Petang ini pulang lewat, tapi lebih cepat berbanding waktu persekolahan baru yang akan bermula minggu depan. Nampaknya lepas ni, jejak tanah sebelum nampak tanah, dan bila pulang, dah tak nampak tanah.
Alang-alang dapat sampai rumah lebih awal daripada En Suami, sempat juga menyediakan ais krim goreng yang begitu mudah dibuat. Hanya memerlukan ais krim dan roti serta digoreng dengan teknik deep fry. Hmmm…sedap rasanya bila hangat dan sejuk berbaur dalam mulut.


Hari ini, jumlah pelajar yang dikuarantin kerana jangkitan rubella semakin bertambah hingga melebihi 200 orang pelajar. Belum termasuk kes baru yang dikesan menjelang tengahari. Rupanya, rubella begitu mudah merebak dan dikatakan boleh menjangkit melalui titisan udara tekak dan sentuhan. Kami mula mencari bekalan penutup hidung dan mulut sebagai langkah pencegahan walaupun dikatakan bahawa lelaki lebih terdedah kepada jangkitan memandangkan wanita telah mendapat imunisasi untuk jangkitan rubella. Semoga pelajar kami cepat sembuh.
Wahhh.. Aiskrim goreng la.. Tentu sedap!
Err lelaki boleh kena rubella juga ye.. Satu maklumat baru bagi Saya.. Lepas ni murid lelaki perlu juga diimunisasikan..
anif recently posted..Cenderahati Dari Pengendali Blog Nota Dari Faura
Memang sedap. Cubalah..
Kak Long pun baru tahu juga.
Pegawai Kesihatan yang berkampung di sekolah Kak Long beritahu, wanita diimunisasikan kerana bimbang bahawa virus tersebut boleh mendatangkan kesan terutama kepada wanita yang mengandung. Virus boleh mengakibatkan kecacatan pada janin.
Kak Long Mawar Merah recently posted..Ais krim goreng mudah
kebetulan pula hari ini maza makan aiskrim di Ice Room Restaurant.. hehehhe
maza ingat dia jual aiskrim aje, macam buskin robin, rupanya ada mcam2.. ahaks..
oppps.. ke lautan dalam lah fulaks.. hehehehe.. lantun-lantun gitew
maza recently posted..Wordless Wednesday: Ambil Peduli?!
Kalau ke Ice Room Kak Long suka order mushroom sup. Ice creamnya tak begitu sedap berbanding buskin robin. Tak tahulah kalau ice cream di Ice Room tempat ni aje yang tak begitu sedap.
Kak Long Mawar Merah recently posted..Ais krim goreng mudah
Ais krim goreng buat sendiri puas hati makan.
akubiomed recently posted..Hot dog sebagai santapan malam
Memang puas hati. Bahannya mudah dan ringkas.
Kak Long Mawar Merah recently posted..Ais krim goreng mudah
sedapnya aiskrim itu kaklong.. memang mudah ya.. nak buatlah nanti…
semoga pelajar2 itu cepat sembuh… budak2 lelaki pun boleh berjangkit penyakit ini ya? tapi kenapa hanya budak perempuan saja dimestikan mengambil imunisasi rubella itu?
Senang aje. Kak Long guna roti untuk kulit. Masukkan semula dalam peti beku sebelum goreng.
Kak Long Mawar Merah recently posted..Ais krim goreng mudah
kelim dengan acuan atau dgn tangan? kemas aje rupanya.
pst: kawasan mana ni kaklong jangkitan nih
Mekar recently posted..Kenapa Takut Mati .. ???
Gunakan acuan karipap aje. Dalam gambar ni, tak kemas sangat pun sebab acuan tu besar sangat daripada roti. Kak long dah beli acuan yang kecil sikit dan muat roti tu, dan hasilnya pasti lebih kemas. Kalau tidak, ais krim lebih mudah cair dan mengotorkan minyak.
p/s Kawasan PD. Tapi dah awal-awal kuarantin pelajar di asrama. Hanya merebak dalam kalangan mereka sahaja. Insya Allah, dalam minggu ni sihatlah semuannya.
Kak Long Mawar Merah recently posted..Ais krim goreng mudah
saya x pernah lagi makan ais krim goreng
Juan recently posted..Alcatraz TV Show / TV Series 2012
Kak Long pernah makan masa ada pesta pertanian dulu. Lepas tu, teringin buat sendiri bila terbaca cara membuatnya yang mudah.
Kak Long Mawar Merah recently posted..Ais krim goreng mudah
macam sedap aje aiskrim goreng ni. hehe..
titan recently posted..Komisen ke 14 dari Innity