Pertemuan dan perpisahan

Posted By Mawar Merah on November 1, 2009

Semalam hari terakhir Tok Ketua yang baru sahaja berkhidmat tidak sampai setahun di sekolah tempat saya mengajar. Walaupun masih baru di sekolah kami, namun keperibadian beliau membuatkan warga sekolah kami menyenangi beliau.

Copy 1 of 30102009089

Pada hari Jumaat yang lalu, kami telah mengadakan satu perhimpunan khas sempena perpisahan ini sempena menghargai jasa beliau di sekolah kami biarpun masa beliau bersama kami hanyalah untuk jangkawatu yang singkat. Namun, biarpun rasa agak terkilan kehilangan Tok Ketua yang disegani, namun kami turut tumpang gembira kerana pemergian beliau adalah kerana kenaikan pangkat ke gred yang lebih tinggi.

30102009090

Aturcara perhimpunan khas ini diisi dengan ucapan daripada wakil guru, wakil pelajar dan ucapan atau pesanan daripada beliau untuk pelajar dan warga sekolah. Saya percaya Tok Ketua ini memang orang yang sensitif dan sangat mengambil berat tentang setiap pelajar dan staf sekolah kami. memang ramai yang mengalirkan air mata semasa mendengar ucapan beliau. Semasa salah satu acara yang dijalankan, saya nampak airĀ  mata bergenang di mata beliau. Tambahan pula, beliau beberapa kali menegaskan bahawa beliau memang agak keberatan hendak meninggalkan sekolah kami tetapi terpaksa demi masa depan kerjaya yang lebih tinggi.

Pada malam semalam pula, kami mengadakan majlis perpisahan untuk beliau. Hampir kesemua staf serta ahli keluarga masing-masing turut serta. Selain itu, beberapa orang wakil PIBG yang terdiri daripada YDP dan beberapa orang ahli jawatankuasa turut sama memeriahkan majlis.

30102009091

Tok Ketua telah menyampaikan lagu perpisahan. Pertama kali saya mendengar beliau menyanyi. Wah…memang suaranya merdu sekali. Terdapat juga persembahan nasyid daripada pelajar-pelajar sekolah pada malam tersebut.

Kak Long – Rasa macam tulis laporan untuk majalah sekolah pulak. Sebenarnya rasa sayu juga, tapi kalau nak kongsi rasa sayu, macam tak sesuai pulak.

Semoga beliau akan terus berjaya di tempat yang baru.

Related Posts with Thumbnails

About The Author

Mawar Merah

Comments

16 Responses to “Pertemuan dan perpisahan”

  1. Kujie says:

    Sekejap ke lama, berpisah mmg sedih kak long ..huhuhu
    lama tak baca majalah sekolah..kira ok lah ni..

    hehehe

    kak long nk code myblog log letak kat footer…? nnt sy email

    • Mawar Merah says:

      Hehe…orang yang sedang mengalami perpisahan ni memang faham sangatlah perasaan bila berpisah kan!

      Teringin nak baca majalah sekolah ke, teringin nak tulis utk majalah sekolah…..huhuhu

      p/s terima kasih email tu…

  2. Tie says:

    Dah rezeki dia la tu. Esok2 bila kak long ada rezeki mungkin terpaksa berpisah juga, kan…

    Tentu dia begitu mesra sampai kak long terasa sedih. Esok2 kalau Tie terpaksa berpisah…. (henti blogging), agak2 ada ke orang rasa kehilangan, ek…hehe…

    • Mawar Merah says:

      Betul tu, dah rezeki dia..
      Eh…janganlah pulak berhajat nak berhenti blogging, peminat dah ramai tu…
      Kalau Tie tak blogging seminggu pun, dah ramai yang ternanti-nanti…

  3. Bunga Rampai says:

    Kadang-kadang perpisahan itu mengeratkan lagi silatuilrahim. Pertemuan pula membuka ruang untuk kita lebih mengenali diri sendiri.

    Salam Kak Long :)

  4. cheryna says:

    rajinnya buat majlis….alhamdulillah.
    tak suka betul dengan perpisahan.
    tp sha percaya setiap perpisahan itu ada hikmahnya.
    mungkin dia pergi utk pengganti yang lagi bagus?

    • Mawar Merah says:

      Majlis tu sebagai penghargaan bagi yang telah berjasa.
      Majlis ringkas saja tapi tentunya menjadi kenangan buat yang pergi dan yang ditinggalkan.

      Kak Long fikir, tak ada siapa suka perpisahan kan!
      Perpisahan tetap terjadi, walaupun tanpa kerelaan kan sebab dah adat kehidupan bertemu untuk berpisah.

      Setiap yang berlaku tentu ada hikmahnya dan Dia saja yang mengetahuinya…

  5. maza says:

    uiks! Kak Long teriak tak? hehhhe

    dulu2 masa zaman anak kecil tiap2 tahun akan menyaksikan genangan air mata. salam perpisahan kelas katanya.. huhuhu

    tapi memang ada pun berpisah buat selama2nya gitew..

    uwakkkkkk

  6. kuina says:

    sambil nyanyi lagu … “bertemu dan berpisah adat … “

  7. Dulu2 suka nyanyi Salam Terakhir time pisah2 camni…pastu merah ja mata :D

    p/s: terima kasih dah masukkan link Iza dalam senarai teman.

    • Mawar Merah says:

      Lagu syahdu Allahyarham Sudirman memang mampu buat mata berair…

      p/s…Sebelum ni tak perasan langsung nama iza tak ada kat situ. Padahal tiap2 hari jalan-jalan kat blog iza….
      masuk melalui link komen, sampai tak perasan kat sidebar tu belum masukkan.
      Agaknya sebab dah masuk dlm teman telefon sampai boleh lupa.
      Maaf banyak2 ya…

  8. slumburock says:

    LIFE IS MORE COMPLICATED THAN WHAT WE THINK.. ITS NOT EASY AND ITS NOT VERY HARD IF U KNOW HOW TO FACED WITH THE SINGLE PROBLEMS THAT COMES TO UR LIFE.. BUT BELIEF ME IF U STILL HV A GOOD EDU BACKGROUND AND KNOW HOW TO APPLY THE KNOWLEDGE, U CAN SUCCEED IN UR LIFE.. GOOD LUCK

  9. Mawar Merah says:

    Thank you…
    and i do remember a phrase saying The knowledge is nothing until you know how to use it.
    Good luck to you too..