Minggu lepas, mesyuarat setiap hari sepanjang minggu.
Minggu ini penuh dengan acara sukan.
Kehidupan memang penuh cabaran tapi lihat impian dan teruskan.
Kak Long kenal dia. Dah lama kenal dia, sejak mula bertugas di sini. Masa mula bertugas di sini, dia dah ada, mungkin setahun dua lebih awal dari Kak Long. Di sekolah kami ada banyak bilik staf, dah staff pun ramai lebih seratus orang tapi kami memang sama-sama menghuni bilik staff yang itu. Cuma ruangan berbeza. Kenal dia begitu-begitu sahaja. Jarang bersembang. Bertembung tu sekadar senyum-senyum. Orangnya tak banyak cerita, serius bekerja. Kak Long hormat dia, dia pun hormat kita. Bertegur bila perlu.
Pagi tadi, lepas bengkel pengendalian maklumat pelajar, berkejar ke kantin. Lapar, ya..lapar sangat sebab dari pagi tak makan apa-apa. Tiba-tiba dia berhenti di hadapan Kak Long. Terkejut juga. Dia tanya, dia cerita, dia beritahu….
Hahaha….rupanya moyang kami orang yang sama…. baru tahu! Ni kena sambung balik buku salasilah yang belum selesai.
Cuti-cuti, saya cuti
Tapi saya tidak cuti sepenuhnya.
Pagi, petang, siang dan malam,
Saya terpaksa memberi tumpuan,
Target saya perlu penuhi,
Demi tanggungjawab terhadap akujanji.
Mawar merah : Apa yang saya tulis ni? Hehehe…..Saya fikir tahun ni saya boleh bercuti daripada tugas rutin (yang hanya muncul setiap kali cuti hujung tahun), tapi tak berjaya melepaskan diri. Puas pujuk boss supaya cari ganti, tapi tak berjaya. Alasannya : Awak dah berpengalaman dan tugasan kali ini lebih mudah daripada tugasan tahun sebelumnya. Justeru, saya kena berfikiran positif, saya mampu siapkan tugas saya lebih awal daripada tarikh yang ditentukan. Maka, saya masih berpeluang untuk menghayati cuti. Yeah…saya cuti!
Multimedia Message
This message has been delivered to your e-mail account by the
Celcom Multimedia Messaging Service Centre (MMSC) and was originally sent by subscriber number 60xxxxxxxxx
Sepanjang minggu ini sibuk bersukan, biarpun ada kesakitan yang menyerang. Bertemu doktor pakar untuk mendapatkan kepastian dan atas nasihat dua orang doktor pakar, Kak Long akan berada di hospital mulai Isnin ini.

Sumber imej : Google
Insya Allah, seandainya ada waktu, kita akan bertemu.
Teringat satu lagu lama yang kak long terlupa tajuknya.
Antara liriknya,
Geram, jangan engkau geram..Geram ataupun menurut Kamus Dewan membawa maksud marah, panas hati, sakit hati. Maksud yang kedua pula ialah suka @ cinta
Bukan nak mengajar tentang maksud perkataan, tapi cuma nak menterjemahkan perasaan hati. Perasaan hati tu kali ni berkaitan dengan maksud yang mula-mula tu.
Dah beberapa hari, kak long tak dapat nak aksess internet. Tak tahu pulak kenapa. Nak pergi melepak kat starbuck ke @ yg seangkatan dgnnya yang ada sambungan tanpa wayar tak berkesempatan pulak kerana dua hari ni asyik sibuk dengan kenduri kahwin jiran tetangga dan teman-teman. Bila balik rumah tu, ingat nak update N3, tapi sakit hati…
Iskkk,iskkk……geram betul dibuatnya. Nasib baik tetiba je tengah malam ni baru okay, maka tak jadilah nak geram berpanjangan. Tak tahulah kenapa sejak akhir-akhir ni selalu juga terjumpa masalah ni, tapi taklah lama sgt macam kali ni. Selalu tu belumlah sampai tahap geram…tapi kali ni memang geram jugalah dibuatnya. Harap-harap esok dan hari-hari seterusnya tak meragam lagi.
p/s Hmmmm….hidup memang tak selalu indah. Ada masa hujan turun di tengah hari.