Lima kelopak jadikan hiasan,
Terang warnanya mekar dan megah
Bunga Raya bunga kebangsaan,
Tercatat indah dalam sejarah.
Kak Long tahu, semua orang kenal akan bunga di atas. Peliklah juga kalau ada yang tak kenal, kan? Hari ini mari kita bercerita sedikit tentang sesuatu yang bersejarah berkaitan dengan bunga ini.
Sebenarnya, pada 28 Julai tahun 1960, bunga raya telah dipilih dan diisytiharkan sebagai bunga kebangsaan negara kita Malaysia.
Bunga raya terpilih antara beberapa jenis bunga yang dicadangkan sebagai bunga kebangsaan Malaysia pada ketika itu.
Calon-calon untuk dianugerahkan sebagai bunga kebangsaan pada ketika itu ialah:-
yang mendapat undian majoriti penduduk Pantai Barat.
Juga bunga ini:-

bunga melur..
yang mendapat undian majoriti penduduk Pantai Timur.
Namun, akhirnya bunga raya telah dipilih sebagai bunga kebangsaan kerana kriterianya yang sesuai. Antaranya, bunga raya merupakan bunga yang mudah ditanam. Melalui keratan batang, bunga raya boleh dibiakkan. Bunga raya juga sering ditanam sebagai bunga pagar di rumah. Lagipun, bunga raya lebih tahan lasak.

Lalu tercatatlah dalam sejarah bahawa pada hari ini dalam tahun 1960, bunga raya secara rasminya menjadi bunga kebangsaan negara kita, Malaysia oh tanah airku!
Dah alang-alang cerita tentang Bunga Kebangsaan, Kak Long ucapkan
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN
buat semua. Semoga negara kita akan bertambah maju, aman dan sejahtera.
Mawar Merah : Entri kitar semula daripada blog Kak Long yang terdahulu. Lupa nak post semula entri ni pada 28 Julai yang lalu. Kalau tidak, bolehlah Kak Long buat segmen Hari Ini Dalam Sejarah.