Pemergian

Seorang ibu saudara telah menghembuskan nafas terakhirnya pada hari Jumaat lepas setelah hampir tiga minggu berada dalam keadaan koma di hospital. Kali terakhir saya menziarahi di hospital pada hari Selasa sempena cuti Wesak yang lepas. Saya yakin anak-anak allahyarhamah yang terdiri daripada 3 orang lelaki itu telah meredhakan pemergian beliau. Urusan pengebumian berjalan lancar walaupun pada mulanya hujan turun sangat lebat. Sebaik sahaja selesai mandi jenazah, cuaca menjadi sangat cerah dan sembahyang jenazah juga disempurnakan dengan mudah.

Semoga rohnya ditempatkan bersama orang beriman.

Setiap yang hidup pasti akan menemui mati. Berita tentang kejadian tanah runtuh yang yang mengorbankan 16 orang membabitkan penghuni Rumah Anak Yatim dan Anak Hidayah Madrasah At-Taqwa di Hulu Langat semalam memang satu berita yang amat menyedihkan. Namun segalanya telah tertulis. Hari ini hari mereka, hari kita, hanya Dia yang tahu.

Raja Drama @ Drama King

Anak lelaki memang manja. Rasanya baru beberapa hari yang lalu membaca entri Tie tentang anak lelaki manja.

Hampir seminggu anak saya ditahan di hospital. Bergilir-gilir dengan ibu mertua saya yang sangat baik hati kerana mahu  bermalam di hospital menjaga cucu kesayangannya, memang agak sibuk berulang-alik ke hospital. Alhamdulillah hari ini sudah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital.

Ini kali pertama dia ditahan di hospital. Bila melihat telatahnya sewaktu misi mengambil darah, saya rasa geram bercampur geli hati. Memang ‘drama king’ budak seorang ni, bisik hati saya. Terus saya terkenangkan entri Tie tentang anak lelaki. Bukan main kuat tangisan dan meleleh-leleh air mata sampai basah lengan baju cik misi padahal masa jarum ditusuk ke uratnya, dia tak sedarpun, namun sibuk bertanyakan sakit ke tidak kalau darah diambil. Nasib baiklah dapat misi-misi yang cantik manis dan baik-baik. Agaknya sebab tu manjanya terlebih-lebih.

Ziarah

Ziarah

Ziarah,
originally uploaded by mawarmerah2008.

Multimedia Message

This message has been delivered to your e-mail account by the
Celcom Multimedia Messaging Service Centre (MMSC) and was originally sent by subscriber number 60xxxxxxxxx. You have received this Multimedia Message in your email inbox
and it has been reformatted in order to be visible in your email client.
However, Multimedia Messages have slideshow like qualities
that are best viewed with the MMS capable player located in
MMS capable devices or in our Web based MMS Player.
This message can be viewed as it was originally intended
To view this message as it was originally intened click on the button below…

Hujan

Beberapa hari ini, hampir setiap hari hujan. Musim hujan ni  kenalah  lebih berhati-hati semasa keluar rumah atau di jalan raya. Hampir seminggu Kak Long demam selsema. Namun begitu, Kak Long bersyukur kerana taklah teruk sangat sampai tak boleh pergi kerja. Cuma kerja taklah serancak biasa kerana rasa tak begitu selesa.

Semalam Kak Long pergi melawat seorang kawan yang sakit di Hospital TTJ.

p2200658

p2200659

Kasihan Kak Long lihat badannya nampak begitu susut. Tapi wajahnya masih ceria menyambut kehadiran kami yang melawatnya. Doktor sahkan buah pinggangnya telah rosak. Kata kawan Kak Long, Dr dah masukkan 80 bag air dua hari lepas. Masa Kak Long datang tu, dia sudah beransur pulih. Kawan Kak Long ni seorang yang gigih. Kagum Kak Long dengan semangatnya. Walaupun sakit, dia masih tidak mahu mengalah dengan penyakitnya itu. Dia amat yakin dia masih ada peluang untuk pulih. Semoga Allah terus melindunginya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...