Yang tertinggal sepanjang perjalanan Januari

Saya baru pulang daripada melawat beberapa blog rakan-rakan setelah lama tidak berkesempatan membuat lawatan serta kunjungan balas blog teman-teman yang masih setia mengunjung blog saya.  Semenjak malam semalam saya mula melompat ke sana ke mari walaupun kebanyakannya saya sekadar singgah tanpa meninggalkan sebarang komen. Banyak betul yang tertinggal dan puas juga nak update kisah-kisah yang berlaku di sekitar kehidupan blog. Saya memang menyedari, dunia blog sebenarnya banyak memberikan saya peluang berkongsi dan memperoleh pengetahuan baru setiap hari.
Bulan Januari hampir tiba ke penghujung, dan bulan pertama tahun 2010 berlalu dengan saya rasakan begitu pantas berlalu dengan pelbagai aktiviti di sekolah dan masyarakat. Tidak terkecuali dengan beberapa perkara berkaitan keluarga yang tidak terduga.  Yang pertama, Abang sepupu saya yang meninggal dunia baru-baru ini dalam usia yang masih muda dengan meninggalkan anak-anak yang masih kecil dan yang ke dua, sepupu kepada ibu saya yang meninggal dunia kelmarin, antara peristiwa yang berlaku sepanjang Januari.
Bulan Januari, memang banyak mesyuarat pengurusan. Hampir setiap minggu ada dua atau tiga mesyuarat berlangsung. Tahun ini pula, mesyuarat agung PIBG di sekolah saya berlangsung pada bulan Januari. Walaupun pada hari  berlangsungnya mesyuarat tersebut saya tidak dapat bersama, saya telah bertungkus-lumus menyediakan segala persiapan awal untuk memastikan semua persiapan dilakukan sebaik mungkin. Dan alhamdulillah, dengan bantuan dan sokongan kuat terutamanya daripada dua orang teman, mesyuarat dan majlis yang diadakan serentak dengannya berjalan lancar biarpun beberapa hari sebelum majlis, memang tak cukup tidur dibuatnya kerana beberapa masalah teknikal yang perlu diambil-kira.
Minggu ini, pelajar-pelajar Tingkatan 4 telahpun memulakan program suai-kenal. Pelbagai program yang disediakan dan semalam beberapa orang nazir telahpun menziarahi sekolah Kak Long.
Pada masa sedang bersilat bersama salah seorang daripadanya di dalam kelas tengah hari semalam, Kak Long menerima sms daripada Kujie yang memaklumkan bahawa blog k.long dalam radio fuhyoofm.com untuk segmen terjah.  Terima kasih kepada Kujie! Kak Long sebenarnya baru saja membaca tentang radio FuhyooFM Dot Com ini malam semalam dan masih samar-samar tentangnya lagi.  Yang Kak Long tahu, akan ada review tentang blog Kujie. Aik! Macam mana pulak blog Kak Long boleh dapat tempias?
Hehehe…. Bila membaca Profile FuhYooFM ini, barulah dapat sedikit sebanyak gambaran mengenainya. Kak Long juga masih belum pernah mengikuti segmen tersebut, maka, kena ambil masa untuk mengetahui tentangnya. Kujie beritahu yang ada ulangan pada hari Rabu setiap 2 petang. Kena tunggu………
Pada masa ini, sekolah Kak Long telah mula dengan latihan sukan dan Kak Long rasa agak gembira dengan sikap yang ditunjukkan pelajar yang kebanyakannya menunjukkan minat untuk menyertai pelbagai acara yang dipertandingkan. Sangat mudah untuk mencari peserta mewakili rumah sukan. Semoga acara sukan sekolah pada tahun ini lebih meriah dan menarik. Kami juga akan memulakan latihan bagi acara merentas desa. Siap sedialah semua desa yang berhampiran kerana di sekitar kawasan sekolah Kak Long ada dua buah sekolah dan pastinya para pelajar di kedua-dua buah sekolah ini akan meredah desa-desa yang berhampiran.
Ada beberapa hari lagi sebelum bulan Januari melabuhkan tirainya…..
Mawar Merah - Esok saya perlu menghadiri kursus lanjutan ELMS (Enhanced Learning Management System). Jadi, masih banyak lagi kisah yang tertinggal sepanjang bulan Januari.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 thoughts on “Yang tertinggal sepanjang perjalanan Januari

  1. tirai labuhnya januari akan tiba,
    penantian akan berakhir sementara sahaja lagi,
    penantian seterusnya akan bermula,
    menanti berakhirnya februari,
    kitar yg sama akan ku nanti lagi,
    untuk satu habuan yang ciput, dua jari

    masuk la awal sikit wahai gaji …
    heheheh:)

    • Pocket, gaji kakitangan kerajaan untuk bulan Februari memang sangat awal iaitu pada 8 hb.
      Kena pandai mengurus kewangan bila gaji awal, takut kalau terlebih belanja….parah juga nak tunggu gaji berikutnya.

  2. Dunia seorang guru – kembali sibuk dengan berbagai aktiviti. Di sini pun Mesyuarat PIBG akan berlangsung hujung bulan Januari. Cepat kan?

    Kak Long – Kalau ada kisah menarik , kita maish boleh berhubung di luar talian,

    p/s Kak Long – Maza melompat sampai nak pecah pc bila blog Kak Long yang di terjah…:p

    • Ni dah lepas mesyuarat sibuk siapkan minit mesyuarat dalam masa 14 hari pulak..hehehe…

      Sebenarnya segan nak berhubung di luar talian, bimbang mengganggu…cuma selalu berhubung dengan Iza yang single tu…

      p/s Hahaha….Maza jeles ya….lompat sampai nak pecah pc. Dia dengar segmen terjah tu ke? Tak pe…tak lama lagi blog dia pulak kena terjah!
      Kak Long pun tertanya-tanya juga macam mana dia orang boleh terjumpa blog kak long yang tak seberapa ni.

  3. salam jumaat..kaklong, bizi dgn urusan2 sekolah & keluarga..dan masa pun terasa cepat berlalu dan pergi… january 2010 akan meninggalkan kita dalam beberapa hari saja lagi dan sudah pasti february menjelang tanpa boleh dihalang lagi.. mudah2an kaklong sehat disamping keluarga & aktiviti yg tiada henti…

    • Salam SMM
      Masa berlalu sangat pantas. Semoga apa yang kita lakukan dapat memberi manfaat pada diri dan orang di sekeliling kita.
      Semoga SMM juga sihat…

  4. Bila kita terasa sibuk tu makna hidup kita lebih bermakna sebab kita diperlukan yang susah kalau menyebok pasti ramai yg tak suka kan!!!

  5. Mendalam maksudnya tu Denaihati!

    Memang ramai yang tak berkenan pada orang yang suka menyebok kan walaupun hakikatnya dalam dunia ni memang ramai yang begitu!!

    • Kak Jie dah siap2 sms, tapi sayangnya dapat online tapi, suara tak dengar. Dah pukul 4.30 petang baru semuanya okay.
      Memang tak ada rezeki nak dengar pasal blog sendiri diterjah nampaknya.

  6. Pingback: Mawar Merah » Terjah Blog FuhyooFM