Peluang Ke-2
Posted By Mawar Merah on February 9, 2010
Hari ini pendaftaran pelajar Tingkatan 4 ambilan ke-2. Awal pagi lagi, telah ramai ibu bapa yang hadir. Semoga pelajar yang diberikan peluang ke-2 ini nanti akan merebut peluang untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang yang dipilih.
Walaupun Kak Long tidak terlibat hari ini dan masuk kelas untuk mengajar seperti biasa, namun konsentrasi pelajar kelihatan agak kucar-kacir sedikit hari ini. Agaknya terlebih ‘excited‘ menerima junior. Tambahan pula bilangan pelajar yang ada di kelas hanya 50 peratus kerana ramai pelajar dari kelas yang diajar terlibat menjadi urusetia. Selain itu kedudukan kelas pagi ini berhampiran dengan jalan masuk. Agak sukar juga menarik perhatian pelajar yang asyik melemparkan pandangan ke tingkap.
Minggu ini minggu sibuk di sekolah kami. Tiap-tiap hari ada aktiviti latihan rumah sukan dan juga latihan untuk acara merentas desa. Pada petang Khamis ini pula, kami akan mengadakan rehearsal untuk semua pelajar dan guru yang bertugas di check-point supaya acara merentas desa yang akan diadakan selepas cuti Tahun Baru Cina nanti berjalan lancar.
Beberapa hari lagi, akan mulalah musim kesesakan di jalan raya. Sekolah Kak Long hanya bercuti sehingga hari Selasa, kerana pentadbiran sekolah membuat keputusan tidak akan mengambil cuti berganti. Jadi, tak boleh beranganlah nak cuti lama.
Kepada siapa-siapa yang akan bercuti panjang, selamat bercuti. Pasti banyak perancangan cuti nanti. Apa kata jika berkongsi tentang perancangan bercuti anda di sini.
Mawar Merah – Baru balik daripada bercuti, jadi cuti Tahun Baru Cina ni nak balik rumah ayahanda saja. Nasib baik dekat dan tak perlu menempuh kesesakan jalan raya.


Budak-budak tu padang ke jalan rasa seronok sangat nak tengok awek baru gitew.. hehehehhe
yg budak2 tingkatan 1-3, pun terjengah-jengah nak tengok pelajar baru gak..kot2 ada abg2 yg encem mcm maza ini.. wakakakkaak
Yang lelaki nak tengok awek baru,
Yang pompuan, nak tengok adik baru!
Sekolah Kak Long tak ada pelajar Tingkatan 1,2 & 3 lah Maza…jadi pelajar-pelajar pompuan kena jengah2 adik encem aje…
cuti raya cina yg panjang berhasta-hasta itu akan maza lalui dgn menggoyangkan kaki di rumah sahaja..
sambil-sambil itu bergurau senda dgn baby baru.. hehehhehhe
Tahniah dapat baby baru.
Gunakan cuti yang berhasta-hasta panjangnya tu untuk kesejahteraan dan kebahagiaan bersama keluarga.
Sempat lagi nak goyang kaki ya?
Pergi tolong goyang-goyang baby tu bagi tidur lena…..
Lebih berkat gitew….
tahun ini tahun ramai, kena banyak cakar mencakar,
salamm,
Tahun rimau, tapi yang berkotak-kotak sampai ialah limau…
Rimau….
Limau….
Selamat bercuti Kak ong, Iza cuti 3 hari jer, tak dapat nak balik kampung lah. Lagi pun koek dah kering selepas berjalan jauh
Sibuk betul dgn xtvt sukan awal2 tahun yer, teringan zaman2 ngaji dulu, sebab badan iza “sihat” jer kan sejak azali ….so kena main lah yang lontar2, lempar2, rejam2. Kalau merentas desa tu duk belakang2 lah, kutip 1 point ja utk larian … hehehe
Yang “sihat” sejak azali pun ada peranan untuk mendapatkan pingat dan mata untuk rumah sukan masing-masing.
Sekarang cuaca agak panas, kesihan juga kat budak2 dan cikgu-cikgu budak kan!
Selamat bercuti Iza…
selamat menyambut warga sekolah baru kak long…
Lip,
Terima kasih…
Mari kita sama-sama menyambutnya….
merentas desa adalah sangat penat tambah musim panas gini, fuhhhh…lencun baju
Merentas desa memang agak letih musim panas macam sekarang.
Cuma kita galakkan semua pelajar turut serta, walaupun cuma bersiar-siar di celahan desa.
[...] This post was mentioned on Twitter by Mawar Merah, Mawar Merah. Mawar Merah said: Siapakah patut mendapat peluang ke-2 di http://bit.ly/bZDi7C [...]
Salam kenal kak long..
Saya mungkin akan balik kampung jee cuti panjang ni.
Salam kenal….
Selamat pulang ke kampung.
Hati-hati di jalan raya.