Ada yang menanyakan, bagaimanakah, carakah cara yang mudah untuk marinated ayam atau daging sebelum dipanggang.
Di sini Kak Long nak kongsi apakah bahan yang biasa digunakan.
Bahan-bahan:
1/4 cawan serai dihiris,
seulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia dihiris
1/4 inci kunyit hidup
2 sudu ketumbar
2 sudu jintan manis
2 sudu sos tiram
3 sudu kicap pekat
4 sudu sos ikan
5 sudu gula perang
1 sudu jus lemon
3 sudu madu
Cara menyediakannya:
Masukkan semua bahan dan kisar.
Gaulkan dengan bahan ayam atau daging dan perap sekurang-kurangnya selama 1 jam sebelum dipanggang.
Dan rasai keenakannya selepas itu.
masa menyediakan sediaan tersebut dan memasak perlu memakai singlet dgn kain batik atau berkemban sahaja sudah cukup rasa.. ahak!
lalalallaa…
maza terlantun-lantun lah fulak.. hehehhee
Haha..
anif recently posted..Jentera Formula 1 (F1) Red Bull R8 Dilancarkan Secara Online
huhuhu…
Cukup rasa yang mana satulah agaknya tu ya Maza?
Mawar Merah recently posted..Licence To Grill : Sehangat Bara
Apa dia Maza! Berkemban.
akubiomed recently posted..Cucur Kodok pengikat kasih
nak gambar. nak gambar..
titan recently posted..Kekalahan kedua yang tak kacak..
Ayoyo…gambar ayam kena perap terlupa nak ambil. Asyik bersemangan ambil yang dah siap kena bakar dan hitam berlengut tu aje.
Kak Long Mawar Merah recently posted..Yang kecil untuk si kecil
Saya suka daging tersebut dihiris supaya sos yang diperap masuk kedalam hirisan.
Kalau dihiris, pasti bahan perapan lebih meresap.
Kak Long Mawar Merah recently posted..Yang kecil untuk si kecil
Hmmm.. mcm nampak sonang ajer ni
Boleh lah di cuba. Kalau perap dalam aisbox 1 hari better ker Kak Long? Kawe selalu tlg family buat sate.. selalunya perap tu kasi lama sikit…
Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..Melancong Ke Indonesia | Day 6 – Selamat Tinggal Jakarta
Lagi lama perap lagi bagus. Kak Long pun selalu juga simpan dalam peti sejuk semalaman sebab nak masak awal pagi keesokan harinya.
Kak Long Mawar Merah recently posted..Yang kecil untuk si kecil
selalu beraksi dekat api je membakar ayam
yang lain2 orang lain yang buat
tehr recently posted..Pantun SEO Off Page
semakin lama diperap semakin enak rasanya, bukan begitu kaklong?
secangkir madu merah recently posted..SALAM MAULIDUR RASUL 1433
uh.. lama tak buat BBQ!! sedapnya!!!
madammondoq recently posted..WORDLESS WEDNESDAY : Bila Tembelang Sudah Pecah
mana ayam panggangnya kak long.. terliur plak baca.. hik3
nurmisnan recently posted..Kebiadapan rakyat Perancis terhadap perempuan muslimah ini
Kalu letak gambar, pasti lebih tertarik.
Makan2 macamni selalu buat kat kampung je la. Ramai sikit tukang makannya.
Mekar recently posted..Rawatan Bekam yang Tidak Menyakitkan…