Maafkan..

Hampir 6 hari, bercuti daripada mengemaskini blog.

Pertama, cuti raya

Kedua, cuti selepas raya

Ketiga, masih mood raya

Hehehe…sebenarnya sangat rindu dengan kawan-kawan dan blog. Tapi di sebabkan kekangan waktu yang begitu cemburu kepadaku (fuh, alasan, ya alasan), maka sekian hari lamanya blog terbiar sepi. Lalu saya kembali dengan harapan akan mampu menguruskan masa saya yang pada musim cuti ini rupanya sangat penuh dengan aktiviti-aktiviti dan tugasan yang berfaedah untuk diri, nusa dan bangsa (ahaks…..)

Hari Raya Idil Adha telah berlalu. Idil Adha memang amat sinonim dengan pengorbanan. Bercerita tentang korban, sibuk juga makan daging korban beberapa hari ini. Juga teringat tentang banyaknya nyawa yang terkorban di jalan raya pada musim perayaan kali ini.

Sekarang telah masuk bulan Disember. Pada penghujung bulan ini, saya akan menyambut ulang tahun pertama penglibatan saya ke dunia blog. Untuk kali pertama mengemaskini blog setelah tempoh 6 hari, idea saya juga seakan beku. Lepas ini saya akan mula meronda-ronda ke blog teman-teman. Maaflah sebab mungkin mula menyemakkan ruangan komen anda….Tunggu….

Yang patah tumbuh

Yang patah tumbuh, yang hilang berganti.

Baru-baru ini saya ada menceritakan kisah Tok Ketua yang telah meninggalkan kami kerana menjawat jautan baru yang lebih tinggi.

Kini, kami telah mendapat Tok Ketua yang baru. Beliau telah melaporkan diri minggu lepas dan kami semua telah pun menghadiri satu mesyuarat khas dengannya Khamis lalu. Berkenalan dengan Tok Ketua yang masih agak muda (dalam lingkungan 40-an tu, kira mudalah bagi seorang Tok Ketua). Segala taklimat tentang arah tuju yang akan dibawanya diperjelas dalam pertemuan itu. Cara beliau memperkenalkan diri pada kami memang nampak sangat menarik, dan saya jangkakan tentu sahaja satu perubahan baru akan berlaku berdasarkan kepimpinan baru. Saya tak kisah sangat siapa pun yang menjadi ketua saya, dan saya yakin, jika kita menunaikan tanggungjawab kita dengan sebaik mungkin, walaupun ketua kita silih berganti, pasti kita tidak akan menghadapi masalah. Namun, jasa  dan bimbingan setiap ketua tersebut memang amat dihargai.

Esok saya akan bertugas, jadi, pagi esok, perlu lebih awal sampai ke tempat bertugas.  Malam ni, saya dah banyak merayau dari satu blog ke satu blog. Saya suka membaca blog teman-teman saya. Walaupun ada cerita seharian, namun salah satu cara saya memperluas pandangan dan mengutip banyak pengalaman. Hmmm, memang peribahasa mengatakan jauh perjalanan luas pandangan amat tepat. Walaupun kadang-kala saya tidak meninggalkan pesan @ komen, namun segala yang saya kutip daripada pembacaan saya membuatkan saya tahu bahawa kehidupan ini memang menarik.

Salam hormat buat semua…

Pencalonan Blog Popular

Sebelum ini Kak Long dah terbitkan entri ini di blog lama Kak Long. Tapi memandangkan Encik Denaihati dah bersusah payah mengingatkan tentang pelanjutan tempoh contest Weblog Popular 1Malaysia ni dan  terdapat pula hadiah tambahan, maka Kak Long buat semula entri ini (dalam edisi edit) untuk pencalonan tersebut.

Dalam syarat: satu blog satu pencalonan. Agak-agaknya, ni blog baru, kalau dikira pencalonan baru, boleh ke? Haha…kena pertimbangkan tu Encik Denaihati….

weblogmalaysia

Entri ini bertujuan untuk mencalonkan sebuah blog untuk peraduan Weblog Popular 1Malaysia.

Untuk membolehkan seseorang itu memenangi peraduan ini dengan hadiah bernilai  RM 1000, sesebuah blog itu perlu  mendapat pencalonan terbanyak dari teman-teman blogger. Semua blogger di Malaysia layak untuk menyertai peraduan ini.   Apa yang diperlukan hanyalah buat satu posting di weblog ANDA dengan memilih satu blog yang paling ANDA sukai dan tuliskan apa bestnya weblog tersebut .

Saya tahu tentang contest Weblog Popular 1Malaysia dari blog http://kujie2.com dan blog yang paling saya sukai ialah blog  yang sama iaitu blog HIDUP BIAR SEDAP,  yang dimiliki oleh Kujie.

Contest Webblog Popular 1Malaysia ini dianjurkan oleh DenaiHati pemilik blog Yang Terbuku Di Hati.  Hadiahnya memang lumayan.  Peraduan ini bermula pada 1/7/2009 dan tamat jam 12.00 am pada 30/9/2009 tetapi telah dilanjutkan kepada 31/10/2009…..

Hadiah-hadiah tersebut ditaja oleh sponsor yang HEBAT iaitu : SAUDACARE dan ANISHA ONLINE MALL dan yang terbaru ONE MALAYSIA BLOGSHOPS.

Terima kasih daun keladi, semoga bermurah hati untuk sponsor lagi.

Saya nak senaraikan sebab-sebab saya suka blog HIDUP BIAR SEDAP,  yang dimiliki oleh Kujie. ini.

Antaranya:-

1.  Perkara pertama yang membuatkan saya tertarik dengan blog ini ialah tajuk blognya iaitu Hidup Biar Sedap yang membuatkan bila saya lihat, terdetik di dalam hati “Rasa-rasa pernah kudengar!”. Hmm…rupa-rupanya iklan ais krim kegemaran saya.

2.  Tajuk-tajuk entri yang menarik  menjadi daya tarikan untuk terus mengunjung blog ini.

3.  Saya juga sukakan isi kandungan blog ini sebab macam-macam ada.

4. Informasi dan bahasa yang terdapat pada blog ini memang menarik.

5. Blog ini juga sentiasa mempunyai entri baru.

5. Satu lagi sebab ialah pemiliknya mudah mesra.

Sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang peraduan ini, kerana, bukan hadiah untuk blog popular sahaja yang ada, malahan hadiah untuk blog yang menjadi rujukan dan hadiah untuk ranking 1- 8 di google.com.my dengan keywords “Weblog Popular 1Malaysia” pada jam 12.00 am 1/11/2009, maka silalah berkunjung ke blog penganjurnya iaitu Denaihati di blog beliau iaitu linknya [ sini ] .


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...