Petang tadi semasa singgah di pasar tani petang tadi, ada pengumuman tentang satu demo memasak asam pedas ikan pari. Jadi Kak Long pun join jugalah menengok. Masa tu orang tak berapa ramai, jadi dapatlah lihat dekat-dekat. Sebenarnya, bukan tak biasa masak asam pedas ni, tapi nak juga lihat. Mana tahu ada kelainan yang boleh digunakan.

Pada masa itu ada orang penting FAMA turut hadir dan melawat gerai-gerai di situ. Mulanya nak juga tunggu sampai masak. Tapi ada agenda lain, jadi sempat tengok dan bisik-bisik bahan yang digunakan aje. Tak sempat nak rasa, walaupun selepas selesai demo, pengunjung boleh merasa masakan yang disediakan itu.


