Hanya 6 hari sahaja lagi Peraduan Tulis, Teka dan Menang akan melabuhkan tirai. Peraduan yang julung-julung kali diadakan di blog mawarmerah2008.com ini menawarkan:-
Hadiah Utama : Satu Hadiah Penginapan 3 Hari 2 Malam di rangkaian home-based Swiss Garden Hotel (Swiss Garden Kuantan / Swiss Garden Damai Laut) @ Berjaya Meranti Park Suites Bukit Tinggi Pahang – tertakluk kepada kekosongan tempat di hotel tersebut dan tarikh tempahan sebelum Jun 2012.
Hadiah Kedua : 2 hadiah wang tunai RM 70 setiap seorang (akan dimasukkan dalam akaun pemenang)
Hadiah Keempat : 3 pasang tiket untuk menyaksikan tayangan filem di pawagam Golden Screen Cinema @ di TGV (Kak Long akan kreditkan harga tiket kepada pemenang)
Hadiah Keempat : 5 x topup Maxis / Digi/ Celcom RM 10
Peraduan yang dilancarkan pada 9 Oktober 2011 dan akan berakhir pada 20 November ini diadakan sempena Ulang Tahun Perkahwinan Kak Long yang ke ? dan Ulang Tahun ke ? blog ini beroperasi di domain dan hosting berbayar Exabytes.
Setakat ini seramai 27 orang blogger yang telah menghantar penyertaan mereka dan Kak Long berasa bersyukur dan terharu dengan sambutan yang diberikan. Semoga menjelang pukul 11.11 malam pada 20 November 2011 nanti, penyertaan akan bertambah. Membaca segala komen, nampaknya, panjanglah senarai yang perlu Kak Long perhatikan. Insya Allah, setelah selesai peraduan tersebut, bolehlah Kak Long cuba baiki apa yang patut dan mampu. Yang tak mampu tu, hmmm….nantilah Kak long cuba juga cari jalan untuk mampukan.


