Merinding bulu romaku
Posted By Mawar Merah on January 6, 2010
Hari ni Kak Long bukan nak cerita pasal lagu dang-dut tapi bila dah beberapa hari tak update blog ni, banyak betul cerita-cerita menarik yang terlepas daripada pembacaan Kak Long.
Hari ini hari ke-3 persekolahan. Hari-hari awal Kembali ke sekolah (macam iklan barangan keperluan pelajar sekolah pulak!), telah mula sibuk sebab walaupun pelajar Tingkatan 4 belum mula mendaftar, tetapi Kak Long tidak boleh bersenang-senang kerana majoriti kelas yang Kak Long ajar ialah Tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan SPM pada penghujung tahun ini. Bagi kelas Tingkatan 4, pada tahun ini Kak Long cuma ditugaskan mengajar untuk sekelas sahaja.
Pada hari pertama persekolahan iaitu 4 Januari 2010, awal pagi Isnin, perhimpunan rasmi sekolah bermula. Pada tahun ini, pengurusan perhimpun rasmi agak berbeza dengan tahun sebelum ini. Ketua baru, cara pun agak baru. Semasa beliau berucap, beliau menegur tentang nyanyian lagu kebangsaan yang dinyanyikan oleh pelajar yang kedengaran kurang bersemangat. Pelajar-pelajar terpaksa ulang nyanyi sehingga beliau puas hati. Dan memang bila lagu ‘Negaraku’ dinyanyikan dengan bersemangat, terasa meremang bulu roma dibuatnya.
Sejak hari pertama persekolahan juga suasana pembelajaran memang sangat memuaskan. Kak Long dapat merasakan perbezaan yang agak ketara pada kelas-kelas yang pernah diajar pada tahun lepas. Dan sehingga hari ini, Kak Long sangat berpuas hati dan gembira dengan semangat pelajar-pelajar di kelas yang Kak Long ajar dan Kak Long berdoa agar semangat itu akan berterusan sehingga ke hari peperiksaan kelak.


biasanya suku pertama penggal persekolahan penuh dengan aktiviti ko-kurikulum. waktu kat sekolah dulu saya paling tak suka bila kena berlatih bersukan
aghhhhhhhh tak sukaaaaaa sgt
Kak Long pulak dulu, sangat suka dengan latihan sukan espcially acara balapan dan semua kegiatan ko-kurikulum…hahaha…
Tapi bila dah jadi cikgu, bila tengok budak2 sekarang lari macam jogging, rasa nak ganti dia orang ambil bahagian!
Lagu kebangsaan/negeri/seolah kalau nyanyi betul2 mmg boleh naikkan semangat.
Berat tugas Kak Long yer, mengajar kelas penting.
Semoga anak murid Kak Long bagi kerjasama pada cikgu2 yg mendidik especially Kak Long lah
Selamat Malam Kak Long.
Hait komen iza macam pelik ja bunyinya…ayat pun dah tak betul.. maaf kak long, iza dah ngantuk ni hehehehe…
pembetulan:
Semoga anak murid kat sekolah tu bagi kerjasama pada cikgu2 yg mendidik especially Kak Long lah
potong markah iza ni kak long…mana aci nak buat pembetulan pulak heheheee :p
@ iza,
Kalau penuh penghayatan, memang naik semangat.
Nak kata berat tu, semua kelas pun sama aje.
Cuma bila kelas peperiksaan tu, kelas tambahan tu lebihlah sikit masanya.
Wah, wah, siap ada pembetulan.
Nanti nak suruh pelajar-pelajar kak long contohi iza, rajin buat pembetulan…
@ kenari,
Iza tu dah biasa menulis dengan bahasa yang tersusun dan menarik macam buat karangan SPM. hehehe…
salam kenal…
tugas kita sama, mendidik, cuma bezanya antara sy ngn kaklong, kaklong ajar budak2 yang nak amik spm, sy pulak ajar budak2 lepasan spm…
cabaran yang hampir sama…moge sukses selalu..pesanan utk diri jugak…
Salam kenal…
Terima kasih sudi bertandang. Semoga dapat berkongsi idea dalam bidang pendidikan.
saya nak tambah doa lagi..
agar semangat yg membara itu berterusan sepanjang hayat anak-anak didik kak long!
kelak yg demikian mampu menjadikan negara kita ini mampan dan diwarisi oleh generasi yg cemerlang lagi gemilang…
ameeennnnn
Amin!
Doa yang mengiringi pasti lebih menguatkan kak long supaya terus bersemangat waja dalam mendidik anak bangsa..
bunyi negaraku dinyanyikan ngan penuh semangat memang
menggamit sebak didada, frequency yang mencecah 100k
tu memang ada kesan gitu kot,
sama sebak masa ‘aaaaaammiiiiiiinnnnn’ kat semayang jumaat.
huuuuuuuuiiiiiiyoooooooo…..:D
Kak Long pun fikir, kesannya memang ada umppph kalau kita menghayati lagu Negaraku itu.
Bila kita nyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat, rasa seluru tenaga bersatu..
Selamat bersembahyang jumaat.