Dairi hati seorang guru

Semalam, semasa makan-makan di sebuah restoran makanan segera, selepas pulang dari pantai, seseorang menegur saya. Siapa pula yang kenal saya di sini?

25102009080

Sebagai guru, kadang-kala terasa macam selebriti pula. (Ampunnnn!!!….saja nak memperasaankan diri!) Mana tidaknya, kadang kala bukan setakat di dalam negeri, di luar negeri pun terjumpa pelajar-pelajar dan bekas pelajar! Hahaha…

Dan sering pula terjadi, mereka sahaja yang kenal saya sedangkan saya puas merenung dan memikirkan siapakah namanya, dan pelajar tahun bila…huhu

Maafkan saya pelajar-pelajarku….cikgu kamu ini sudah beransur tua, matanya sudah rabun dan beruban dan daya ingatan cikgu kamu ini memang tidak setajam mana. Apatah lagi jika kamu sudah meninggalkan sekolah beberapa tahun dahulu sebab kalau setakat tahun lepas, rasanya masih senang nak ingat. Lagipun semasa kamu di sekolah dahulu , kamu masih berhingus, hanya berbaju putih sedangkan sekarang baju kamu sudah berwarna-warni seperti pelangi. Begitu juga wajah kamu bukan lagi sepolos anak remaja yang baru mengenal cinta. Ada kalanya,  wajah pun telah dihias pelbagai warna, semakin jelita  (namun tentu sahaja tak mampu melawan kejelitaan cikgu kamu kan! hahaha….).Yang lelakinya pula, dah bermisai dan ada yang dah berjanggut…..(manalah cikgu nak perasan ya…)

25102009081

Namun saya berbesar hati  kerana bekas pelajar saya masih mengingati saya yang dah bongkok tiga ni. Bukan sekali, malah sering juga saya termanggu kerana apabila saya ke kaunter untuk menjelaskan bil, ternyata bil dalam diam-tiam saya telah dilunaskan oleh mereka yang sudah melanjutkan pelajaran ke universiti dan ada juga yang telah bekerja ini.

Kak Long  – Terima kasih kepada pelajarku yang sentiasa baik hati dan masih menghormati bekas gurumu ini. Secara ikhlasnya, cikgu tidak pernah meminta itu semua, (kerana bagi seorang guru, cukuplah kamu membalas nya dengan kejayaan kamu dalam pelajaran dan paling penting dalam kehidupan) namun sebenarnya, cikgu berasa amat terharu dan berbesar hati kerana terasa bahawa kamu masih menghargai cikgu.

p/s Tak naklah tunjuk semua yang saya makan masa tu….sebab entri ni bukan entri makan-makan. Gambar-gambar sekadar hiasan.

Cerita pari yang berperi

Pada hari Jumaat lepas, waktu masuk pada waktu akhir ke salah sebuah kelas Tingkatan 5, saya sempat pula mengadakan soal jawab ala-ala kuiz. Entah mengapa, sengaja mahu menguji pengetahuan sendiri dan juga persediaan pelajar yang tidak lama lagi akan menghadapi peperiksaan.

Antara soalan peribahasa saya yang telah bertukar menjadi pari bahasa ialah:-

Sambungkan peribahasa ini ya pelajar-pelajarku…

Soalan saya           :  Sekali air bah, ……….
Jawapan mereka  :   habis satu kampung.

Soalan saya            : Ada padi semua kerja jadi,  ada beras……..
Jawapan mereka   : Ada beras, semua orang kenyang.

Saya yang mendengar jawapan mereka memeng sakit perut ketawa. Ntah cikgu manalah yang bijak pandai mengajar peribahasa agaknya sampai semuanya bertukar menjadi pari-pari bahasa. (eh, ada ke istilah tu? ampun DBP dan pakar bahasa, jangan marah saya!)

Amboi, bijak betul pelajar-pelajar saya kan! Kalau semua peribahasa ditukar mengikut logik mereka, memang ‘bungkus’ masa periksa nanti. Lepas ni kena buat lebih banyak latihan ya….

Mari belajar peribahasa..

SELAMAT HARI GURU!

Semenjak malam tadi, bertalu-talu sms memenuhi inbox handphone Kak Long. Pelbagai jenis pantun dan ucapan diterima daripada bekas pelajar serta teman2 seperjuangan sempena Hari Guru hari ini. Oleh sebab, sambutan Hari Guru tahun ini jatuh pada hari Sabtu, semalam lagi banyak kek daripada pelbagai pihak diterima sampai tak larat kami nak makan kek yang lazat-lazat tu. Juga terima kasih atas sejambak bunga mawar merah yang dihadiahi oleh bekas pelajar Kak  Long ni. Cantik sungguh!  Terima kasihlah kepada semua yang telah bermurah hati walaupun kami tak minta pun daripada sesiapa. Cukuplah sekadar memahami..walaupun berat mata memandang, berat lagi mahu memikul bunga!

Copy 1 of Image074

Continue reading

Bola berguling

Lihat bola berguling-guling,
tanganku lenguh bermain bowling.

Dah lama betul Kak Long tak main bowling yang mengikut sejarahnya mula dilihat dimainkan di Finland, Yamen dan Germany ni, tapi demi menunaikan hajat penaja yang telah bermurah hati menaja yuran penyertaan Kak Long, terpaksa (walaupun sebenarnya suka…sangat…) juga ambil bahagian dalam pertandingan bowling yang diadakan oleh Kelab Staff sempena Hari Guru.  Terima kasih Zah! Hisks…buat susah-susah aje..

Masa ni lah nak bergumbira dan ketawa. Dah sesuai pun dengan salah satu manfaat sukan ni yang dirujuk pada Wikipedia, the free encyclopedia, permainan bowling ni, selain dapat membakar kalori dan bertindak pada bahagian otot yang jarang dibuat senaman yang dalam kata lain, boleh kuruskan badan…(yuhuuu!), ia juga memberi faedah dalam hubungan sosial kerana dapat mengukuhkan persahabatan, maka…memang pada masa ini kami semua dapat berkenal dengan lebih rapat antara satu sama lain. Kalau waktu kerja, kadang-kala nak nampak muka pun payah.

Tok Ketua pun dengan sportingnya telah sama-sama menjadi peserta walaupun mula-mula main tu, bola bukan berguling ke hadapan tetapi berguling ke belakang. Malahan ada antara peserta yang baru pertama kali pegang bola bowling tetapi tetap menunjukkan aksi yang mengkagumkan.

bowling

Keputusan belum diumumkan, tapi kalah menang bukan ukuran. …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...