Kurik kundi

Kurik kundi
Merah saga
Cantik itu budi
Indah itu bahasa.

Semasa perhimpunan rasmi sekolah sempena Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan, saya bertugas sebagai jurukamera. Hish..tiba-tiba je  ….macam bagus  bawak kamera ke hulu-ke hilir masa perhimpuanan.  Jarang dapat tugas ni. Maka  sayapun  dengan malu-malu kucing terpaksalah juga menyibuk dan sekali sekala pura-pura sibuk.

Selepas Tok Ketua membaca perutusan, maka adalah beberapa acara yang dijalankan sempena pelancaran tersebut. Layan jelah beberapa keping gambar yang diambil oleh jurugambar tak bertauliah masa pelancaran tu…(banyak gambar yang diambil sebab main petik je, tapi atas pertimbangan tertentu, hanyak gambar ini sahaja yang mampu dikongsi bersama)

pidato : kepentingan memartabatkan bahasa kebangsaan

pidato : kepentingan memartabatkan bahasa kebangsaan

suara lemak merdu syair mendayu

suara lemak merdu syair mendayu

menghayati

menghayati

lagu puisi mengusik jiwa

lagu puisi mengusik jiwa

Cintailah Bahasa Kita….

Kalau bukan kita yang memartabatkan bahasa kita, siapa lagi?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 thoughts on “Kurik kundi

  1. assalamualaikum

    “macam bagus bawa kamera”
    kalau selalu mengambil gambar pasti jadi bagus, jadi jurukamera best tapi asyik muka orang je yang ditangkap, selamat mendidik dengan tekun dan tanpa jemu

  2. waalaikumsalam…
    sebab jarang mendapat tugasan membawa kamera ni, gambarpun huru-hara.
    tapi bila dah syok memegang kamera, macam-macam benda nak ditangkap walaupun ntah apa-apa.
    Insya Allah…
    Terima kasih.

  3. pocket punya kunjungan balas!

    eh!? kenapa penonton dan penghibur kat same floor?
    Ker Pengambar jer yg same floor tp gambar yg lash tu
    rasenyer penonton kan yg ujung sana tuu…

    tak buat atas pentas yek?
    tp gambar ‘menghayati’ tu nampak cam ada pntas la jgak…

    (Somehow tingat skolah menengah Guaq JackFruit, kitorang ada dewan yg kna bukak kelas tuu, tak der la dewan macho lagi indah cam diorang nih ^^)

    • Pocket datang rumah saya…
      Terima kasih!
      Memang ada pentas tapi penghibur berada sama label dgn penonton, manakala ‘penonton’ yang satu kumpulan lagi, atas pentas…hahaha
      Saya tanya juga soalan yang sama pada pengelola tapi alasannya….kerana arahan salah seorang bos! Biasanya memang persembahan atas pentas. Stail baru agaknya. :)
      Zaman saya bersekolah dulu2 pun dah ada pentas dan dewan walaupun tak seindah dan selengkap dewan masa kini.

  4. Memang seronok jadi jurukamera ni…hehe……rasa macam orang penting, kan Kak Long ?

    Alhamdulillah, ramai yang berminat martabatkan bahasa kita. Cuma mokcik sorang je yang boleh tertidur bila dengar puisi, hi hi….

    Ooo…tiap kali datang sini, Tie jadi berdebar2. Mana tak nya, Kak long dah bubuh ‘yang rajin komen’ tu. Kalau di blog Jie, Tie langsung tak de peluang nak pikul pingat emas. Tapi, kat sini nampaknya pokcik sebelah rumah tu masih belum panas engine, ekekeke……..

    • Memang untung jadi jurugambar, boleh ke sana-ke mari.
      Boleh dekat dengan orang penting dan tak penting.
      Tapi masih belum terasa macam orang penting….

      Hehehe…
      Jangan risau, blog Kak Long ni bukan blog popular, memang besar peluang nak menang pingat emas.
      Blog Kujie tu blog popular, mestilah ramai tukang komen terutama daripada pakcik sebelah rumah tu yang juga tukang komen popular kan!

  5. hmm…teringat masa sekolah, balik2 muka nieh jugak yg kuar. hahaha…
    cintai bahasa dengan pelbagai cara. tapi bukan semua org suka cara kita:)

    • hmm…bukan muka semua orang boleh selalu keluar…
      hahaha…memang tepat, pelbagai cara boleh dilakukan untuk mencintai bahasa….dan walaupun ada yang tak suka, mungkin lebih ramai yang suka daripada tak suka.

  6. teringat cerita ustz hasrizal dengan guru dia. Guru dia tanya
    “apa yang indah pada sekuntum mawar? baunya? kelopak? warna? atau apa?”
    puas murid2 bagi jawapan, semua salah. Jawapannya ialah BAHASA… bahasa lah yang buatkan mawar lebih indah dari biasa, lebih dari bunga2 yang lain :)

    Selamat menjalani bulan bahasa cikgu.

  7. Cute cerita tu…
    Terutama sebab ada cerita pasal bunga mawar yang indah…
    Jom kita sama-sama menjayakan Bulan Bahasa Kebangsaan dengan cara kita.

  8. Promosi masih belum mencukupi tu, sebab tu ramai yang tak tahu.
    Bulan Bahasa Kebangsaan tak ada nilai komersial, tak macam iklan KFC.