Cinta Tak Kenal Siapa

Cinta Tak Kenal Siapa (Aris Ariwatan)

Tidak salah rasanya
Andai kumemuja
Anggun di wajahmu
Kerna hati ini dah tertawan

Cinta tak kenal siapa
Hadir tanpa dipaksa
Walau berkecai badan
Melepaskanmu
Aku rela berputih tulang

Dan tak sanggup aku lihat
Engkau dipimpin oleh insan lain…Oh
Dan tak sanggup aku dengar
Tentang keburukanmu…Ooh

Hendak kuhampirimu
Untukku luahkan semuanya
Sayangnya lidahku kelu
Apa lagi yang harus kuperbuat
Agar kau mengerti maksud tersirat

Maka terpaksalah aku melepaskan
Apa yang telah tersimpan sekian lama
Aku cintakanmu Aku perlukanmu
Untuk mengisi ruang kekosongan

Kau merenung bersahaja
Lalu (kau) tersenyum tanda rela

Kemarilah kekasih
Tak perlu kau menoleh
Aku di depanmu bukanlah bayang
Kuingin cipta sejarah
Sejarah indah…denganmu

Kak Long – Balik dari “rumah” megat tadi. Terkenang lagu ni kerana tiba-tiba sahaja perasaan cinta menggebu dalam hati. :) Rasa cinta pasti ada dalam setiap manusia dan terpulanglah kepada kita untuk mengendalikan dan menguruskan rasa cinta itu dengan sebaik-baiknya.

Walau bagaimanapun, biarlah cinta kepada manusia tidak mengatasi cinta kita kepada-Nya.

Korban kasih

Hak seorang anak untuk mendapatkan kasih sayang daripada kedua-dua ibu bapanya memang tidak boleh dinafikan.

Oppocot! Jangan melatah….Saya bukan nak bagi ceramah, tentang bagaimana seorang ibu atau bapa mengasihi anaknya. Cuma dalam minggu ini, saya agak sibuk menguruskan salah satu hal yang berkaitan dengan isu ini menyebabkan  salah seorang pelajar saya tidak mahu datang ke sekolah berhari-hari lamanya.

Assalamualaikum cikgu. nie xyz…(bukan nama sebenar), cikgu saya mintak maaf sebab x hadir ke sek selama  xx hari… dan mungkin tak hadir lg… cikgu tanya la bapa sy knp sy x hadir ke sek…sbb sy dah beritahu dia segala2nya…t.kasih cikgu.

Sms ini saya terima daripada pelajar saya.  Mungkin sms ini nampak biasa, tetapi ada cerita yang sepatutnya boleh dielakkan berlaku di sebaliknya. Sebaik mendapat sms tersebut, saya terus menelefon pelajar tersebut. Sebenarnya, pagi tersebut, saya telah diminta oleh pihak sekolah untuk menelefon bapanya berkaitan dengan ketidakhadiran anak beliau. Saya memang mengenali bapa pelajar dan wanita yang terlibat dalam hal ini. Apabila saya menelefon, beliau seperti mengelak untuk membicarakan tentang anaknya itu.

Continue reading

Bunga Mawar lagi! (Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi)

Semasa mengembara membaca blog demi blog, Kak Long terjumpa blog Sukra yang membicarakan simbol bunga mawar ni. Bukan tujuan Kak Long nak sambung entri terdahulu, cuma kalau yang nak tahu simbol tu, bolehlah berkunjung ke blog tersebut. Menarik juga kerana siap dengan sumber rujukan.  (Ewah, macam promosi percuma aja ni).

Sebenarnya, waktu baca blog tersebut Kak Long terperasan kalender di sebelah, tiba-tiba terdetik di hati yang rupa-rupanya hampir berakhir bulan Januari dan beberapa hari lagi akan muncul pula bulan Februari.

Berbicara tentang bulan Februari, teruja Kak Long nak menulis tentang satu hari dalam bulan Februari ni yang sering dikaitkan dengan bunga mawar ni. Hem, Kak Long pasti ramai yang tahu apa harinya tu, kan? Kalau tak, takkanlah terlahirnya lagu ‘Sekuntum mawar merah, sebuah puisi’, lagu dendangan Alleycats yang amat popular yang antara senikatanya,

"Sekuntum mawar merah, 
sebuah puisi,
untuk gadis pilihan,
ohh... di bulan Februari"

Bulan Februari ni memang sangat popular dan sinonim dengan si bunga mawar merah terutama bagi pasangan yang sedang dilamun cinta. Walaupun Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 21 Februari 2006 telah memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine’s ataupun seringkali disebut ‘Hari Memperingati Kekasih’ mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya bercampur dengan perbuatan maksiat, namun masih ramai lagi antara kita yang tak sabar-sabar menanti kehadiran hari tersebut serta masih mengagung-agungkan hari tersebut terutama pasangan kekasih. Bukan setakat memberikan kuntuman-kuntuman bunga (yang paling popular pada hari tersebut, tentulah bunga mawar merah yang harganya lebih mahal pada hari tersebut berbanding hari-hari biasa) malahan, ada juga yang sanggup berhabis-habisan menyambutnya dengan makan malam di hotel-hotel terpilih yang berlumba-lumba menawarkan pakej istimewa (dengan harga yang tentunya istimewa mahalnya) sebagai cara untuk menyatakan perasaan kasih sayang ini, tidak kurang pula kini telah ada yang memperbesar hari tersebut dengan mengadakan pesta yang tidak bermoral. Yang paling sedih, orang yang terlebih-lebih menyambut hari yang dikatakan paling istimewa dalam bulan Februari itu ialah generasi harapan kita yang dilahirkan dalam sebuah keluarga Islam dan status agamanya ‘Islam’.

Walaupun ada yang berkata, tidak ada salahnya merayakan hari tersebut kerana niat kita adalah untuk merayakan dan menyatakan kasih-sayang, tetapi adakah budaya dan amalan yang meraikan satu hari yang  secara terang-terangan telah diputuskan sebagai bertentangan dengan agama Islam itu berbaloi untuk menunjukkan kasih-sayang yang melimpah-ruah dalam hati kita terhadap orang yang dicintai. Kalau benar kasih sayang kita itu ikhlas dan abadi, pasti sahaja ia boleh diluahkan setiap hari tanpa perlu menanti satu hari pada bulan Februari yang telah dikaitkan dengan seorang paderi!  Sama-samalah kita fikirkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...