Nak naik bot takut karam : Minta tolong popeye the sailor man

Hari ini merapu sikit. Letih dengan pelbagai aktiviti yang ntah apa-apa.

Seharian penat mencari buku bank. Semenjak semalam lagi. Di sekolah tadi pun puas  selongkar peti kayu dan peti besi yang ada.

Hahaha…itulah akibatnya kalau banyak sangat buku akaun. Buku aje banyak, duitnya belum tentu banyak kan?  Biasanya memang dikumpulkan setempat dalam kotak khas dalam almari tu. Yang lain-lain ada, tapi buku bank untuk akaun gaji dah lesap. Jangan sangka yang Kak Long tak pernah keluarkan duit gaji ya..silap banyaklah tu! Buku aje yang memang dah lama tersimpan (sampai caripun dah tak jumpa… :(   )., duitnya tak! Atas sebab-sebab untuk mengemaskini data, tiba-tiba aje kami semua kena hantar salinan buku akaun bank tempat masuk gaji tu. Itu yang bagai nak ‘rak’ mencari tu.

Esok ramai nak serbu kat sekolah. Datang, jangan tak datang.

24102009071

Balik petang tadipun meneruskan aktiviti mencari buku bank yang menyorok ntah di mana. Pasal penat mencari dan menyelongkar serta menyusun semula, tiba-tiba je malam ni tak ada selera nak makan nasi.  (alasan yang boleh diterima ke?) Fikir punya fikir, ambil keputusan untuk keluar. Maaflah gulai daging dan sayur campur yang telah kumasak tadi. Lepas maghrib ingat nak naik bot untuk menjaring. Nasib baik ada orang yang sangat baik hati belanja! Terima kasih daun keladi, lain kali belanjalah lagi…

24102009072

24102009070

Mee hijau @ spinash noodle ni memang kegemaranku.  Mana tahu boleh jadi kuat macam popeye the sailor man… tapi tak naklah tangan kembang macam popeye tu…

popeyeKredit : Google

Nak jadi Olive aje….huhuhu.

Kak Long - Nak naik bot takut karam, jadi makanlah steamboat…


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

12 thoughts on “Nak naik bot takut karam : Minta tolong popeye the sailor man

  1. Eh….

    Tie tak pernah makan mee hijau tu. Rasa macam mana ?

    Lepas makan bolehlah tumbuk Bluto tu, ekk! Err…. agak-agak siapa Bluto tu, ya…ekekeke…

    • Hihi..rasa dia macam apa ya???
      Sebenarnya tak ada rasa yang pelik, ras natural je, cuma halus2. Lepas makan, bukan takat boleh tumbuk Bluto, naik planet pluto pun ok…

  2. Akak gi Johny’s ke? Sha pon suka mee ijau tuh…tapi sha lagi suka mee sotong. Mungkin sebab tu la sha tak kuat macam popeye,…kan Kak Long?:P

    Sha pon ada masalah yang sama. Lagi2 buku akaun yang jarang guna. Letak satu tpt…tapi bila sekali sekala pakai tuh boleh lupa jugak. Sbb akaun2 lain takde buku. Tabung Aji je yang ada buku kan…

    • haah…..Sha dah dapat teka kat mana ya…
      memang sekarang ni kbykn bank terus guna kad aje tanpa buku, tapi ada juga bank yang masih guna buku.

      mee sotong tu kat Johnny juga ke? Tak perasan pula Kak Long pasal mee sotong ni.

  3. kebiasaan terjadi kepada sy juga kak. bila tak dicari nampak je. itupun dicampak kesana kemari, bukan nak simpan tempat yg lebih teratur (hu3).

    bila dah tercari-cari, mulalah buku akaun tersebut menunjukkan rajuknya. rasanya buku tu boleh bergerak kesana kemari la kak?

    nampak sedap je ‘makanan popeye’ tu kak? boleh send? (ha3)

    • kak long pun musykil juga bila buku tu hilang bila dicari.
      Rasanya bukan buku tu yang bergerak ke sana-ke mari tapi kita je yang ‘terlebih simpan’ sampai tak jumpa-jumpa.
      nak rasa mee hijau tu ke?
      cepat bagi alamat, boleh kak long send…huhuhu