Salam buat semua. Beberapa hari ini, Kak Long akan jauh sebentar daripada komputer. Bukan kerana tidak ada kemudahan internet, tetapi sengaja menjauhi diri sekejap. Urusan hadiah untuk Peraduan Tulis, Teka dan Menang akan Kak Long uruskan secepat mungkin. Yang tidak … Continue reading
Tag Archives: cuti
Sebelum meluruskan kaki mengagihkan Wang bantuan Persekolahan
Minggu terakhir persekolahan memang sentiasa penuh dengan pelbagai tugasan dan mesyuarat.
Walaupun kelas berkurangan, kerana pelajar Tingkatan 5 sedang menghadapi peperiksaan, tetapi semenjak minggu lepas lagi, setiap hari Kak Long perlu menghadiri mesyuarat. Nampak macam mudah, tetapi pada minggu-minggu akhir sebelum cuti, panjang senarai tugas yang perlu dibereskan supaya semasa cuti nanti, tidak ada dakwa-dakwi lagi tentang tugas-tugas yang seharusnya selesai untuk tahun ini.
Bukan bermakna, yang semasa cuti nanti hanya goyang kaki, kerana seperti biasa, sepanjang Disember, biasanya sibuk dengan tugas-tugas sulit……ahaks! tetapi tahun ini, Kak Long terpaksa pula duduk dalam Jawatankuasa Pemilihan Pelajar untuk tahun 2012. Memang seronok nak cuti, tapi rungsing juga memikirkan banyak yang perlu dilakukan sepanjang cuti walaupun seronok pada awal cuti kerana dah tempah cuti awal sebelum memulakan tugasan-tugasan semasa cuti.
Esok merupakan hari untuk mengagihkan wang Bantuan Persekolahan sebanyak RM100 itu kepada ibu bapa / penjaga pelajar. Pada mulanya, Kak Long dengar khabar angin pemberian wang bantuan tersebut ditangguhkan atas dasar keselamatan, namun rupanya kebanyakan sekolah telah selesai mengagihkan wang tersebut. Dan agiah tersebut dilakukan secara berperingkat mengikut tahun (sekolah rendah) dan tingkatan (sekolah menengah). Sekolah Kak Long tak menghadapi masalah sebab kami hanya perlu mengagihkan kepada ibu bapa / penjaga pelajar Tingkatan 4 sahaja kerana pelajar Tingkatan 5 tak perlu diagihkan wang tersebut. Dalam berita sebentar tadi, ada dengar teguran TPM tentang sekolah yang membuat potongan RM 50 dibuat oleh pihak sekolah. Pelajar sekolah Kak Long tak perlu risau sebab tiada apa-apa pemotongan dan setiap ibu bapa / penjaga pelajar akan menerima wang RM100 tersebut, tunai…..
Mawar Merah : Sup malam Jamuan Akhir Tahun semalam memang berdengung!
Wordless Wednesday : Melaka
Menanti pulang
Gallery
Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha. Baru lepas bersiap untuk pulang ke kampung Encik Suami. Raya kali ini giliran rumah mertua. Awal pagi dah bersiap, tapi Encik Suami ada program dulu sebelum kami pulang ke kampung. Nasib baiklah dekat aje. … Continue reading
Cuti awal
Seharian semalam penuh dengan aktiviti sekolah. Pagi sibuk dengan Hari Anugerah Kecemerlangan dan kemudian Bacaan Yasin Perdana dan Solat Hajat.
Terdapat sedikit masalah teknikal yang berlaku biarpun sebelum ini, jarang sekali perkara sebegini berlaku sebab teman-teman yang bertugas biasanya sangat arif dalam kerja mereka, tetapi kerana sedikit kecacatan yang berlaku, membuatkan ramai yang hilang keriangan walaupun hari ini kami bercuti. Kak Long tidak terlibat dalam perjalanan aturcara di dewan, kerana menjadi salah seorang penerima anugerah tetapi menyaksikan apa yang berlaku, turut sama hati terusik tambahan pula dengan kehadiran ramai orang luar. Apapun, perkara sudah terjadi, dan pastinya selepas ini menjadi ingatan dan pengajaran agar tidak berulang lagi.
Selesai majlis, Kak Long kena bersedia pula dengan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat untuk pelajar yang bakal menduduki SPM 2011. Sebagai setiausaha majlis yang ini, Kak Long gembira dan bersyukur kerana sambutan kali ini sangat baik dan memang penuh surau sekolah dengan kehadiran ibu bapa pelajar yang turut sama menjayakan majlis ini. Majlis berjaya disempurnakan dengan jayanya tambahan pula pembimbing majlis yang dijemput khas pada tahun ini begitu bijak mengendalikan majlis hingga ke akhirnya. Semoga segala doa dan usaha para pelajar kami dan ibu bapa mereka diberikan ganjaran dariNya.
Hari ini Kak Long bercuti sebab sekolah kami memohon cuti berganti. Selesai majlis semalam, pelajar-pelajar dibenarkan pulang bercuti sempena Hari Raya Aidil Adha. Oleh sebab Kak Long cuti awal, maka nak awal-awal juga ucapkan Selamat hari Raya Aidil Adha buat semua.
Takwim Persekolahan Malaysia 2012
Penggal Persekolahan Tahun 2011 hampir sampai ke penghujungnya. Untuk menyusun rancangan bagi tahun 2012, mari kita tengok Takwim Persekolahan Tahun 2012.
Perincian takwim penggal persekolahan tahun 2012
Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang telah atau masih bersekolah, takwim persekolahan ini pasti diperlukan untuk meracang sebarang program.
