Perokok tak payah baca ya..

Baru-baru ini, sekolah mengadakan Minggu Sains dan Matematik. Banyak aktiviti yang disediakan. Antaranya pameran, kuiz, pertandingan, permainan dan macam-macam lagi.
 
Alhamdulillah, sambutan daripada pelajar amat menggalakkan. Ada pelbagai eksperimen yang dijalankan.  
 
 Ada juga dipamerkan pelbagai kotak rokok. Ngeri juga tengok kotak rokok zaman sekarang. Macam-macam gambar warna warni ada. Tapi bagi perokok, apa nak kisah tentang gambar warna-warni belakang kotak rokok tu kan?
Menguji kesan asap rokok

Menguji kesan asap rokok

Selain tu ada demo cara membuat sabun. Seronok juga cuba buat sabun. Campuran dengan daun pandan pada sabun pun wangi juga.
ujian terhadap asap rokok

lepas ni boleh jadi usahawan sabun

Lepas ni minggu apa pula?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 thoughts on “Perokok tak payah baca ya..

  1. usahawan sabun kata kalu,
    teringatkan fight club plak..
    betul ker ngan lemak dari liposuction tu
    buleh buat sabun?

    • Pocket, tak pasti pula kak long.
      Mungkin betul juga tu. Tapi sabun dngan lemak liposuction tu, mesti kos mahal dan nak jualpun ngan harga yang mahal.
      Yang demo tu, buat sabun cap buruh daripada minyak cap buruh, jadi bolehlah jual harga gaji buruh macam kak long.hehehe

  2. demo buat bom ada?

    hehehheeh

    dulu2 maza terlibat hari terbuka sekolah.. tapi biznes karipap.. hehehehe

    • Aiyoyo…maza…patutlah komen maza kena spam. Ada perkataan sensitif.
      Bahaya tu….kalau ajar budak buat bom, mestilah habis sekolah dibomnya nanti. Kami kat sekolah ajar yang baik-baik je…ada nilai-nilai murni gitu..
      Kami lum buat Hari terbuka sekolah lagi. Dengar cerita lepas cuti semester nanti.
      Kak Long nak bisness apa pun lum tahu lagi ni…

  3. Haa….. Tie suka buat eksperiment gini… memang seronok. Terutama buat sabun tu, hehe..