Kusangka panas sampai ke petang

Saya mula bertugas semula pada hari Rabu yang setiap minggu merupakan hari paling sibuk untuk waktu persendirian saya.

Hari Rabu lepas, cuaca cerah. Namun pada sebelah tengahari ternampak awan kelabu. Kami mempunyai program Pertandingan Merentas Desa pada sebelah petang. Pertandingan bermula pada pukul 3 petang.

Pelajar berkumpul sebelum acara bermula.

Pelajar berkumpul sebelum acara bermula.

Setelah  hampir dua puluh minit pelajar dilepaskan dan guru-guru sebagai pegawai Kejohanan berada di check-point masing-masing, hujan mula turun dengan lebatnya. Haaaa……., buat lagi masa mesyuarat ramai yang komen pertandingan tu patut diadakan pada sebelah pagi sebab sekarang cuaca panas lain macam terutama sebelah petang. Maka, pada hari itu, matahari beralih arah dan pelajar memang tidak berlari dalam kepanasan dan guru-guru tidak berdiri di bawah panas menggelegak, tapi semuanya basah kuyup.

Seronok juga main hujan, walaupun dikatakan bahawa hujan yang turun dalam cuaca yang sebelumnya begitu panas boleh mengundang penyakit. Tapi, rasanya hujan ni hujan rahmat….

Pesrta-peserta yang basah kuyup mendaftarkan nama di meja urusetia yang tak basah

Pesrta-peserta yang basah kuyup mendaftarkan nama di meja urusetia yang tak basah

Pertandingan pada hari tersebut dijuarai oleh rumah Hijau untuk pasukan lelaki dan rumah Merah untuk Pasukan perempuan.

Upacara Penyampaian Hadiah di dalam dewan selepas pertandingan berakhir

Upacara Penyampaian Hadiah di dalam dewan selepas pertandingan berakhir

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 thoughts on “Kusangka panas sampai ke petang

  1. Anak-anak Tie baru je lepas sukan. Semuanya hangus sebab cuaca panas. Baru je sehari dua ni hujan…

    Eh.. pasukan lelaki dan perempuan diasingkan, ekk ? Kat sini tak de pulak.

  2. Salam Tie,
    Sekarang ni dah mula hujan.
    Petang tadi pun hujan kejap.

    Memang pasukan lelaki dan perempuan dua kategori berbeza.
    Tapi nanti markah akan dicampur untuk markah keseluruhan sukan sekolah.