Tengah hari tadi, ketika kami berada di dalam dewan sekolah mengikuti ceramah Teknik Menjawab Soalan, tidak jauh dari kawasan kami, rupanya telah dilanda ribut. Seorang kenalan telah menunjukkan video ribut yang hampir melibatkan kereta yang sedang dipandunya. Hampir sahaja pokok menimpa kereta beliau.
Seorang kenalan yang masih ditahan di Hospital Port Dickson pula memberitahu bahawa mereka yang berada di dalam wad juga terkejut apabila Unit Kecemasan Port Dickson mengumumkan bahawa ada bencana menimpa dan meminta setiap wad yang mempunyai katil kosong dibawa ke wad kecemasan kerana ramai yang tercedera dalan kejadian tersebut.
Semoga semuanya selamat.















