Teman saya meluahkan rasa kesalnya sebaik sahaja habis waktu mengajarnya pagi tadi. Bila saya tanya mengapa, katanya dia tersilap kata.

Habis tu, nak buat macam mana? Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata….
Continue reading
Teman saya meluahkan rasa kesalnya sebaik sahaja habis waktu mengajarnya pagi tadi. Bila saya tanya mengapa, katanya dia tersilap kata.

Habis tu, nak buat macam mana? Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata….
Continue reading
Semenjak malam tadi, bertalu-talu sms memenuhi inbox handphone Kak Long. Pelbagai jenis pantun dan ucapan diterima daripada bekas pelajar serta teman2 seperjuangan sempena Hari Guru hari ini. Oleh sebab, sambutan Hari Guru tahun ini jatuh pada hari Sabtu, semalam lagi banyak kek daripada pelbagai pihak diterima sampai tak larat kami nak makan kek yang lazat-lazat tu. Juga terima kasih atas sejambak bunga mawar merah yang dihadiahi oleh bekas pelajar Kak Long ni. Cantik sungguh! Terima kasihlah kepada semua yang telah bermurah hati walaupun kami tak minta pun daripada sesiapa. Cukuplah sekadar memahami..walaupun berat mata memandang, berat lagi mahu memikul bunga!
Lihat bola berguling-guling,
tanganku lenguh bermain bowling.Dah lama betul Kak Long tak main bowling yang mengikut sejarahnya mula dilihat dimainkan di Finland, Yamen dan Germany ni, tapi demi menunaikan hajat penaja yang telah bermurah hati menaja yuran penyertaan Kak Long, terpaksa (walaupun sebenarnya suka…sangat…) juga ambil bahagian dalam pertandingan bowling yang diadakan oleh Kelab Staff sempena Hari Guru. Terima kasih Zah! Hisks…buat susah-susah aje..
Masa ni lah nak bergumbira dan ketawa. Dah sesuai pun dengan salah satu manfaat sukan ni yang dirujuk pada Wikipedia, the free encyclopedia, permainan bowling ni, selain dapat membakar kalori dan bertindak pada bahagian otot yang jarang dibuat senaman yang dalam kata lain, boleh kuruskan badan…(yuhuuu!), ia juga memberi faedah dalam hubungan sosial kerana dapat mengukuhkan persahabatan, maka…memang pada masa ini kami semua dapat berkenal dengan lebih rapat antara satu sama lain. Kalau waktu kerja, kadang-kala nak nampak muka pun payah.
Tok Ketua pun dengan sportingnya telah sama-sama menjadi peserta walaupun mula-mula main tu, bola bukan berguling ke hadapan tetapi berguling ke belakang. Malahan ada antara peserta yang baru pertama kali pegang bola bowling tetapi tetap menunjukkan aksi yang mengkagumkan.

Keputusan belum diumumkan, tapi kalah menang bukan ukuran. …