logo-blog

Mawar Merah

Travel Lifestyle Photography Family Food

Novel Terbitan Karya Seni

Novel | 18 Dec 2012 | 6

I Love You, Stupid!  merupakan karya Melur Jelita diterbitkan oleh Penerbitan Karyaseni Sdn Bhd. Novel setebal 1389 halaman ini merupakan salah sebuah novel yang sempat Kak Long baca dalam program Cuti-cuti Malaysia 2012 Kak Long. Memang pecah rekod sebab kalau tak silap, novel paling tebal yang pernah Kak Long baca ialah novel Anugerah karya penulis wanita yang pernah menerima Anugerah SEA Write pada tahun 1996 (1351 halaman)

image

Novel ini pernah disarankan oleh seorang teman sejawat yang merupakan Kaki Novel. Walaupun sekarang ini, kesempatan Kak Long membaca novel tidak serancak dulu, namun, minat itu masih tetap utuh dalam diri. Sejak zaman sekolah rendah sehingga sekarang, masih tidak lupa untuk membeli sebuah dua bila ada kesempatan. Kalau dulu, beli saja, esok lusa, habislah dibaca. Memang tak peduli orang dah kalau membaca. Tapi sekarang, banyak betul kekangan. Iyalah, dulu lain, sekarang lain. Banyak bahan yang nak dibaca selain novel. Baca blog pun dah banyak mengambil masa daripada sekian masa yang terluang dan tak pernah selesai nak melawat semua blog yang ada di blogroll.

image

From digital photos to lasting photo books. Start preserving your memories now!

Masa mula-mula nak beli novel ni, malu juga. Apalah punya tajuk! Tak adake perkatan lain daripada perkataan yang kita selalu larang anak-anak atau pelajar-pelajar daripada menyebutnya. I love you, stupid! Senang-senang nak stupidkan orang. Lagipun macam tajuk budak-budak remaja. Kalau masa budak-budak dulu, mahu kena cili kalau sebut perkatan tu depan emak ayah. Jadi, bila nak beli tu, dua tiga kali uja juga. Segan nak bawa ke kaunter kalau orang nampak. Dahlah kita ni pangkat makcik-makcik atau nenek-nenek yang vouge. Macam tak ada novel lain je.

 

image

Semasa teragak-agak sama ada nak dibeli atau tidak, seorang wanita tersenyum lalu menyarankan Kak Long membelinya. Katanya, pasti tidak menyesal. Maka, Kak Long pun membawanya bersama beberapa buah buku yang telah dipilih oleh anak-anak ke kaunter.

Ambil masa juga nak mula membaca. Dahlah tebal sangat, susah nak angkut ke hulu ke hilir, masa yang ada untuk membaca memang terhad. Masa mula membaca, nak sampai le muka surat yang ke seratus, rasa macam tak berapa nak ngam dengan jiwa. Memang terpengaruh betul dengan tajuknya walaupun selalu dah ingatkan, Don’t Judge The Book By Its Cover. Macam cerita cinta anak remaja sahaja. Namun telahan tersebut rupanya silap. Setelah mendapat rentak, memang rasa tak nak berhenti membaca novel ini. Cerita cinta yang disampaikan dalam tema kemanusiaan dan kasih sayang yang luas memang amat menyentuh hati. Tak ingat, entah berapa kali menangis dan tertawa sendiri semasa menghabiskan bacaan. Kak Long amat tertarik dengan gaya penyampaian penulis yang berkelulusan Usuludin dari Universiti Malaya. Jalan cerita yang tidak mudah diterka, walaupun seperti biasa berakhir dengan kegembiraan. Juga ada unsur dakwah yang halus di dalamnya.

Kalau ada kesempatan, bacalah novel ini. Memang menarik dan ada masanya bagai berada sama dalam masyarakat Melayu Cham di Kemboja serta menghayati penderitaan mereka yang telah ‘kehilangan’ ini.

Tentang Penulis: Mawar Merah

Setiap kehidupan punya cerita dan setiap cerita punya rasa yang boleh dikongsikan bersama. Panggilan mesra ialah Kak Long. Anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Sudah berkeluarga dan dikurniakan 2 orang putera yang sentiasa menceriakan kehidupan.

Leave a Reply

Entri Terhangat

Macam Comel Je Macam Cantik Je

Bintang Popular Bulan ini

  • Be the first to comment.

Meta

Tema "FOTOBesar" ini telah direka oleh AzmanIshak untuk Mawar Merah © 2013