Yang putih dan gebu
Posted By Mawar Merah on November 10, 2009
Pagi ini semasa dalam perjalanan ke tempat bertugas, saya amat tertarik dengan pemandangan di langit. Pagi ini sangat cerah. Alam begitu indah dihiasan awan yang putih menggebu. Saya tidak membawa kamera pagi ini. Hanya E71 saya sahaja yang dapat saya gunakan untuk merakam awan-gemawan yang memukau pandangan mata saya namun hasilnya kurang memuaskan kerana saya hanya mengambil sekeping gambar dari jauh kerana tak senonoh pula kalau sibuk mengambil gambar semasa memandu.
Pada ketika ini, saya teringatkan Iza Si Bintang Comel yang saya kagumi gambar-gambar awan yang dirakamkan dengan irisnya itu. Saya smemang paling suka lihat gambar-gambar awan yang Iza ambil….(Lepas ni nak ambil kursus ‘menangkap awan’ dengan Iza ya!) Barulah saya boleh usung kamera pulak.
Semalam saya bertugas. Awal pagi, kami ada perhimpunan dan penyampaian hadiah galakan kepada pelajar yang menunjukkan peningkatan dalam peperiksaan percubaan SPM baru-baru ini selepas mendengar kata-kata motivasi daripada Tok Ketua kami yang baru tu.
Pelajar-pelajar Tingkatan 4 masih belum selesai menghadapi Peperiksaan Akhir Tahun. Skrip jawapan untuk diperiksa pun dah diterima. Haha…kenalah menghadap skrip pulak…
Saya pun dah terima surat lantikan menjadi pengawas peperiksaan. Kan dah agak, nama mesti ‘naik’ tahun ni walaupun sejak awal dah minta pengecualian. Di sini, pencalonan nama untuk menjadi pengawas peperiksaan mengikut giliran iaitu 3 tahun sekali. Ramai yang tak berapa suka mengawasi peperiksaan ni walaupun dibayar. Kadang-kadang kalau nasib baik, ada yang bermurah hati untuk menggantikan kita terutama yang tiada tugasan lain dan merupakan penduduk setempat. Ada sesiapa nak gantikan saya? Tak apa, masih ada masa lagi, manalah tahu, nasib akan menyebelahi saya.
Kalau tidak, dalam paksa rela ‘saya yang menurut perintah’ perlulah menjalankan tugas demi bangsa dan negara. Jika begitu keadaannya, sepanjang cuti, kenalah saya bertugas sebab lepas habis peperiksaan perlu buat tugasan satu lagi (yang saya fikir lebih berat daripada jaga periksa tu) dah diterima surat pelantikannya bulan lepas.
Mawar Merah - Cuti sekolah hampir tiba, namun perasaan saya tidaklah menggebu-gebu menunggu cuti tu sebab pastinya saya masih banyak tugas nak diselesaikan….


anak saya hari ni dah ponteng….dua dua ada kat rumah
semua buku teks dah dipulangkan
musim cuti kali ini tak sama seperti tahun2 yang lepas
Along masih SPM, seluruh keluarga perlu berikan sokongan ( tak bolehlah nak suka suki pergi bercuti )
Kat sini, budak2 sedang sibuk dengan exam dan persediaan untuk SPM.
Selamat memberi tumpuan kepada Along yang nak hadapi SPM.
Lepas habis exam nanti mungkin boleh cuti…tak macam Kak Long yang lum selesai tugas…uhwaaa…..
kaklong, semoga tabah menghadapi selaga urusan yang dipertanggungjawabkan, anggaplah ia bukan satu bebanan tetapi satu kewajipan yg berkesudahan dgn kebaikan, insyaAllah…
Terima kasih…
Sedang cuba pujuk hati ni……
Semoga banyak yang indah2 dan menghiburkan sepanjang menjalankan tugas nanti.
kalau jadi pengawas peperiksaan tak bolehlah bercuti macam org lain ye,:D
Tahun ni periksa lewat, pertengahan bulan Dis baru habis.
Belum habis jaga periksa, dah ada tugas lain pulak sampai nak buka sekolah…
Nak berangan Cuti2 Malaysia pun tak sempat rasanya…huhuhu
tatkala ini maza selalu digoda utk lelapkan mata setiap kali langit mendung dan menangis. huhuhuhu
sabar jelah kanzz.
dah tugas..
terpaksa lah sengkang mata dgn batang mancis.. (erk ada lagi ke batang mancis ni ek?) huhuhuhu skrg kan zaman pemetik lighter jer….
@ maza, Tie masih guna lagi mancis tu…. dapor Tie dah semput, tak nak keluar api…. Malas nak beli pistol tu… gunalah mancis cap lada, hiihi….
hujan dan mata kadang-kala ada kaitannya kan!
kalau tak ada mancis, ambil pemetik api tu…lagilah confirm tak ngantuk…
uiks.. dibilangan rajin komen di sini dijuarai oleh Tie..
wahhh, tie rupanya bermaharajalela kat sini yea.. hehehehhe
@Maza,
Oooiitt!! Jangan kacau kawasan Tie ni….
Maza punya kawasan di blog Jie !! Kalau tak Tie pulas dua-dua telinga tu… Kang malam ni darling tak jumpa cari pulak, waaakakaa…..
kak long pun putih dan gebu jugak kan.
Bukan putih dan gebu, tapi merah dan jambu…ahaks….
Ooo….lupa pulak nak komen apa… sibuk dengan Maza tadi… Kacau je pokcik tu…
Hari ni baru dapat tengok awan putih gebu…sekali dengan sang mentari. Dapatlah kering kain baju tu…hihi..
Anak Tie masih lagi exam akhir tahun… mama dia pulak asyik sibuk blogging, memang bagus la tu….
Semalam panas, hari ni hujan balik.
Tapi petang elok pulak panas membara..
Kawasan KT tu tak terlibat banjir ke?
Alamak teringat kat Iza yer… hihihi maceh maceh terharu ni (^__^)
boleh jer kak long kita sama2 try test sebab iza pon tak pandai lagi, jom jalan2 ambek gambar sama-sama hehee.
Alamak kena bertugas, tak leh lah nak pi jalan2. Jalan2 Nilai bleh kot. Ahaks.. Harap2 Kak Long dapat pengganti.
Wah…bestnya, nak jalan-jalan ngan Iza..
Insya Allah cuti nanti boleh g Nilai nak ambek gambar sama-sama…huhuhu
Dlm proses dpt pengganti, tapi masih belum confirm..
anak2 pon tak suka kalau mak kena jaga periksa. ingat lagi bila ibu jaga periksa, moncong anak dara dia nieh. nak buat apa2 kena tunggu dia balik sekolah, gi jalan takleh, nak jaga adik lagi. huhuhu…
satu2nya waktu yang suka ibu jaga periksa ialah bila sha sendiri periksa. sbb ibu akan up-to-date dengan perkembangan terkini;)
harapnya kak long dpt pengganti.
gambar2 dalam blog iza mmg cantik. sha pun suka:)
Betul tu,
Kalau masa sekolah, payahlah nak ambil cuti.
Bila cuti sekolah pun, masih tak dapat bercuti…
Insya Allah, doakan Kak Long dapat pengganti. Ada peluang kita jalan kat Seremban & Nilai..Ahaks!