Ombak Rindu Tahun Baru

Gallery

Tahun Baru 2012 telah bermula. Ombak Biru berganti Ombak Rindu. Kak Long meraikannya seperti hari-hari Minggu yang biasa, ke pasar, membaca akhbar mingguan, memasak untuk keluarga dan makan serta berbual bersama-sama. Hari Minggu di kawasan sekitar tempat tinggal Kak Long … Continue reading

Pernikahan Lisa Surihani dan Yusri KRU pada bulan Februari

Perhubungan Lisa Surihani dengan Yusri KRU bukanlah sesuatu yang  rahsia. Akhirnya, semalam berita hadapan akhbar utama menyiarkan tentang pengumuman bahawa mereka bernikah pada 23 Februari 2012.

Pasangan tersebut dikhabarkan akan mengadakan majlis akad nikah di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya pada tarikh tersebut. Majlis resepsi pula akan diadakan pada 26 Februari 2012 di Pusat Konvesnyen Antarabangsa Putrajaya.

Walaupun sebelum ini mereka lebih banyak mengelak bila ditanya tentang tarikh pernikahan mereka, namun memang wajar mereka hanya mengesahkannya dan mengumumkannya selepas rombongan keluarga Yusri datang merisik Lisa Surihani secara rasmi di rumah Lisa pada hari Jumaat lepas. Tidaklah dikatakan nanti membelakangkan keluarga kerana resti kedua-dua keluarga pastinya akan menjadikan hubungan mereka lebih manis.

Walaupun Kak Long bukanlah peminat tegar Yusri mahupun Lisa, namun suka juga melihat pasangan yang nampak sepadan ini. Tahniah kepada Yusri dan Lisa Surihani. Semoga apa yang mereka rancang akan menjadi kenyataan dan sentiasa berbahagia dan menjalani rumah tangga yang bahagia dan dapat membentuk keluarga yang harmoni.

 

Anugerah Bintang Popular

Esok merupakan kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 akan diadakan esok, 3 April 2011. Sebenarnya Kak Long taklah ambil tahu sangat tentang anugerah ni walaupun publisitinya agak meluas. Cuma hari ni teringat pula tentang sesuatu yang berkaitan dengan anugerah ini.

Tak dapat jadi bintang popular, tapi dapat cuba pakai mutiara Refflesia ni pun jadilah.

Pengalaman ni sebenarnya pada tahun 2009. Masa tu, selepas kursus di PD,  yang kebetulan masih dalam bulan Syawal, saya diajak oleh kawan lama ke rumah kakak angkatnya. Rupa-rupanya kakak angkat kawan saya itu merupakan ibu kepada pelawak terkenal Nabil. Maka, dari situlah saya beroleh pengalaman mengenakan mutiara bernilai RM 150 ribu ini yang dimenangi oleh Nabil sebagai Bintang Paling Popular tahun sebelum itu. Bagus sungguh Nabil. Hadiah yang dimenangi ini dihadiahkan kepada ibu kesayangannya yang pasti berbangga dengan kejayaan anakanda tercintanya itu.

Selain itu, saya juga sempat melawat kawasan rumah keluarga Nabil yang mempunyai kawasan penternakan lintah.

Bukan Kak Long yang pegang lintah ni, tapi ibu Nabil. Kak Long pun berani juga, tapi berani tengok je lah

Dunia batinku membuat aku menangis

Jarang sekali saya sengaja menonton TV pada malam minggu. Selalunya ada sahaja aktiviti yang membuatkan tumpuan terhadap televisyen agak berkurangan.

Malam ini sebenarnya tanpa sengaja, saya menonton telefilem Melayu tempatan yang bertajuk “Dunia Batinku”  dalam  Slot Cerekarama di TV3 yang  menampilkan lakonan menyentuh jiwa daripada Shafie Naswip, Syahirah Maisara, Normah Damanhuri, Sheila Rusly, Fizz Fairuz, Memey Suhaiza, Shahrolnizam, Fathia, Nina Caryn yang bersiaran antara 9.00 hingga 11.00 malam tadi.

Continue reading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...