Bagai dilanda Garuda

Peribahasa Bagai Dilanda Garuda, begitulah sepinya kawasan tempat bertugas Kak Long beberapa hari ini.

Sejak Jumaat lalu, kawasan tempat tinggal dan tempat bertugas Kak Long tiada bekalan air. Pelajar asrama yang telah pulang semula pada hari Ahad lalu terpaksa bertahan dalam keadaan yang agak mencabar. Menghadapi hari-hari permulaan Ramadan serta mengangkat air turun naik tangga yang dihantar oleh SAINS pada lewat malam. Ada juga yang pulang semula ke rumah kerana ibu bapa merayu untuk membawa pulang anak mereka kerana masalah air ini. Sekolah tidak mengumumkan cuti namun memang ramai pelajar yang tidak pulang semula ke asrama setelah mendengar pengumuman bahawa bekalan air hanya akan pulih pada hari ini dan berita akhir, 5 hb.

Bagi Kak Long sendiri, pada hari pertama berpuasa, sekolah kami meneruskan persekolahan seperti biasa. Negeri tidak bercuti pada Awal Ramadan. Tugas tetap dijalankan. Kami mendapat Tok Ketua yang baru. Namun keadaan di sekolah seperti dilanggar garuda kerana bilangan pelajar yang hadir boleh dibilang dengan jari.

Bila pulang ke rumah,bekalan air yang disimpan di dalam tangki habis sepenuhnya setelah 3 hari bekalan air terputus. Ada kawan-kawan yang telah menginap di hotel sekitar Seremban kerana setitik airpun tiada dan dalam masa 3 hari itu, tiada satu lori SAINS pun yang menghantar bekalan air di lorong rumah kami. Yang peliknya, bila kami membuat aduan, mereka mengatakan telah ada 8 lori yang dihantar untuk membekalkan air di kawasan perumahan kami namun yang Kak Long dapati, sebaik sahaja sampai di fasa bersebelahan, lori tersebut berpatah balik kerana kehabisan air dan tidak timbul-timbul lagi. Bila ditelefon, talian bebas tol untuk aduan memang sentiasa tidak dapat ditembusi kerana sibuk. Kak Long masih bernasib baik kerana masih berpeluang mendapatkan air minuman daripada rumah adinda yang hanya 30 minit daripada rumah Kak Long. Bersyukur kerana dapat juga mengangkut tong-tong air dari rumah adinda. Simpati sungguh dengan mereka yang tidak mempunyai punca lain. Kak Long juga memasak di rumah adinda untuk juadah berbuka puasa dan sahur. Selepas sembahyang terawikh barulah kami pulang semula ke rumah.

Kita pasti mengerti perasaan ibu bapa yang pastinya tidak sampai hati membiarkan anak-anak melalui hari-hari mereka dalam ketidakselesaan. Namun, mengenangkan peperiksaan yang semakin hampir, persekolahan tetap diteruskan seperti biasa. Guru-guru tetap mengajar walaupun sesetengah kelas hanya dua atau 3 orang pelajar sahaja yang sanggup bertahan di sekolah. Tidak adil pula kalau pengajaran & pembelajaran ditangguhkan hanya kerana bilangan yang sedikit kerana pelajar yang begitu gigih hadir itu tidak patut dinafikan haknya.

Kak Long Mawar Merah : Minta maaf agak terhad di depan skrin komputer.

French Pastry

Hujung minggu lepas (bukan yang kelmarin), Kak Long menghadiri kursus French Pastry di IKBN Peretak. Sebelum ini, menyinggah aje di MD membeli Pai apple, di bakery untuk membeli chese tart dan menempah daripada Jid untuk makan cream puff, maka sekarang dah boleh buat sendiri.

Kursus 2 hari ini sebenarnya untuk Belia 1 Malaysia, tapi ramai makcik-makcik tumpang menyelit.  Habis tu, para remaja sibuk dengan pelajaran dan  muda-mudi sibuk dengan kerja masing-masing, tak ada masa nak main masak-masak, biar kita orang ajelah tumpang semangkuk. Lagipun menuntut ilmu kan dituntut, tak kiralah berapa usia anda.

Hasil pembelajaran kami :-

Continue reading

Kedai kek mana yang harus ditutup?

Hujung minggu baru-baru ni, Kak Long berpeluang mengikuti kursus pastri di IKBN Peretak.

Ada 6 jenis kek yang dipelajari daripada Chef Fairus dan Chef Sherry.

Semua jenis kek tu memang favourite Kak Long.

Kek dan bahan yang digunakan

Kek dan bahan yang digunakan

 

Jangan terlebih kacau, pesan Chef..

Jangan terlebih kacau, pesan Chef..

