Seperti yang dijanjikan, petang kelmarin, kami adik beradik telah berada di kampung. Sudah agak lama tiada aktiviti bersama. Sebelum pulang, masing-masing telah dibahagikan tugas untuk aktiviti sepanjang di kampung.
Sebelum senja, bara telah disediakan sebab tak mahu melakukan aktiviti pembakaran menggunakan elektrik. Kononnya nak menikmati bau asap.

Selepas solat maghrib berjemaah, aktiviti bakar membakar mula dijalankan. Sungguh meriah dengan suasana kanak-kanak berlarian macam malam raya pulak!



Hasil pertama sungguh melucukan bila ayam yang dibakar menjadi hitam bila kehangatan bara bertukar menjadi api menyala yang sekelip mata menukarkan warna ayam. Nasib baik kulit aje yang hangus. Bila dibuang, rasanya sungguh enak dan selepas itu, tiga ekor ayam hanya tinggal tulang sahaja.


Hidangan utama untuk makan malam. Memang makan besar sebab ikan dan udang yang besar turut menanti.




Sungguh enak. Walaupun semua ahli keluarga berkumpul, tak habis ikan yang besar ni. Memang besar sungguh. Sampai terpaksa dihidangkan dalam dulang sebab pinggan paling besar pun tak sesuai untuk menghidangnya. Kerapu merah ini hadiah daripada rakan perniagaan adik ipar kerana kebetulan pula, sehari sebelum itu, adik ipar baru pulang dari Sabah.
Emmm…enaknya makan ikan dan udang segar yang baru mendarat dari Kota Kinabalu ni.
bau asap masa api baru-baru nak nyala mmg sedap..
adele recently posted..Lelaki Pandai Jahit Langsir Barulah Sweet dan Kacak
Kak Long tak perasan pun bau asap masa api mula-mula nak nyala tu.
Kak Long Mawar Merah recently posted..Licence To Grill : Sehangat Bara
Aduhai sampai hitam ayam.
Hitam-hitam rasanya manis.
Kak Long Mawar Merah recently posted..Licence To Grill : Sehangat Bara
Hitamlah sedah …. emmm yer ke ?
b3njy recently posted..CARUMAN KWSP YANG MENARIK DAN YANG SEDIH
alamak kak long,.. 2 weeks back baru buat bbq dgn family semua..
memang meriah.. tapi ikan besor2 tak der ler.. kami buat sedang2 jer..
kerapu tuh menyelerakan pula..
nurmisnan recently posted..Cerita di patuk ular dengan Rasulullah SAW
Bila dah berkumpul ramai-ramai, memang seronok dan meriah.
Kak Long Mawar Merah recently posted..Licence To Grill : Sehangat Bara
wah semerbak cium angin kami di sini tengok gambar
azura recently posted..Jangan makan ikan dengan daging dalam satu masa yang sama
Angin tu bau wangi ye? Kalau cam tu, ambik bau angin je dahlah.
Kak Long Mawar Merah recently posted..Licence To Grill : Sehangat Bara
patutla bau semacam je kak long…sedap nih…
Nizam recently posted..Bila Terabai
Memang sedap pun, makan tak ingat, hehehe
Kak Long Mawar Merah recently posted..Licence To Grill : Sehangat Bara
Wow ! biar betul pesta makan ni …. ini betul2 pesta makan balas dendam tak makan 3 hari ni … hahahahaha
b3njy recently posted..CARUMAN KWSP YANG MENARIK DAN YANG SEDIH
Baru dua hari je tak makan, sebab nak simpan perut untuk pesta makan-makan.
Kak Long Mawar Merah recently posted..Licence To Grill : Sehangat Bara
Ikan yang besar tu kalau cicah air asam perghhh !! …. lepas tu makan dengan nasi panas2 …. sah sehingga menjilat pinggan OOOOooo
b3njy recently posted..CARUMAN KWSP YANG MENARIK DAN YANG SEDIH
Memang betul pun cecah air asam, masuk cili api…fuh!
Kak Long Mawar Merah recently posted..Licence To Grill : Sehangat Bara
Bakar ayam dan ikan serta lain2 ‘aksesori’ tu lebih sedap dan lazat dengan bara arang berbanding menggunakan elektrik
…. alahai terliur Benjy melihatnya 
b3njy recently posted..CARUMAN KWSP YANG MENARIK DAN YANG SEDIH
aduh.. terliur sudah..
kami berkelah pada siang hari aje di PD..
org rumah dan sepupu yg main bakar2.. maza dan anak2 mencari duyung di pantai.. ahaks…lalalala
maza recently posted..Cacat tak menghalang menunggang motor besar!
Jumpa tak duyung kat pantai PD tu? Kenapa tak tangkap seekor, buat bakar-bakar kat tepi pantai, lalalala…
Kak Long Mawar Merah recently posted..Licence To Grill : Sehangat Bara
..kali ini duyung kat PD hampir pupus… tak ada..
mungkin dah tak berminat nak bersidai di tepi pantai.. atau pun sudah insaf sempena Maulidur Rasul….
selawat cikgu, selawat cikgu, selawat… lalalala
maza recently posted..Cacat tak menghalang menunggang motor besar!
Salam..
Secara jujur saya tengah lapar sekarang ni.
Belum makan malam lagi ni. huhuhu.
Gambar2 di atas telah membuatkan perut ini berbunyi.
Semuanya segar2 belaka.
nizamghazi recently posted..SNG is Back!
nak sikit. nak sikit..
titan recently posted..Kekalahan kedua yang tak kacak..
Ya, Alllah…sedap nya! Weh, lapar ni weh!!!
LilyNrman recently posted..Huhu…Tu Apa?
memang kena bakar dengan bara api ni
memang best sangat
tehr recently posted..Pantun SEO Off Page
Wahhhh syokk nya menGRILLL… Teringat kawe time raya dua tahun lalu, kami cuba buat ikan bakar (kuar topik sikit
) , skali rupanya ayah jemput ramai org datang.. adehhh kitaorg tak ready nak serve ramai org.. kelam kabut ehhh.. Harap2 tak der la yg termakan ikan atau sotong mentah 
Dulu Lain Sekarang Lain recently posted..Melancong Ke Indonesia | Day 6 – Selamat Tinggal Jakarta
Susah sungguh nak dapat udang besar2 macam pic atas tu. Mesti tak cukup tu kalu makan ramai2
Mekar recently posted..Rawatan Bekam yang Tidak Menyakitkan…