana terpaksa pula menanti persetujuan yang lain-lain. Sebenarnya bukanlah jamuan makan tu yang penting, tapi kesempatan untuk berkumpul seisi keluarga.

Dalam era yang serba pantas ini, dan menuntut banyak masa di tempat kerja dan hal-hal lain, memang agak sukar untuk selalu berkumpul beramai-ramai terutamanya untuk melengkapkan semua ahli keluarga bersama-sama. Bila masing-masing dah bekerja ni, nak jumpa sebulan sekali pun susah. Jadi, bila ada peluang begini, dapatlah kami berkumpul beramai-ramai. Dan kehadiran semua ahli keluarga itu sangat meriangkan….

Semoga rancangan kami menjadi kenyataan!

Sekali lagi… Selamat Ulang tahun Ayahanda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...