 

Adunan Kek Sponge Strawberry yang siap nak dibakar

Adunan Kek Sponge Strawberry yang siap nak dibakar

Filling strawberry

Filling strawberry

Bukan senang nak potong kek jadi 3 bahagian ni ya..

Bukan senang nak potong kek jadi 3 bahagian ni ya..

Kek Strawberry yang dah siap dibakar di buang bahagian atasnya sebelum dihias

Kek Strawberry yang dah siap dibakar di buang bahagian atasnya sebelum dihias

Proses menghias

Proses menghias

Hampir nak selesai

Hampir nak selesai

Belum siap lagi

Belum siap lagi

Dah siap dihias

Dah siap dihias

Hmmm

Hmmm

Lemon Slice

Lemon Slice

Fruit Cocktail

Fruit Cocktail

Lazatnya..

Lazatnya..

Sebelum

Sebelum

Selepas dihias dan dicacatkan, hehehe...

Selepas dihias dan dicacatkan, hehehe...

Setelah dipotong

Setelah dipotong

23052010705

Seronoknya dapat makan kek kegemaran buatan sendiri. Lepas ni, good bye ya kedai kek, sebab Kak Long nak buat kek sendiri. Boleh gitu?

Pasang telinga dan buka hati

Masuk ke trimester ke dua persekolahan, sepatutnya momentum pembelajaran perlu meningkat lebih laju lagi untuk memastikan pelajar lebih bersedia untuk menghadapi peperiksaan.

“Cikgu bercuti ke mana?” tanya pelajar-pelajar saya.

“Oh, saya melancong ke Gold Coast,……”

“Australia?” Belum sempat menghabiskan ayat telah dipotong.

“Bukan, ke Gold Coast Sepang….”

Lain kali dengar dulu sampai habis dan begitu juga bila belajar. Baca arahan atau soalan sampai selesai kerana kadang-kala, bila hanya melihat sepintas lalu

Masuk ke kelas, Kak Long  berharap pelajar lebih  bersemangat untuk belajar, tetapi sehari dua selepas sesi persekolahan bermula, mood cuti mereka belum habis. Sabar, sabar….Kak Long terpaksa bekerja keras untuk memotivasi mereka agar momentum pembelajaran mereka meningkat. Biarpun sesi motivasi tidak termasuk dalam sukatan mata pelajaran, Kak Long terpaksa memperuntukkan separuh daripada masa yang diperuntukkan untuk menyuntik semangat.

Perempuan Melayu Terakhir

image0034

Antara pendidik dan tukang jahit.

Bukan nak bandingkan antara seorang pendidik dengan tukang jahit siapa yang lebih layak jadi perempuan Melayu terakhir. Bukan juga nak cerita bahawa Kak Long bertukar proffesion daripada seorang pendidik kepada tukang jahit!

image033

Kak Long belum lagi bercadang nak berhenti kerja atau memilih untuk pencen awal. Sebenarnya, saja nak cerita kegiatan hujung minggu Kak Long kali ini. Pada hujung minggu lalu, Kak Long berpeluang pergi belajar menjahit. Kali ini Kak Long belajar menjahit cadar dan sarung bantal. 

image0292

image0351

image036

Walaupun Kak Long tak dapat benar-benar menikmati cuti hujung minggu kali ini sebab kursus tersebut mengambil masa selama 2 hari dari pagi hingga petang, Kak Long sangat seronok. Dengan malu-malu dan tersipu-sipu, Kak Long mengaku yang Kak Long memang bukan seorang yang cekap hal-hal jahit menjahit ni. Pegang jarum ni memang boleh dikira dengan jari kekerapannya. 

Dan kursus tersebut telah memberi peluang Kak Long menjadi perempuan Melayu terakhir. Takkanlah baru jahit satu set cadar dan bantal dah dapat gelaran perempuan Melayu terakhir? Sebenarnya, masa buat tu, terkial-kial. Maklumlah, Kak Long ni jahit butang tercabut pun dalam setahun boleh kira dgn jari, ni pulak nak guna mesin jahit hi-speed. Kebanyakan peserta lain tu memang tukang jahit, jadi bila berada dalam kalangan yang arif tentang hal jahit menjahit ni, maka Kak Long pun asyik jadi orang terakhir je yang siap. Padan muka Kak Long!  Kak Long gelakkan diri sendiri sebab dulu-dulu tak rajin nak menyentuh mesin jahit kat rumah yang cuma menjadi perhiasan dan menunggu masa dihantar untuk dipamerkan di muzium.

show2

Bila dah siap,  bukan main seronok!

 Lepas ni boleh ambil tempahan kot! Boleh bukak kedai jahit lak! Siapa nak tempah dengan Kak Long? Boleh Kak Long bagi special discount. Tapi siap sedialah kalau tempah tahun ni, tahun depan lum tentu siap..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...