Takwim Persekolahan Tahun 2010

Kebanyakan sekolah telah mengadakan mesyuarat guru sebagai persediaan untuk memulakan sesi persekolahan yang akan bermula pada 4 Januari 2010.

Kami telah mendapat takwim persekolahan untuk tahun 2010.

Kalendar Persekolahan Tahun 2010
Kumpulan A
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 03.01.2010 31.01.2010 21
Hari Persekolahan 01.02.2010 28.02.2010 20
Hari Persekolahan 01.03.2010 11.03.2010 9
Cuti Pertengahan Penggal 12.03.2010 20.03.2010 9
Hari Persekolahan 21.03.2010 31.03.2010 9
Hari Persekolahan 01.04.2010 29.04.2010 21
Hari Persekolahan 02.05.2010 31.05.2010 22
Hari Persekolahan 01.06.2010 03.06.2010 3
Cuti Pertengahan Tahun 04.06.2010 19.06.2010 16
II Hari Persekolahan 20.06.2010 30.06.2010 9
Hari Persekolahan 01.07.2010 29.07.2010 21
Hari Persekolahan 01.08.2010 31.08.2010 23
Hari Persekolahan 01.09.2010 02.09.2010 2
Cuti Pertengahan Tahun 03.09.2010 11.09.2010 9
Hari Persekolahan 12.09.2010 30.09.2010 15
Hari Persekolahan 03.10.2010 31.10.2010 21
Hari Persekolahan 01.11.2010 18.11.2010 14
Cuti Akhir Tahun 19.11.2010 01.01.2011 44
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78
Kumpulan B
Penggal Cuti dan Hari Persekolahan Mula Akhir Hari
I Hari Persekolahan 04.01.2010 29.01.2010 20
Hari Persekolahan 01.02.2010 26.02.2010 20
Hari Persekolahan 01.03.2010 12.03.2010 10
Cuti Pertengahan Penggal 13.03.2010 21.03.2010 9
Hari Persekolahan 22.03.2010 31.03.2010 8
Hari Persekolahan 01.04.2010 30.04.2010 22
Hari Persekolahan 03.05.2010 31.05.2010 21
Hari Persekolahan 01.06.2010 04.06.2010 4
II Cuti Pertengahan Tahun 05.06.2010 20.06.2010 16
Hari Persekolahan 21.06.2010 30.06.2010 8
Hari Persekolahan 01.07.2010 30.07.2010 22
Hari Persekolahan 02.08.2010 31.08.2010 22
Hari Persekolahan 01.09.2010 03.09.2010 3
Cuti Pertengahan Penggal 04.09.2010 12.09.2010 9
Hari Persekolahan 13.09.2010 30.09.2010 14
Hari Persekolahan 01.10.2010 29.10.2010 21
Hari Persekolahan 01.11.2010 19.11.2010 15
Cuti Akhir Tahun 20.11.2010 02.01.2011 44
Jumlah 288
Jumlah Hari Persekolahan Termasuk Cuti Am 210
Jumlah Hari Cuti Penggal 78
Kumpulan A Kumpulan B
  • Kedah
  • Kelantan
  • Terengganu
  • Perlis
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Selangor
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Johor
  • Pahang
  • Sabah
  • Sarawak
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Wilayah Persekutuan Labuan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya

Pada hari ini, bermulalah sesi persekolahan bagi negeri Kedah Terengganu dan Kelantan. Namun, ada juga sekolah yang telah mengadakan pendaftaranan pelajar Tahun 1 semalam dan hari ini, sekolah-sekolah berasrama telah mula meerima kedatangan pelajar. Ibu-bapa yang mempunyai anak yang baru memulakan persekolahan tentu teruja menghantar anak-anak yang baru mahu menjejakkan kaki ke alam persekolahan secara rasmi. Namun, pada hari ini, pastinya tiada kebimbangan pada hati kedua-dua ibu bapa kerana anak-anak masa kini semuanya telah biasa ke sekolah sama ada ke tadika ataupun tabika.

Selamat menempuh alam persekolahan buat pelajar-pelajar kecil yang baru bersekolah secara rasmi dan selamat kembali kepada pelajar-pelajar yang lain. Masa bersantai telah tamat dan kini tiba masanya untuk mengumpul usaha mencapai kecemerlangan dalam apa juga yang dilakukan di sekolah.

Mawar Merah - Bukan ibu bapa saja yang sibuk belikan anak-anak baju dan peralatan sekolah yang baru. Cikugu-cikgi pun ramai yang sibukĀ  dengan pakaian dan peralatan persekolahan baru jugak. Tumpang sekaki…..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 thoughts on “Takwim Persekolahan Tahun 2010

  1. Amboi….. cikgu pun sibuk buat baju baru, ya…. Ha ha…pakaian baru dan cantik membuatkan bersemangat untuk mengajar. Murid-murid pun teruja tau. Anak Tie selalu report kat mamanya.. cikgu pakai baju cantik. Minat belajar pun bertambah !! Waakakaa..

    • tu mesti anak perempuan tu!

      keciik2 pun dah tau mengikut mcm mak dia gak kanz.. huhuhu

      psst: kalau anak lelaki, harammmm tak kisah.. baju baru ke atau apa ke…
      erk.. kalau baju seksi, alahai.. mungkin dia terus terkujat kot..
      wakakakakka

    • Pelajar lelaki sekarang ni pun rajin tengok penampilan guru.
      Tahun lepas, ada satu kelas tu semua pelajar lelaki.
      Tapi selalu bagi ulasan selari pada handbag baru, baju baru, dan handphone baru cikgu….

    • @ Tie,
      Cikgu semangat, pelajar teruja…
      Penampilan kena jaga sebab bimbang pelajar pun ‘blur’ aje kalau pakaian pun ‘blur’. hahaha..

  2. dah ready dah..angah pakai baju along je
    dia pun tak minta baju baru..mgkn bln 2@3

    eeemm..ada 2-3 buku latihan yg belum balut..malassssss

  3. Selamat kembali ke sekolah kak long..
    Dulu2 masa ngaji Iza rajin jugak tengok baju2 cikgu, siap kagum lagi bila dalam tempoh sebulan tu tak pernah selisih baju kurung yang sama, banyaknya koleksi baju kurung hehehehee

    Iza pulak, dah tak da yang sekolah, adik bongsu tunggu SPM, jad tak lagi sibuk2 nak beli barang sekolah :)

    • Kak Long pun masa sekolah suka tengok cikgu berpakaian cantik dan selalu bertukar.
      Bila dah jadi cikgu, koleksi baju kurung memang sampai tak cukup tempat nak digantung.
      hahaha….