Salam Ramadan.
Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaik mungkin.
Permulaan puasa tetapi kami terpaksa juga meneruskan program yang telah ditetapkan. Kata Tok Ketua, bulan Ramadan buka bulan kita tak boleh bekerja dan menangguhkan segala aktiviti. Kebetulan, bulan kemerdekaan tahun ini jatuhnya pada bulan Ramadan. Walaupun waktu persekolahan dipendekkan, namun panitia Kak Long ada agenda yang diatur. Maka, kami jadi kelompok yang lewat pulang hari ini kerana menghadiri taklimat atau kursus pendek.
Pelancaran bulan kemerdekaan di sekolah Kak Long telah dilaksanakan dengan jayanya. Kemerdekaan bukan hanya perlu dilaungkan tetapi perlu dihayati dan dipelihara agar tidak hanya menjadi satu ungkapan tak bermakna.
Berbalik kepada tajuk entri kali ini, nak cerita juga kali pertama jadi model (ehem bukan model minyak masak ya!) Sempena Pelancaran Bulan Kemerdekaan, tiba-tiba sahaja nama Kak Long disenaraikan sebagai model. Puas menolak, tak pernah kubuat sebelum ini, bisik hati Kak Long. Tapi disebabkan pujukan demi pujukan yang diterima, cair jugak hati, hehehe. Lagipun jadi guru ni, dah termaktub kena jadi model selalu. Biasanya, kami diminta supaya jadi role model atau contoh kepada pelajar, tapi hari ni jadi model lain pulak.
Maka sehari sebelum itu, sibuklah mencari pakaian yang ditentukan dan berlatih menjunjung buku (mana tahu kot lepas ni ada yang nak tempah pulak ) supaya tak tersadung di atas pentas. Kena pula berpasangan dengan jejaka kacak yang berbaju Melayu, memang riuh-rendah dan gamat satu dewan dibuatnya. Sampaikan masuk kelas, pelajar-pelajar tak puas hati sebab Kak Long dah menukar persalinan. Hahaha, tunggu tahun depanlah pulak. Model bidan terjun ni mana biasa buat ‘cat-walk’ kat depan orang ramai. Tapi, lepas ni kalau ada pereka fesyen nak tempah, bolehlah ya….
Gimik Pelancaran Bulan Kemerdekaan kali ni ialah Tok Ketua membebaskan seekor merpati putih daripada sangkar. Tapi si putih itu tak mahu terbang membebaskan dirinya. Si Putih itu terbang sebentar, kemudian hinggapsemula di atas lantai dewan. Kenapa si Putih? Kamu jatuh hati pada siapa-siapa kat dewan tu ke? Atau kamu sayang sangat pada sangkar yang dihias indah itu. Oh, sila jangan terpedaya pada keindahan kerana kebebasan itu lebih indah jika dimanfaatkan dengan sebaiknya.
Mawar Merah : Seronok tengok tayangan multimedia tentang peristiwa kemerdekaan negara. Susah payah kita menuntut agar dibebaskan daripada penjajah, wajarlah kita hargai dan pertahankannya dengan sebaik mungkin. Semasa menonton peristiwa bersejarah negara kita, memang jelas tergambar kegembiraan bila menyambut perisytiharan kemerdekaan itu yang dihadiri oleh rakyat dan jemputan dari negara asing, tapi dalam hati ada juga rasa pelik dan tak seronoknya, bila tengok ramai yang beriya-iya menangis masa mengucapkan selamat jalan kepada penjajah tu. Mungkin ada cerita di sebalik cerita…



cik putih itu lapar agaknya.. atau sudah tau di situlah pintu rahmat yg paling mudah nak dapatkan rezeki. hehehe
Cik putih tu jinak sangat…
Risau tengok si putih tu tak nak terbang, takut di ‘kipnap’ dek binatang lain pulak!
Salam Kak Long, selamat menjalani ibadah puasa…
Pc Tie buat hal laa.. punyalah lama nak tunggu loading ni. Terus lupa nak komen apa, hehehe….
Salam Tie,
Selamat menjalani ibadah puasa pula.
Kak Long pun mengalami masalah untuk online sebab beberapa hari ni internet slow sangat. Kalau loading gambar asyik tak dapat.