
Cara menyediakan bahan perap untuk ayam panggang dan daging.
Ada yang menanyakan, bagaimanakah, carakah cara yang mudah untuk marinated ayam atau daging sebelum dipanggang.
Di sini Kak Long nak kongsi apakah bahan yang biasa digunakan.
Bahan-bahan:
1/4 cawan serai dihiris,
seulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia dihiris
1/4 inci kunyit hidup
2 sudu ketumbar
2 sudu jintan manis
2 sudu sos tiram
3 sudu kicap pekat
4 sudu sos ikan
5 sudu gula perang
1 sudu jus lemon
3 sudu madu
Cara menyediakannya:
Masukkan semua bahan dan kisar.
Gaulkan dengan bahan ayam atau daging dan perap sekurang-kurangnya selama 1 jam sebelum dipanggang.
Dan rasai keenakannya selepas itu.
Licence To Grill : Sehangat Bara
Seperti yang dijanjikan, petang kelmarin, kami adik beradik telah berada di kampung. Sudah agak lama tiada aktiviti bersama. Sebelum pulang, masing-masing telah dibahagikan tugas untuk aktiviti sepanjang di kampung.
Sebelum senja, bara telah disediakan sebab tak mahu melakukan aktiviti pembakaran menggunakan elektrik. Kononnya nak menikmati bau asap.

Selepas solat maghrib berjemaah, aktiviti bakar membakar mula dijalankan. Sungguh meriah dengan suasana kanak-kanak berlarian macam malam raya pulak!


Dalam mengenangmu
Salam Maulidur Rasul

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Mood cuti berkenduri
Tiap-tiap minggu, penuh jemputan kenduri kahwin. Hari ini, Kak Long ke rumah kenduri perkahwinan di Rantau. Tuan rumah merupakan salah seorang yang agak rapat dengan sebilangan besar warga sekolah kami. Tambahan pula beliau memegang salah satu jawatan di dalam persatuan yang berkait rapat dengan sekolah kami Maka, ramailah kawan-kawan termasuk Tok Ketua bergerombolan memenuhi jemputan tuan rumah yang meraikan perkahwinan anak sulungnya.
Ramai jemputan termasuklah YAB Menteri Besar NS. Mula-mula cemas juga sebab jalan yang agak sempit, namun berkat galakan teman-teman yang menemani, berjaya juga ekspedisi ala-ala camel trofi ini.
Petang ini, mood balik kampung sudah tiba. Seronoknya, bila semua adik beradik turut sama pulang bermalam di rumah ayahanda.
