Safar

Sudah setengah bulan kita berada di bulan Safar. Safar maksudnya kosong.

Bulan Safar ke-2 dalam kalender Islam ini dinamakan Safar kerana dalam bulan itu, orang-orang Arab sering meninggalkan rumah kerana peperangan sama ada melakukan serangan atau menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka hinggakan rumah mereka menjadi kosong.

Apa lagi yang anda tahu tentang bulan Safar?

Suatu ketika dahulu, terdapat kepercayaan turun-temurun sesetengah daripada masyarakat Melayu yang rata-rata beragama Islam, menganggap bahawa bulan Safar bulan yang tidak baik kerana dipercayai turunnya bala atau bencana pada bulan tersebut. Maka, pada bulan Safar, suatu ketika dahulu amat popular dengan Pesta Mandi Safar yang diadakan pada hari Rabu minggu terakhir bulan Safar ini. Amalan kurafat ini bertujuan untuk menghapus dosa dan menolak bala atau bencana terutama bagi mereka yang tinggal berhampiran pantai atau sungai. Suatu ketika dahulu, pantai-pantai popular di Malaysia seperti Port Dickson dan pantai-pantai lain tu tentu penuh dengan orang ramai yang menyertai Pesta Mandi Safar?

Selain mengadakan Pesta Mandi Safar, majlis perkahwinan juga cuba dielakkan pada bulan Safar kerana bimbang pasangan yang melangsungkan perkahwinan pada bulan Safar tidak dikurniakan zuriat.

Sekarang ada lagi ke kepercayaan macam tu? Rasanya tidak! Syukurlah sebab masyarakat sekarang lebih peka tentang amalan yang wajar ataupun tidak. Saya tidak pernah terdengar lagi apa-apa pesta di pantai Port Dickson. Dan ada beberapa majlis perkahwinan yang telah dan akan diadakan pada bulan ini. Bermakna, masyarakat Islam kini yakin bahawa tiada bulan yang tidak baik dalam Islam.

Renungilah firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah At-Taubah ayat 51 yang tafsirannya:

Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.’

Rujukan: http://www.ashtech.com.my/bulanislam/Safar.html

Mawar Merah   – Entri ini entri kitar semula daripada post dalam blog saya yang awal yang telah saya edit.

Bulan

Hari ini 1 hb Rejab.

rejab

 

Bulan Rejab datang lagi. Rejab membawa maksud kebesaran dan kemuliaan. Selepas bulan Rejab, akan menyusul pula Syaaban dan Ramadhan. Saya  sering juga terbaca tentang  kelebihan bulan Rejab. Sebagai umat Islam, kita sering digalakkan untuk melaksanakan beberapa amalan pada bulan ini, namun usahlah melakukannya hanya kerana fadhilat yang diwar-warkan sahaja. Kita harus yakin bahawa apa sahaja amalan yang dibuat dengan penuh keikhlasan, pasti akan mendapat ganjaran daripadaNya tanpa mengira bulan mana ia dilakukan.

rej

Kita boleh mendapat serba sedikit maklumat tentang maksud Rejab dan peristiwa yang pernah tercatat dalam bulan Rejab  di sini.

Selamat Menyambut Kedatangan Bulan Rejab.

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...