Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik

Seorang teman menelefon saya untuk menanyakan sama ada sayaboleh membantunya untuk mendapatkan maklumat tentang Sekolah Menengah Teknik. Anak saudaranya mendapat 6A dalam peperiksaan PMR yang lalu dan sangat berminat untuk mengikuti jurusan yang berkaitan dengan makanan atau masakan. Katanya dia tidak dapat aksess ke laman web untuk permohonan ke sekolah menengah teknik. Saya ingin berkongsi sedikit maklumat tersebut kepada mereka yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Teknik @ Vokasional ini.

Saya telah menelefon salah seorang kenalan yang menjadi Guru Penolong Kanan HEM di Sekolah Menengah Teknik dan mendapat tahu bahawa permohonan atas talian ke sekolah-sekolah Teknik dan Vokasional akan ditutup pada 4 hb Januari 2010.

Maklumat yang saya peroleh:-

1)   Bagi mengikuti aliran yang berkaitan dengan penyediaan makanan ini,  saya diberitahu yang hanya empat buah sekolah sahaja yang menawarkan kursus berkaitan dalam bidang teknikal (ERT Pengurusan Makanan) iaitu Sek. Men. Teknik Sepang, Sek. Men. Teknik Langkawi, Sek Men. Teknik Keningau dan Sek. Men. Teknik Tawau.

2)   Bagi mengikuti kursus katering dalam aliran vokasional ada lebih kurang 15 sekolah yang menawarkannya. Antara sekolah yang menawarkan kursus ini ialah Sek. Men. Teknik Dato’ Undang Haji Muhamad Sharip Jelebu, Sek. Men. Teknik Kangar, Sek. Men Teknik ERT Setapak, Sek. Men. Teknik ERT Temerluh, Sek. Men. Teknik Muar dan Sek. Men Tanah Merah.

3)  Pelajar-pelajar yang berminat bolehlah melayari laman web untuk Aplikasi Permohonan Dalam Talian ke Sekolah Menengah Teknik. (telah ditamatkan)

4)  Jika ingin mengetahui sekolah, aliran atau kursus yang ditawarkan di sekolah menengah teknik @ vokasional ini, silalah layari senarai pada link ini.

5)  Maklumat juga boleh diperoleh dengan menghubungi sekolah menengah teknik yang berhampiran.

Selepas keputusan peperiksaan PMR diumumkan, pastinya ramai pelajar-pelajar telah memikirkan jurusan yang ingin diambil untuk meneruskan pelajaran pada peringkat SPM pula. Semoga para pelajar ini dengan bimbingan ibu bapa ataupun kaunselor sekolah dapat memutuskan pilihan terbaik berdasarkan minat dan kemampuan masing-masing.

Mawar MerahAngah, anak jiran di sebelah rumah yang mendapat 9A tu pula, memohon untuk mendapat tempat di MRSM manakala  Aqilah, seperti semasa mendapat 5A dalam UPSR dulu, tetap mahu bersekolah berhampiran rumah sahaja. Walau di mana sekalipun, semoga berjaya memperoleh apa yang diinginkan.

Semakan tawaran Sekolah Menengah Teknik 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 thoughts on “Permohonan Dalam Talian Ke Sekolah Menengah Teknik

  1. samalah macam saya Kak Long – hantar ke asrama atau tidak
    kata seorang kawan juga seorang cikgu, biarlah dia belajar dgn suasana di asrama dan dapat sesuaikan diri dari dia mengalami kejutan selepas SPM waktu ke universiti atau kolej

    • Selain kejutan, belajar di asrama penuh biasanya membolehkan mereka mendapat persaingan yang sihat.
      Namun ada juga yang berjaya walaupun di rumah.
      Semuanya terletak pada keinginan dan azam pelajar itu sendiri.

  2. sy adalah bekas pelajar Sek.Men.Teknik Ipoh aliran Perdagangan tahun 1981-1982. Sejak Form 1 lagi dah tetapkan hala tuju utk kerjaya di bidang Perakaunan

    • Pelajar-pelajar kena tahu apa yang mereka inginkan agar boleh berusaha ke arah itu.
      Tahniah buat kenari sebab berjaya mendapatkan kerjaya yang diingini.

  3. blaja kt mne2 same je klu kite usaha…tp klu dkt mrsm,asrama pnuh tu, kemudahan yg disediakan bnyk drpda sekolah biasa..tu kelebihan pada ank2 yg dpt smbg blaja kt sane

    slmat thn bru…

    • En Azizan,
      Kalau pelajar-pelajar dapat belajar di sekolah asrama penuh, kemudahan dan persaingan yang ada di sana merupakan satu kelebihan buat mereka.

  4. maza membesar di sekolah kampung aje.. huhuhu

    psst: teringin pulak rasanya nak mohon kembali masuk sekolah asrama gitew. huhuhu

  5. ayoh…cepat2…sapa yang belum mendaftar maka cepatlah melayari internet…
    kang melepas susah pulak…
    papepun gud luck kepada pelajar2 semua…
    semoga hala tuju yang dipilih bertepatan dengan cita-cita anda…

    • Kempen masuk sekolah teknik tu…
      Sekarang ni, kita berharap generasi akan datang mendapat kemahiran untuk persediaan kerjaya masa depan.

    • Walaikumsalam…

      Zaman dulu, tak banyak sekolah asrama tapi kalau dapat masuk tu, cerah masa depan.
      Banyak pemimpin dan bekas pemimpin kita lepasan sekolah-sekolah tersohor tu.